Friday, March 30, 2012

Ikut giliran…

Sorry kekawan, tak sempat nak balas komen. Blog hopping lagi lah, jauh sekali.

Bukan ape, nampak nye kami di rumah ni sekarang tengah ikut giliran untuk…



DEMAM.



Sempena umur 22 bulan, Cik Aiyu telah demam untuk pertama kali nye. Kesian cik kak kita.



Kisahnya bermula pada malam kelmarin. Waktu tengah packing barang, dengar Cik Aiyu merengek. Selalu kalau macam tu kitorang biarkan dulu, kalau lama dia merengek baru masuk bilik dia. Memandangkan dia merengek tak lama, pastu pulak dia siap on music box, kitorang pun ingatkan ok lah, anak mimpi ngeri kot.

Pagi semalam, aku perasan baju dia kotor. Dalam hati aku ingatkan makanan tumpah, pasal malam sebelum tu dia duk usha taco yang Cik Abe makan. Bila kasi breakfast, dia tamau makan. Sekali tu baru la aku perasan, cik kak kita poo poo. Bila nak cuci poo poo, aku perasan ada benda melekat kat rambut dia.

Ah sudah, nampak macam benda yang sama melekat dekat baju. Takkan makan taco sampai kat rambut kot? Bila aku check katil, ada tompok pink ngan kuning. Ohh ooo… anak saya muntah rupanya. Last sekali dia muntah masa umur 10 bulan camtu kot, masa first time makan cheese. Lepas tu memang nan hado.

Anyway, sepanjang hari semalam, cik kak kita baik aje. Takde ribut macam selalu. Letih kot, sampai boleh tertido time tengok tv.

DSC05221-e

Bawak ke malam, badan mula panas. Bila kami check, 38.5 degC. Soheh, anak kami demam.

DSC05224-e

Alhamdulillah pagi ni dah surut. Ribut suara sudah mula kembali, tapi pergerakan masih slow lagi. Temperature pun dah kurang, last check sebelum tido tadi, dah kembali pada asal.

Yang tak best nye, Cik Abe pulak mula muntah.

Nampak macam kami amik nombor kan. Tapi ok la kot, daripada tiga tiga tergolek bersama, lagi haru!

17 comments:

Nanak said... BALAS

last week Fredo bangun nap terus nangis..memula i biar je tp mcm makin kuat..i masuk bilik..dia tgh tunjuk tilam..oh em ji! penuh muntah oh..lps tu muntah dan muntah lagi..

esoknya demam tp sehari je..tp makan tanak..asyik nenen je..jmp paed n timbang berat, hilang 4kg..adoi!..kalau mommy yg hilang 10kg takpe..

now dah ok la..selera mkn pun sudah kembali spt biasa.

Sooyaree said... BALAS

Nanak,
Sorry to hear about Fredo. Aiyu pun makan tak berapa, susu aje. Susah hati kan bila anak macam ni :(

Amyz! said... BALAS

Magic betul. Kelmarin Alam pun demam. Tak mahu makan, susu pun kurang, asyik nak berdukung je. Malam2 jaga nak tidur berpeluk. Kasihan betul. Tapi kita lah yang menahan ngantuk ni. Nasib baik sehari je. Semalam dah ok, dah boleh lari2 sepak ball pulak. Hihi.

Harap cik abe cepat baik~ Tuan tanah dah oke kan?

sabira said... BALAS

lorr kesiannya cik aiyu..second picture nampak betul dia punya tak sihat kak..muka pun mcm merah padam sikit..get well soon darls...

Unknown said... BALAS

shiann cik aiyu....tapi kira hebat la anak kak huda ni..nak masuk umur 2 tahun baru kena demam kali pertama..muntah pun baru sekali dua..

semoga sihat derasss ye satu family!

farah said... BALAS

Get well soon cik Aiyu (n your hubs too)! Pandai eh last gambar mata stim tu cam betul2 lemah tubuh badan. Pandai jgk kat mamarazzi snap gambar. Terus daku bersimpati ya amat rasa cam nak dukung2 cik Ayu alolololo ciannya demam...

ANR said... BALAS

aloooloooo muka btol² sick lah cik kak kite. get well soon cik aiyu..
demam nk besar ni. :)

to mak cik aiyu: bertabahlah menjaga yang tersayang. :)

A.H.A.D said... BALAS

alahai...sangatlah muka demamnye.
get well soon aiyu!

nazayiena said... BALAS

Siannya tgk Cik Aiyu demam muka pun merah2,x bawa gi klinik ke Huda?

Hanamiko Sakura said... BALAS

musim demam agaknya...
ramai btul yang demam...
semoga cik aiyu cpat sembuh =^_^=

Mama Nurin said... BALAS

Sian cik Aiyu demam..tp demam2 pon tetap comel..rindu dgn cik aiyu ni ...

sri hati said... BALAS

alahai siannya cik kak kita ni nie...banyak rehat2 ye..auntie doakn cik aiyu sihat n ceria cepat2 ye..

miss scofield said... BALAS

aiyooooo....sememehnye muke cik aiyu...isk3....

get well soon cik aiyu...!!!

miss ur happy faces!!!

cahya indah said... BALAS

kesiannya tengok muka cik aiyu..memang sah muka org tengah sakit. hope family akak get well soon.

Nanak said... BALAS

eh silap...melampau betul i tulis 4kg..400g laaa..adoi..:(

mmg sedih bila tgk anak sakit ni.tambah lagi anak tak nak makan.rumah pun sunyi..

lyzaCR7 said... BALAS

Alaaa..sedeynya tgk aiyu..muka tak siap..:P slalunya ceria je... apa pun cepat sembuh ya aiyu..

Madam Sooyaree said... BALAS

Amyz,
Aiyo, Alam pun demam ke? Sian dia... Aiyu pun makan kurang, susu je dia nak. Skang ni ok dah la. Tuan tanah alhamdulillah, siap dah qada' makan lagi, hihihi

Sabira,
Muka merah padam bukan pasal demam, pasal boot camp hari tu, hihih.. Sini skang siang boleh cecah 40 degC, auw!

Nurul,
Alhamdulillah, kami memang bertuah pasal Cik Aiyu memang senang nak jaga. Kecuali kalau emosi terguris, tu nanti dia nangis le, hihihi.. Kalau tak happy sokmo orang kata :)

Farah,
Hihihih.. kebetulan tu, gmabar mengantuk pun iye kot. Tu betul betul sebelum bed time amik gambar :P

ANR,
Thanks dear, nasib baik yang tersayang tak banyak ragam, hihihi

Gee Ryder,
Thanks dear, really appreciate it :)

Kak Nurul,
Panas badan dia dah surut, jadi kami tak bawak ke klinik. Sini nak jumpa memang leceh, kekadang sejam tak settle. Elok dah sihat, terus demam balik, hihihi

Hanamiko Sakura,
Itu la kan, dari Malaysia ke US, semua tak sihat!

Mama Nurin,
Auww.. thanks auntie! Sambil guling sambil peluk zirafah, hihihih

Sri Hati,
Thanks auntie, alhamdulillah aiyu dah sihat :)

Miss Scofield,
Thanks laling! Muka dia memang high je masa demam tu, hehe

Cahya,
Thanks dear, really appreciate it :)

Nanak,
Haaa.. 400g ok le kot, 4kg tu banyak, hihihi.. Dah agak dah :P Itu la pasal, tapi bila diorang memekak, kita gak marah, hahaha

Kak Lyza,
Thanks Mama!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...