Tuesday, March 13, 2012

Her inner rock

Hai kekawan!

Wah, ceria sungguh dia! Mana tak nye, dah 2 hari cuaca elok. Sebelum tu kelam aje, nak keluar rumah pun malas. Bak kata Cik Abe, no pants day. Bukan Cik Abe tak pakai seluar, cuma dia pakai pajamas aje lah duduk rumah. Tak tukar pakai jeans. Nasib baik aku takde kaftan kat sini. Kalau tak, memang pakai kaftan la sepanjang hari. Lelagi kalau yang koyak tepi. Terasa sayup sayup angin, pergh… heaven!

Oh, sejak Ahad lepas, kami kehilangan satu jam. Daylight saving sudah bermula. Jadi skang ni beza kami dengan Malaysia cuma 13 jam. Cuma? Boleh la kan, dari 14 jam. Baru bangun tido, orang Malaysia dah tido. At least skang ni, kalau nak call rumah Malaysia waktu pagi kat sini ok sikit lah.

Pagi tadi kami ada St Patrick’s Day party kat rumah Laura. Parti awal pagi you, jam 11 dah mula. Iolls pulak kesiangan, bangun jam 10 pagi. Muahaha.. mak terlampau sungguh kan! Hari ni Cik Abe tak busy sangat, jadi dia yang take over jaga Cik Aiyu. Minggu lepas hari hari dia keluar awal pagi, balik malam. Tak sempat nak beramas mesra dengan anak. Rindu le tu, hehehe.. Anak pulak pandai amik hati bapak, selalu sebut daddy daddy sambil ala menyanyi gitu. Mommy pun dia dah pandai. Nyanyi lagu mommy. Cuma yang kurang elok, skang dia suka sebut babi. Hahahah.. serious tak tipu! Siap berirama dia sebut babi. Agaknya pasal dia baru boleh sebut “ah”. Sebelum ni dia reti sebut baby = bebi, daddy = dedi kan. Tetiba bila part mommy, bunyi nye kan mami. Haruslah skang ni bila sebut baby, instead of ‘eh’, dia pakai ‘ah’. Jadilah babi, hahahaha… Kalau kat Malaysia haruslah aku dipandang serong oleh masyarakat, tapi kat sini pedulik, bukan ada orang paham pun.

Anyway, parti pagi tadi simple aje, dalam 5 orang mak, dan 10 bebudak aje yang ade. Tema St Patrick ni warna hijau, jadi semua makanan haruslah warna hijau. Ada fruit platter, vege platter, cupcakes, potato soup dan memacam lagi. Iolls bawak Mint Oreos Brownies, ade lah warna hijau dalam lautan cokelat tu. Gambar nan hado, pasal kesiangan, tak sempat la nak fikir kan kamera.

Balik rumah, jadi mamarazzi sewaktu anak main drum Rockband 2.

DSC04982-eDSC04983-e

Dari balik tu dia asyik duk ketuk drum kat tepi lemari. Mak nye kesian, lantas pasang DVD kasi member main. Tersengih lebar dia, bila penonton dalam tv duk sorak sorak kat dia. Tak tau dia sebenarnya kena boo, bukan kena puji, hahahaha… Takpe la nak, semangat itu yang kita nak!

14 comments:

ANR said... BALAS

AUUWWW rindu nya kat cik aiyu. wah, baby rock US ni. eh eh LOL

ala, nyesal xikut contest mak cik aiyu. I terlambat beberapa jam.LOLs

btw, mcm perasan cik aiyu lama x pgi kelas kuak lentang kupu². dah stop ea?

sya_zazoo said... BALAS

cik aiyu dh khatam lagu no doubt mcm mami x?hihi

Amy Z! said... BALAS

Nasib baik takde gambar2 makanan. Kalo tak mesti terliur. Hihi.

Tak kisahlah mcm mana dia sebut pun, janji dia dah boleh sebut. Haha.

Ini bakat daddy terserlah kat cik aiyu ni. Bagus2. Prektis mek perfek. Hihi.

Nanak said... BALAS

alahai..sebut babi ke? takpe lah syg..Fredo pula pgl 'bibi'..mommy-mimi..apa2 la anak ku..

gee ryder said... BALAS

haha kelakar kaftan koyak tepi...
stylola drum cik aiyu!

venusfreedom said... BALAS

pandai cik aiyu sebut babi(baby). nak mintak mommy baby ke aiyu? pasni ley ade geng band fuloksss..hihihi

venusfreedom said... BALAS

pandai cik aiyu sebut babi(baby). nak mintak mommy baby ke aiyu? pasni ley ade geng band fuloksss..hihihi

Sakura Rals said... BALAS

Tergelak sorang2 baca pasal aiyu sebut babi tu. Sebab hari tu Rizqi pun dok sebut2 babi macam menyanyi huhu. Ni dia tengok gambar aiyu, terus dia sebut 'adik" :-)

lyza said... BALAS

hehehehe...ok le tu ada bunyik..lama2 pandai le..lg pun baru setahun lbh.. klau dah 7 8 9 thn tu.. kena pk gak le.. hehehe...

kaftan koyak tepi - situasi sama yang aye suka gak..hahahahaha.... :P

HRC San Diego utk aye ada tak? :P

miss scofield said... BALAS

alooohaaa cik aiyu....
long time no see ur pics....

semoga cik aiyu....cepat3...dpt adik... bleh ade teman seperjuangan...

nanti ade 2nd edition punye story .. :)

farah said... BALAS

Jamming drumming pakai dress tantek! I likeeee!! Hehe...

sabira said... BALAS

Wooooww..rock chick!mesti nak tiru daddy pandai main drum..:)..nnt suruh mommy beli jeans koyak koyak okeh!ngeeee!

Anonymous said... BALAS

hoho..tgk ayu ketuk drum..ingat cik mary..nyanyi sambil ketuk..kuali nenek..hik hik

Madam Sooyaree said... BALAS

ANR,
Auwww... rindu ke? :P Takpe, insya allah next time ada rejeki, boleh join lagi ;) Ha ah, skang ni kami stop jap swimming class. Hari tu seminggu takde, next month pun takde gak nak balik kampung Minnesota :D

Sya,
Hahahah.. lebih dari khatam you! :P

Amyz,
Hehehe.. puasa ke? Gambar biasa biasa je, kita fail sket amik gambar makanan ni. Tang makan pass! :D Mek Aiyu amik bakat mak nye suka keletung keletang dalam rumah, hehehehe

Nanak,
Hahahaha.. macam macam la diorang ni. Nanti dia dah sebut mami, ntah ntah dia sebut babi jugak :P

Gee Ryder,
Best kan kaftan koyak, me likey! Tu drum kitorang, tapi dia suka terjah, tak sesuaiiii

Erma,
Muahaha.. bermaksud tu! Tak kot, sorang ni pun dah pening, tak sure ada lagi ke tak nanti :P

Sakura Rals,
Hahahah.. ada jugak gang vavi... jangan diapndang sinis sudah! Wahh... adik ke? Nanti Cik Aiyu kena belajar sebut abang la pulak :D

Kak Lyza,
HRC San Diego harus la ade, baru pos semalam :D

Miss Scofield,
Muahahah... ni satu lagi, tak sesuweiiii... Nanti Aiyu jeles la pulak, dia bukan star :P

Farah,
Hehehe.. thanks! I beli kat Neiman Marcus, you browse la sana, cantek cantek dress diorang ;)

Sabira,
Hehehe.. dia memang, semua daddy buat dia ikut, walau pun minum teh! Jeans koyak nanti in season la kot, nak spring/summer kan ;)

Azza,
Hihihih... boleh la tu, permulaan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...