Tuesday, March 20, 2012

Hujan batu & garden update

Pepatah mengatakan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Malam tadi telah membuktikan, bahawa pepatah itu adalah salah.

T__T

Sedang enak ku berguling di atas katil, tup tup dengar bunyi bising terlampau. Eh eh, heater ke buat bunyi gitu? Malam tadi cuaca jadi sejuk balik, orang sini kata cold front. Jenis sejuk tetiba ni. Angin pun kuat semacam je. Jenuh la aku check balik semua tingkap, kot kot ade yang terbukak kan. Mak ni dah le fail nak detect arah bunyi. Bopren pulak keje malam tadi. Tu yang hari ni trip tertunda. Esok baru pergi San Antonio.

Anyway….

Aku duk cari bunyi bising tu, tapi tak jumpa gak. Ahh.. pedulik la. Gua guling guling lagi ,terus tertido. Esok tu bila cerita kat Cik Abe, dia kata malam tadi hujan batu. Haaa… hujan batu kat negeri sendiri iolls tak pernah nampak, kat negeri orang ni pulak dapat experience. Apa apa pun, nasib baik time tu dalam rumah. Cuba kalau tengah kat luar, auwww… mesti sakit kan!

Tapi kan, hujan batu pun hujan batu lah. Pasal apa, hujan batu tu ada gak la hujan biasa sekali kan. Jadi rezeki buat pokok pokok ketandusan kasih sayang kat Midland ni. Mulai 1 April nanti, diorang catu air. Setiap rumah boleh siram pokok atau rumput sekali seminggu je, antara pukul 6 petang hingga tengah malam, selama 2 jam. Lebih lebih takleh haaa.. Kalau diorang tengok bil air korang agak agak tak logik, nanti diorang kasi double ke triple gitu. Diorang tau the best way to warn someone is to create a hole in their pocket, hahahaha…

Cerita pasal pokok, benih yang ku semai sudah berputik. Auwww… gumbira sungguh rasa hati! Skang ni hari hari check, macam bercinta pulak kekdah nye, hehehe...

Ini putik pokok timun.
DSC05046-e

Lobak merah.
DSC05047-e

Yang ni pulak pokok pokok instant. Beli pakai cucuk aje, hehehe…


Dari kiri, Kak Mary, Kak Tum, Kak Ore, Kak Taim & Kak Min.
DSC05048-e

Walau beli instant, dah dapat hasil you, hihihi…. Entah apa la rasa strawberry ni, aku tak cuba lagi. Yang dah cuba, Cik Aiyu. Hari hari dia lawat pokok ni, tengok ade buah ke tidak.
DSC05049-e

Cik kak kita menabur kasih sayang pada pokok tomato. So far alhamdulillah dia dah ok, takde la suka sukey pijak pokok.
DSC05051-e

Ada banyak benih lagi kami beli, tapi Jumaat ni baru tanam kot. Kena adjust space, apa nak tanam kat mana. Harap harap dapat lah menuai hasil dalam beberapa bulan ni kan Winking smile

Wish us luck!

15 comments:

Anonymous said... BALAS

btol2 petani yg berjaya la cik aiyu.. g kebun kaki ayam je.. hahahaha...

i like kombinasi akak2 2... hahahaha...

ITA

Anonymous said... BALAS

wahhhhhh... syiokkkk seyyyy~~

jeless.. kitorg dok apartment ni pokok kaktus adelaaa.. manede hasilan..(T_T)

ijah

venusfreedom said... BALAS

amboi..rajin mengebun mak cik aiyu..auty erma ada jugak menegebun tu pon pasu ada la 3 biji je. oregano, kari dgn daun pandan.TAPI..tak pernah masak masak guna daun kari dengan gaun pandan..balik2 oregano sebab spagetti paling senang..huwawawawa

fail betty fail..kepada mommy..semoga roh memasak masuk kedalam badan..jangan ikut kite..hahhahaa

cIk JanNah said... BALAS

olololooo pandai pulak cik kak kita tu jaga sayur kan?? tapi tang strawbery tu mmg keje dia lah yg perhabis kan kan?

farah said... BALAS

Bagus2 berbudi pada tanah insya-Allah ada hasil. Sng nnt petik kat blkg rmh je kan *teringt kecik2 dulu kat kpg, asyik kena gi srh petik daun2 jek* Tu ada assistant kenit tu, pandai dia nnt jaga2 pokok2 u kan...awwww kiss cik Aiyu!

ANR said... BALAS

hujan batu? gulp xpnah ade xperience gak tp orang ckp boleh bocor zink. orang ckp.

ekhem, dah jadi petani moden.. bagusss berbakti pada tanah :)

Amy Z! said... BALAS

Dulu2 zaman mak kita, pernah ada hujan batu gak kat area selangor tu. Sampai bocor bumbung rumah org. Dulu laa.. Skrg takde dah. Haha.

Eiii. Bestnya ada strawberry belakang rumah.. Hihi. Seronok betul dapat bercucuk tanam di rumah sendiri. Kalau dah ada rumah sendiri pun kita nak tanam mcm serai, lengkuas - tak yah beli kat kedai dah. Senang kan? Hihi.

Anonymous said... BALAS

rasa macam dah lama juga dengar berkebun ni, tapi awatnya cenonet je pokok pokok tu. tapi takpe, tingkatkan usaha lagi berladang.

Unaizah said... BALAS

Bestnya ada tanah utk bercucuk tanam. Berbakti pada tanah, nanti blh tuai hasil.

miss scofield said... BALAS

fandai...cik aiyu....
good girl....!! :)

Melissa Imran said... BALAS

Owh tempat awak pun kena hail ek. Tempat kita pun kena, siap ada tornado watch malam tu takleh tido sebab takut diterbangkan huhuhu tempat kita ada hail besar size kacang peas, tgk biter ada tempat orang kena hail besar bola baseball huhu.

Leezas touch said... BALAS

Salam berkenalan...
kalau lah blh strawberries tumbuh diIpoh ni kan bagus...hehehe!

Eliss Mie said... BALAS

jeleznya ada pokok strawberry ;p

Eliss Mie said... BALAS

owh, me pernah tengok hujan batu di kampung me. ada orang ckp batu tu leh buat ubat. apa2 ntah

lyza said... BALAS

kalau hujan emas kan best... hahahaha..

Aye dah malas berkebun setelah 12 pokok cili yang gile lebat berbuah, 5 pokok bendi serta 5 bayam aye d racun tanpa belas kasihan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...