Thursday, December 8, 2011

Christmas shopping & American language

Sedar tak sedar, sekarang ni dah bulan Disember kan. Cepat sungguh masa berlalu. Haribulan pun dah nak masuk 2 digit.

Kat sini, hujung tahun memang berbeza sungguh daripada waktu-waktu lain. Apa tak nye, ini aje time diorang raya. Itu le, orang suruh 1Amerika tak mau. Kan dah cuti umum sikit aje. Tengok Malaysia, Hari Raya ada, Tahun Baru Cina ada, Deepavali ada, Krismas ada.. Tu belum campur birthday Sultan, birthday Agong lagi… Sini birthday Obama bila pun aku tak tau. Takde sape yang kisah.

Masuk je bulan 12, semorang kat sini stress. Stress nak beli hadiah untuk kaum keluarga. Gila kau, nak pikir hadiah sensorang, bukan senang weh. Kat Malaysia gak best kan, hulur je duit. Ko nak beli ape, lantak la. Beli buku? PSP? Handbag? Kasut? Baju? Simpan? Lantakkk…

Kat US, jarang la ko nak dengar orang kasi cash. Cik Abe cakap, itu macam satu penghinaan la. Ibarat ko takde masa sangat nak fikir pasal keluarga. Paling busuk pun, ko kasi gift card le. Kalau kasi kertas ada muka presiden, memang tak digalakkan. Tapi yang pelik nye, setiap tahun haku lak stress nak fikirkan hadiah untuk family Cik Abe. Dia rileks aje. Bukan ape, dia suka nau beli last minute. Sat gi sape gak tukang balut? Ini jugakkk… Jadi dari awal bulan lagi, aku ingatkan Cik Abe suruh gi survey barang untuk family dia.

Untuk Cik Aiyu, haku dah beli awal-awal dah. Siap pergi shopping dengan Cik Aiyu lagi, hahaha… Sebenarnya aku beli extra set Duplo hari tu. Ada BOGO, jadi rembat la set kedua tu. BOGO tu kalau nak tau, Buy One Get One 50%. Bukan bongok tau. Memula aku pelik gak tengok sign BOGO ni merata-rata, lelama baru paham. Ooo.. gitu ke… Orang Amerika ni suka tau, buat bahasa sendiri. Antara perkataan lain yang aku belajar adalah Black Friday = Friday after Thanksgiving dan Cyber Monday = Monday after Thanksgiving. Dua-dua term ni anda perlu tau jika anda shopper tegar. Black Friday ni adalah hari sale maut, yang buat orang terpacak depan kedai dari tengah malam sebelum tu. Cyber Monday pulak membuatkan orang bakal mempunyai carpal tunnel syndrome, pasal syiok memborong secara online le pulak.

Anyway, hari ni aku jadi tai tai. Sekali sekala kan.. Cik Abe tengah off, jadi sila amik alih tugas jaga anak. Bini nak gi bikin diri jap.

Hari dimulakan dengan pedicure. Waxing pun buat, tapi tak dapek den nak amik gambau. Sogan.

IMG-20111208-00197

Kemudian, shopping. Heh, bukan untuk diri sendiri, untuk orang le. Tapi seperti biasa, fefeeling tu tetap ade, muahahaha…

IMG-20111208-00198

Lepas tu, gi cuci kereta lak. Percaya tak, nak masuk 6 bulan beli kereta, ni first time aku hantar gi cuci, hahahaha… Keji kann.. On my defense, sini takde bangla nak cuci kereta. Yang ada, mesin camni aje. Aku pernah cuci kereta Cik Abe sebelum ni, Cik Aiyu menggelupur takut dengar bunyi mesin tu. So I don’t want banana to fruit twice.

IMG-20111208-00199

Since hari ni cakap pasal shopping, korang tau kan, Celcom nak lancarkan iPhone 4S 16 December ni?

YOU can be the EARLIEST / 1st in Malaysia to get the iPhone 4S, from Celcom on 16th December 2011!!! Lookout on Celcom’s website as further details will be coming out soon!

Something to add on the Christmas list, perhaps? Winking smile

3 comments:

Amyz! said... BALAS

Kat Msia ni pun, time christmas, tambah2 hujung tahun ni, sales di sini sana. ahaha.

time christmas ni, yg best beli perfume. murah2. hihi.

nazayiena said... BALAS

Wah mom cik Aiyu dah beli hadiah utk Cik Aiyu awal2....agaknya apa hadiah tu nanti.
Seronoklah shopping beli hadiah nie,hadiah tu blh pilih sendiri ke....cthnya klu Cik Abenya nak beli utk Huda blh request?

Madam Sooyaree said... BALAS

Amyz,
Kita baru balik mall tadi, mak aih, macam nak berperang! Nak bayar pun panjang, tension mak tau

Kak Nurul,
Boleh request kot, tapi Cik Abe tak layan, hahaha.. Apa nak buat, hubby tak lomantik. Dia kata, beli sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...