Thursday, February 16, 2012

Bercucuk tanam 101

Hari ni kami dating lagi dengan Nicholas. Tak tau sape yang terlebih semangat, aku ke Cik Aiyu.

Bukan apa, hari ni Cecilia ajak tolong dia bercucuk tanam. Haaa… amik kau, siap ada kelas bercucuk tanam 101 ni. Mak nye yang zero knowledge pasal kebun, terus bersetuju. Nak amik berkat cikgu le gitu.

Cuma sayang, terlupa nak amik gambar. Kamera dah ready dalam bag, lupa nak snap, hihihi.. Takpe, bukan kerja keras sangat pun. Cuma tolong dia tanam pokok bunga instant, dan tanam biji bunga matahari. Selalu masuk mulut je kuaci, hari ni masuk tanah.

Pertama sekali, kami amik benda macam garfu tu, kasi longgarkan tanah. Kemudian letak benih dalam jarak  3 inci gitu, pastu kambus balik. Senang gilos kan, hahaha.. Mati mati gua ingat susah nak bercucuk tanam. Cakap senang la, tengok sket kebun kita nanti camne.

Petang sket Cik Abe pun datang rumah mereka, pasal bapak Nicholas pun ada rumah tadi. Bonding orang lelaki pulak. Elok le tu, esok esok nak alih perabot, takde la aku yang jadi mangsa.

Kepada Mama Yana, inilah biras saya buat masa ni, muahaha… nak yang hat jauh je kan, tak koser you….

DSC04169-e

Ni gambar dari minggu lepas, waktu diorang dating naik kuda. Sibuk kan Cik Aiyu, suruh orang tengok kamera. Sendiri pun tak tengok, hihihi...

11 comments:

mama maman aka yana said... BALAS

Amboi cik aiyu.. curang tau.. hehehe..

nazayiena said... BALAS

Nie biras ke besan?.....baguslah ada gotong royong berkebun dan x sabar nak tgk nanti tumbuh ke x biji bunga matahari yg ditanam tu.....

lemongrass said... BALAS

Memanglah bercucuk tanam tu senang, tu yg I pun boleh buat, hahaha....
Nak jaga dia sampai besar tu yg ada sikit payah, heeeee...

Imran@Copenhagen said... BALAS

Lain kali, jangan lupa snap picture cik aiyu @garden. Mesti kiut

Anonymous said... BALAS

hampir x perasan ade muke cik aiyu dalam gambar ni.. Nasib mak cik aiyu bgtau.. hehehe..

Huda, stakat ni i tanam cili je kat umah.. sng.. x rumit pon.. mslh kehabisan cili? jgn bimbang sile petik d blkg umah.. hahaha...

ITA

ANR said... BALAS

amboi cik aiyu muka xcited. hahaha

Nota Cikgu Anum said... BALAS

ade kah cik aiyu cube membossy kanak-kanak lelaki itew??

ayang said... BALAS

Cik aiyu kata... " tengok itu dah kuar kamera dah.." heheheheh... Masak sangat dah ngan aktiviti mummy dia..

Anonymous said... BALAS

cantik dan ranggi bakal mak mertua..ape pun mek aiyu..tetap come compared gewenya..

-mary-

Amyz! said... BALAS

Wah. Lepas ni makin kurus la mommy aiyu. dah la gi kelas zumba, rajin bercucuk tanam pula tu. Hihi.

haha. cik aiyu ni.. suruh org tgk camera, dia tak pandang pulak. haha. sabo je la.

Madam Sooyaree said... BALAS

Mama Maman,
Alamak, kantoi sudah! Hahaha.. balik Mesia cari aaa boipren Mesia pulak :P

Kak Nurul,
Eh eh.. kantoi BM fail, hahaha... Besan kan :P Kita pun tak sabar ni tunggu 4 Mac, hari permulaan bercucuk tanam

Kak Mynn,
You idola I tau, sebab you boleh buat semua benda! Kita dapur asyik la repeat recipe, sungguh tak meriah. Kebun tu nanti kalau nampak pucuk pun kita dah lompat horay horay kot, hihihi

Imran,
Insya allah.. cuma dia rajin tolong sama, tu yang penat lebih nanti, hehe

Ita,
Sama macam my mom, dia pun tanam cili. Kita sebenarnya teringin nak tanam daun kari, tak tau la jumpa ke tak benih nanti

ANR,
Biasa la dia, kalau suruh orang, cepat aje!

Nota Cikgu Anum,
QC kah? Hahaha.. diorang dua ni ok main, tu yang selalu dating. So far tak pernah gaduh lagi. Kekadang siap bersuap bagai, menyampahh....

Ayang,
Hahahah.. itu le pasal, mamirazzi la katanye :P

Azza,
Hihih.. ni kecik kecik, tengok besar nanti cam Beckham, sape tau? :P

Amyz,
Hahaha.. semalam baru lepas post resipi lelemak dalam bentuk bola, hahaha... Camno tu, input lagi laju dari output

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...