Tuesday, February 21, 2012

Sally hilang tablet, iolls hilang fulus...

Beberapa minggu lepas, Sally hilang Samsung Galaxy Tab nye. Bukan kena copet, tapi member tertinggal kat kedai apam balik. Sedar 3 jam kemudian. Bila datang balik gerai tu, sah sah la takde dah kan. Kesiannnn.....
Itu kejadian di Malaysia. Di Amerika, siang tadi aku dapat e-mail dari Google, kata aku ada 2 transaction beli 75,000,000 chips dari Zynga Inc. Eh eh, buat tak kenal lak... Sape yang kaki main game kat Facebook mesti le tau sape Zynga ni kan. Farmville? Texas Hold Em Poker? Diorang le yang punya.
Tapi masalahnya, aku takde la pulak beli chips tu. Kejadahnya nak beli, main Texas Hold Em Poker pun aku tak pernah. Walau dapat banyak invitation, iolls lebih suka bertani. Kau tau berapa nilai chips tu? USD99.99 you! 2 transaction, dengan tax sekali.... tet tet tet.... nak dekat USD215! Bukan USD2.15 ye tuan tuan dan puan puan.
Apa kena mengena lak cerita Sally dengan aku?
Nak jadi cerita, Google kata aku buat transaction ni dari Samsung Galaxy Tab. Tablet tu memang pernah access e-mail aku dari October. Last usage was January 2012. Memula aku cam confuse gak, mana pulak aku ada tablet. Lelama bila aku fikir duk fikir....
Aku syak last time aku access gmail, aku click kat icon keep log in tu. Sally takde gmail, so gmail aku je la parking situ. Dari e-mail, boleh access account details, yang skang ni dah connected to Google Wallet. Google Wallet ni apps yang boleh pakai kat phone. Bila nak bayar, scan aje phone. Canggih tak canggih la, aku pun baru tau Google Wallet ni wujud hari ni. Kalau online, boleh check out ikut Google account. Aku pernah beli benda ikut cara ni, mungkin dari situ diorang store card details aku.
Anyway, pengajaran nye adalah....
- Jangan click icon log in, especially bila kau pakai tablet/laptop/computer orang
- Make sure lepas buat online purchase, delete segala mak nenek card details. Kalau boleh, clear history terus
- Jangan makan apam balik
Hahaha.. yang last tu tipu je la kan.
Nasib baik la bank kat sini ok bila kita report fraud. So most probably aku akan dapat balik refund. Cuma yang leceh kad lama dah kansel, kena tunggu kad baru. Kena hafal 16 digit baru, letih kepala mak!

9 comments:

mama maman aka yana said... BALAS

canggih sgt... tak faham mak tau.. hahaha

FaznFaz said... BALAS

uish!!! ingat kalau hilang tab, setakat nangis hilang tab jer... sekali org guna details kt dlm tue... bahaya sehh!!! tambah2 lak sekarang nie kan semua stock pay in just one click jer... tsk!!!

Unaizah said... BALAS

Customer service kat US memang tiptop!!! Tah bilalah tahap customer service Malaysia nak sampai cam gitu.

nazayiena said... BALAS

Kasiannya Sally hilang samsung Galaxy Tab.....bahaya klu semua transaction dlm tu.

Nota Cikgu Anum said... BALAS

eeehh...entri berteknologi. dkt stgh jam baru mak paham tau

Amyz! said... BALAS

pegh! terel sungguh pencopet tu. dah la dah copet tab org. kendian nak copet duit lagi. huwaa.. usd215 tuuu. bukan sikit. keji sunggoh!!

mesti kaki main poker ni. ade ke beli chip zynga je? kelakar jugak la. hahaha. ye la ek, kalo transfer ke account sendiri kantoi la pulak. hahaha.

nasib baik bank boleh accept. harap2 dapat balik duit tu. hihi.

moral of the story, jangan salahkan apam balik..

farah said... BALAS

Lepas baca cite u kan, I was like "Wow, pandai betul sape nk curik tab tu kan, godek sana sini smpai boleh your acc details u". I mean, kalau I mungkin takat baca email u je la, xtau kot google wallet etc etc. Canggih manggih betul pencurik zaman skrg ni tau. Siap beli poker chips lg tu, choii x berkat duit curi tu...kesian u, hope there's a silver lining behind this all!

farah said... BALAS

** Hehe, I meletakkan diri I sebagai pencurik plak kat komen atas tu...hehe...tp in reality, x baik mencurik tau...dosaaa...

Madam Sooyaree said... BALAS

Mama Maman,
Hahaha.. Cerita nya, berhati hati dengan personal info di e-mail account anda, yiha!

Eila,
Itu le pasal, Google bengong ni pun bukan nak mintak verification code ke ape. Pakai ok aje. Amazon pun sama tau, tapi nasib baik so far ok lagi :D

Unaizah,
True, itu lah satu I puji US customer service. Zero liability, tu baru betul customer is always right, hehehe...

Kak Nurul,
Itu la kak, yang kita kat sini pun tak pasal terbabit sama :(

Nota cikgu Anum,
Hahaha... sorry sorry... entry melepas perasaan tu :P

Amyz,
Itu la, sah sah tak berkat pasal beli pun chip poker, hahaha... Ada gak orang main sampai tahap tu ek? Kita dulu Farmville pun tak pernah beli credit, kedekut! :P Ya betul, apam balik tak bersalah. Salah pasal sedap aje, orang Amerika teringin skang, haha

Farah,
I think he/she used Google checkout features. I pernah pakai, tak silap memang diorang tak mintak verification, terus proceed. Time tu tak terfikir pulak. Nak buat camne kan, pengajaran.... Sah sah dia beli poker chips, nak berkat ape nye, hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...