Thursday, December 1, 2011

Accident and blocks

Guess what did I miss the most while I was in Malaysia?



Aiyu’s stroller.



Seriously, I miss the fact that I can literally put anything on the handle (using mommy hook) and in the basket, and yet the stroller doesn’t flip. Stroller yang kitorang bawak balik pun boleh tahan jugak, tapi itu le, bila nak keluarkan Cik Aiyu, kena keluarkan barang-barang dari handle dulu. Komplen buat pe, dah nama lightweight stroller kan. Tang boleh lipat dengan senang, dan muat dalam boot Satria, ko suka. Heh, biasa la, best kan nak komplen ni, hahaha..

Masa kat Malaysia, ayah suruh bawak kereta Satria. Selalu dapat kereta 4 pintu, tapi kali ni dia nak pakai bawak rombongan orang Indonesia jalan-jalan. Satria tu memang aku drive time kat Uniten dulu. Ada sekali tu aku pergi One Utama sesorang (Cik Aiyu tinggal rumah) bawak Satria, perghhh.. rasa muda mudi weh. Macam tak kawen lagi, hahaha… Bawak kereta pun selit sana, selit sini. Jiwa remaja you. Sesekali perasan muda, apa salahnya.

Skang ni, dah rasa mak mak balik. Especially bila dah kena pergi beli groceries dengan mem sahab sorang tu. Cik Abe kerja, dari tengahari Isnin tak balik.

DSC03105-e

Kesian awek kita, masih jet lag lagi. Aku pun join sama. Anyway, perasan tak peha Cik Aiyu sama besar dengan betis dia? Hihihi… sempat lagi kutuk anak sendiri Smile with tongue out

Sejak balik Amarika ni, aku cam pening sket nak uruskan Cik Aiyu. She’s being needy, hampir setiap masa kena main dengan dia. Aku tengah masak pun kekadang sibuk duduk celah kangkang. Dah la dia makin tinggi skang, takut aku kot kot dia boleh capai apa yang tak patut atas counter. Jadinya, semua benda makin ke tengah.

Kerusi makan pun dia suka panjat. Ko tolak la macam mana bawah meja, dia boleh gak panjat. Pastu tersangkut takut nak turun. Kelmarin dia panjat dua tiga kali, bedebuk! Nasib baik jatuh tak landing kat kepala, tapi dagu member sudah calar. Makin panjang le dagu ahkak pink kita, hihihihi…

DSC03104-e

Jadi untuk mengubat hati yang luka lara, aku ajak dia gi Toys R Us, beli Duplo baru. Yang lama banyak dah hilang, aku syak dia buang dalam tong sampah. Skang ni dia dah kurang buang barang. Pastu aku perasan, dia mula bermain dengan mainan yang sebelum ni dia pakai campak aje. Macam stacking toys tu, gigih dia susun balik gegelang tu semula. Sebelum ni, kompem kau jumpa bawah lemari tv.

aiyu 1-e

Oh, dan pada mereka-mereka yang follow dan comment bebaru ni, terima kasih bebanyak. Tapi kekadang tak sempat nak balas, pasal mak nye sibuk dengan Sooyaree’s Closet. Skang tengah sale merata, jadi memang tak menang tangan dengan e-mail dan order. Sorry sangat-sangat, nanti bebila pree sket, kita balas noooo…

17 comments:

farah said... BALAS

Aiyoh kesian cik Aiyu bertanda di dagu. Dah la putih melepak konfem nyata sgt nampak kesan tu, krg org syak mummy dia dera. Hehe. Btw cantik bersepit rambut di tepi :)
P/S: Baju cik Aiyu santek, I like!

Anggerik Berduri said... BALAS

la dah ade lovebite kat dagu. tsk tsk tsk

eh rambut sudah panjang. dah boleh selit kat telinga ke blum???

Dalila Hamid said... BALAS

ala kesiannya dah ada tanda kt dagu... nnti hilang la tu...tak pa yg penting still comel...

Jiejah @ Iza said... BALAS

ehehehe cantik dagu cik kak kita ..pink lagi ;-))

biasa la bebudak tgh naik , my baby pun kemain suka main kerusi meja makan ,mujur lom pandai panjat naik.

BabyIntan said... BALAS

Alooo kesian nya luka dah dagu dia. Org kulit putih, luka pon pinkish jadinya. Luka2 pon totap comel :)

Konot said... BALAS

sekali nampak mcm kesan lipstick pink :)

sian cik aiyu... jgn la panjat sana sini dah aiyu oiiiii

mama maman said... BALAS

dah pink lak dagu cik aiyu ye.. sian dia..:)

cahya indah said... BALAS

memang pink betul le Cik Aiyu..dagu pun nak color sama..hehe.

Mesti needy semacam sebab dah tak de ramai kawan macam kat sini..tu yang nak berkepit dengan mommy dia.

Nazayiena said... BALAS

ala ciannya tgk cik Aiyu....dagu dah warna pink...

ayang said... BALAS

Bibik Huda.. Bibik Huda..!! mcm mana kamu jaga bakal menantu I ni hah..!. tengok tu dah ada cop mohor kat dagu.. Nasib maintain comei lagi hehehehe..

Jgn mare... lwk je kat atas tu ..

FaznFaz said... BALAS

wujud lagi satria whw hang tu eh??? ko balik, jadual aku pack laaa.... takpelah.... ko tunggu je laaa aku dtg sana.... hahahhaha!!!

Niza said... BALAS

ala siannye cik aiyu... kulit cerah sng nmpk... tapi takpe nti ilang la tuh..

sha said... BALAS

comelnya la aiyu nihhh

Mick's Mama said... BALAS

Lasak anak you! Kalah Mick! Ikut siapa la tu ek?!

Just.wanie said... BALAS

dia pkai eyeshadow ke kt gambar number 2 tu ?

heheheh!

Madam Sooyaree said... BALAS

Farah,
Bunyi dah la macam orang kena dera kan, skang ni cengeng! Thanks dear, it's by Nicole miller, I beli kat Macy's

Aqilah,
Rambut belum lagi boleh sepit belakang telinga. Tapi kalau dia gosok2 kepala kat sofa, mak aih, macam Einstein!

Dalila,
Alhamdulillah dah kurang sket tanda tu, thanks dear

Jiejah,
Hihih.. ahkak pink la kan :P Nanti baby awak tau memanjat, rasa la penangan nye, haha

Baby Intan,
I rasa Arissa kalau jatuh mesti lagi pink kan, dia nye putih, mak aihhh

Konot,
Hehehe.. sape la yang cium dia kan.. Heh, ko nasihatkan la anak aku tu, penat aku cakap dia

Mama Yana,
Tu la, sib baik tak nanges lama time tu

Cahya,
Pening akak tau, asyik la nak berkepit. Bila tak layan mula la lari merajuk T__T

Kak Nurul,
Nasib baik dah surut kak, kalau tak jatuh saham

Ayang,
Hahaha.. itu la pasal kan. Kalau kat Malaysia kompem kena sound dengan mak kita, hihihi... Takpe, pas ni Bik Da akan lebih berjaga2 :D

Eila,
Wujud le, nak jual pun tak laku bapak aku kata. Tak berbaloi. Takpe, tunggu kau datang Texas kan, boleh ronda2 makan eskrem B&J

Niza,
Alhamdulillah dah surut. Risau gak hari tu

Sha,
Thanks dear :)

Azura,
Hahaha.. ikut mak nye kot. Dah kata masa dapat dia tu I tengah aktif main rugby, hihihi

Wanie,
Eyeshadow kapilari darah, hahaha... original you!

Arena said... BALAS

Syiannya dagu dah bertanda la pulak ye. Tapi tetapp comel cik aiyu nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...