Monday, January 2, 2012

Hannah’s birthday party

Ahad lepas kami dijemput pergi birthday party Hannah, kawan Cik Aiyu. Kelas anak aku, baru 6 bulan pindah dah kena ajak pergi parti. Harap kat mak bapak, memang takde harapan nak kena ajak. Dasar anti social, muahaha…

Memandangkan Midland ni adalah sekangkang kera, it takes 10 minutes to go pretty much everywhere. That includes Hannah’s place.

Acara dimulakan dengan mengisi perut bebudak dan mak bapak bebudak. Menu hari itu adalah vege pizza & cheese pizza. Simple aje. Satu benda yang aku suka tentang gang mak mak di Midland ni, kalau ada acara keramaian, menu utama selalu nye adalah vegetarian meal. Mungkin pasal mak Hannah adalah orang Yahudi, so diorang dah ada awareness pasal isu makanan. Tak dapat lah cik bab menari atas pinggan. Yang mak ni pun, tumpang seronok sekali. Takde lah kena cop Muslim Asian yang banyak songeh, hehehe…

DSC03601-e

Lepas perut penuh, bebudak main ala kadar dalam rumah. Cik Aiyu time ni dah lupa kat mak bapak, asyik la duk melayan mak bapak angkat 20 minit dia tu. Pokcik rambut putih tu pun rajin melayan, duk tolak kuda kepang untuk Cik Aiyu. Anak haku pun biasa, layannn…

DSC03602-e

Lepas dah boring duduk dalam rumah, diorang main pondok pondok kat luar pulak. Jangan marah, Cik Aiyu pass memanjat tangga rumah pondok tu. Syabbas betty!

DSC03606-e

Ni birthday cake Hannah, cantik kan! Hannah pun berkongsi kasih sayang Elmo dengan Cik Aiyu. Lilin pulak pakai Crayola candle, comel.

DSC03607-e

Gadis 2 tahun kita.

Kalau korang kata Cik Aiyu pipi isi pau, pipi Hannah isi piring pau. Tombam!

DSC03611-e

Lepas acara potong kek, makan kek, buat sepah dengan kek, ada acara bukak hadiah pulak. Kami kasi guitar Elmo. Nak kasi Rock Elmo, gua tak mampu, hehehe.. Kat Malaysia RM 249 kan, sini pun still USD55 camtu. Kasi gitar dah le, amik berkat. Penyapu ni gang mak mak kasi, pasal Hannah skang suka tolong mak nye sapu sampah. Rajin budak ni.

DSC03617-e

Antara hadiah lain yang Hannah dapat adalah buku, meja lepak lepak budak kecik, mainan masak-masak dan….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Basikal!

DSC03618-e

Eh, anak orang lain pulak yang enterprem. Time dapat basikal tu, Hannah macam layan tak layan. Dia sibuk mengadap gitar baru. Yang tukang layan beskal adalah Cik Aiyu.

Ok daddy, please take the hint!

16 comments:

Keratosis_A said... BALAS

nice one, nanti birthday ayu boleh buat kids party mcm ni jugak kan. my baby will turn 1 this 26th, haish mcm nak buat jugaklah makan2 cenggini

ANR said... BALAS

erk, hannah madu cik aiyu lah.. ekhem.. sape bini muda sape bini tua? hahahaa

ok comel naik basikal.. lpas ni dah boleh merempit dalam rumah. eh eh eh

sabira said... BALAS

kelassssss cik aiyu dah pandai bersosial..nnt esok besar sket ajak mak pi party tuppaware k..heheheehehe

Anonymous said... BALAS

salam..she's so cute with the bicycle..bolehla nnt belikan bicycle utk cik aiyu for her birthday kan..huhu..btw mak hannah tu jenis xkisah eh kwn dgn muslim??klu mcm tu bagus la..huhu

I.Q.W.A said... BALAS

heheheh cik aiyu muka samal je ngn hannah.. :)

Amyz! said... BALAS

Best nye ada rumah pondok dan gelongsor macam tu. Seronok anak main2 kat belakang rumah. :-)

Kemain suka lagi cik aiyu naik basikal. Daddy. Sila lah paham. Haha.

-iLLa- said... BALAS

ctknya rambut hannah tuh..

farah said... BALAS

Love it when cik Aiyu smile cam tu, comel gila! Haha. Kalau cik Aiyu dekat, boleh aunty hadiahkan basikal satu...hehe...nasib baik (eh) jauh...hahaha...

Nanak said... BALAS

happy new year dear..
best kan kalau kat cni bday party cuma hidang pizza ngan air..sila belikan Cik Aiyu beskal..dan oh,kek itu sungguh lawa..mgkn boleh copycat utk Fredo next bday..hehee

Erma Azman said... BALAS

cheeky nya senyum cik aiyu kita ni..geram tengok. huda, aiyu dah banyak cakap tak? understandable tak? hihihihi

lyzaCR7 said... BALAS

Rampasan kuasa basikal tu.. hehehe...
Meh sini..ada 3 dayang dgn 3 basikal bleh pilih mana suka... main la ngn dayang2 kat sini sampai kulit bertukar kaler..hehehe...

Shoutmix tu bleh tukar dgn Fibox.. bleh usha kat blog aye..baru je N3 kan..

fara dean said... BALAS

Makin jelita cik ayu ni..
bagus betul amalan kejiranan kat sana ye..
aiyu, besday thn ni jgn lupa mnta basikal ngan daddy ye!

cahya indah said... BALAS

lepas ni boleh belikan basikal satu dengan penyapu sebatang jugak for Cik Aiyu..penyapu tu suh buat keje, upah for basikal..hehe.

marinahunny said... BALAS

Pak nye kena beli beskal la ye..

Madam Sooyaree said... BALAS

Keratosis Aniston,
Best nye, 1st birthday party!!! Best tau, tapi jangan ajak reramai sangat, takut baby rimas ;)

Aqilah,
Sah sah le Aiyu bini muda, bini yang disayangi, hahahaha.... Hah, skang ni dah merempit pakai kereta, pakai basikal tunggu summer, rempit kat luar. Boleh buat aksi superman

Sabira,
Muahaha... kena belajar dari anak la ni kan, hihihi

Iqwa,
Hehehe.. Pipi sama cembung, rambut sama oren, hati lelain :P

Amyz,
Sini kawasan lapang kan, so rumah kebanyakan memang ada halaman. Kalau kat KL ke JB, nanges!

Illa,
Cantik kan, kita pun geram, rasa nak picit2 je curl tu

Farah,
Haaa.. ade yang Aiyu tuntut nanti kang bila balik Malaysia, hehehe

Nanak,
Thanks laling, hapyp new year to you too! Kat Malaysia memang kena umpat 2 tahun le, kalau kasi pizza je. Hehehe.. Fredo nanti team apa la kan birthday nye ;)

Erma,
Aiyu tak cakap sangat lah dear. She does talk alot, but in her own language lah. Kalau dengar dia membebel ke menyanyi, memang kelakar!

Kak Lyza,
Hehehe.. salahkan basikal pulakkk... Anak2 Kak Lyza putih le tu, Min Min je cekelat sket. Tapi masih putih le. Alright, nanti kita terjah!

Fara,
Thanks dear :) Macam mana tak tido malam? Hehehehehe

Cahya,
Hahahah... idea menarik! Takut nanti dia buat penyapu terbang, fening!

Marina,
Hehehe.. kalau tak paham hint, tak tau la :P

Fatt said... BALAS

bagusla kat sana ada awareness camni. u ada tgk tak video psl pompuan muslim ni nak beli apetah kat kedai pastu org kaunter tu takmo serve dia pastu kutuk2 lagi? then dtg sorg pkcik yg backing pompuan tu? pcik tu ckp wlpun anak lelaki dia mati dlm perang kat iraq tu, tp dia tlg pompuan ni atas dasar kemanusiaan...very touching video...

and of course pompuan tu dgn lelaki kat kaunter tu berlakon, just nak dptkan feedback psl muslimphobic kat US..

menyimpang plak komen i ni..hehe...tapi i suka kek tu...ingtkan kecik, sekali u zoom from diff angle rupa2nya besar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...