Wednesday, March 28, 2012

Rahsia Cik Aiyu

Nak jadi kuat dan sihat macam cik kak kita?

?

?

?

?

?

Minumlah Milo.

DSC05195-e

Sebenarnya saje nak eksyen, kitorang ada Milo dalam tin, hahaha.. Harga ok lah, $0.99 tak silap. Sama rege dengan biskut Hello Panda. Jangan tak tau, biskut tu RM 3.60 kat Giant! Walau made in Singapore, rupanya lagi murah di Amerika. Tak tau la kenapa, tax biskut di Malaysia mahal sangat kot, hihihi…



Dah ada tenaga, haruslah Cik Aiyu ber boot camp.

DSC05200-e

Destinasi kami hari ini, Hogan Park. Asyik duk dengar orang cerita pasal artificial grass di situ, mak nye kena cuba. Jalan jalan cari taman gitu kan.

DSC05202-e

Taman tu ok lah, not bad. Lokasi out sikit, tapi set up menarik, ada banyak permainan baru yang takde kat taman taman lain. Waktu kami pergi tadi masih panas, sudahnya cik kak kita tak dapat turun slide. Hot hot kata dia.

DSC05203-eDSC05204-eDSC05205-e

Tengok, buaian pun cool kan. Yang benda kuning kat belakang tu, boleh tarik ke depan, pastu lock. Macam seat naik roller coaster you. Jakun jap tadi, hahaha…



Cakap pasal roller coaster, ingat tak entry How a phone call can change your life… hari tu? Rupanya awek nanges tu bukan emosi macam roller coaster tak bersebab, rupanya ada sebab.

Bukan satu sebab, tapi ada 3 sebab!




Haaaa... macam filem Twilight le pulak kan, boleh pilih ending, hihihi...

Korang team mana?


?

?

?

Iolls syak awek tu bengang pasal nampak bofren dia beli barang kemas dengan pompuan lain. Pastu terus syak wasangka, ingatkan untuk awek tu. Biasalah kita manusia, hidup penuh prasangka. Pastu bukan nak tanya bofren kan, terus merajuk.

Cuba telefon, kot kot barang kemas tu untuk kita. Elok elok bukan untuk kita pun, boleh terus jadi untuk kita, hahahaha...



Untuk membuktikan betapa pentingnya panggilan telefon, 31 Mac ni adalah hari "Make That Call Day!" Old school is always cool, ey? Sila telefon mereka yang tersayang pada hari ini, atau mereka yang bakal disayang ;)



Jadi, siapa nak call iolls 31 Mac ni? :D

17 comments:

Amyz! said... BALAS

Lepas minum milo baru bertenaga nak jelajah taman mainan yg besar ni. kalau alam, mesti dia tak tau mana satu nak tuju ni. hahaha.

cool kan buaian camtu. baru rasa selamat.

blh ke iolls call uolls? nanti bleh cerita pasal anak. hihihi.

ANR said... BALAS

cik aiyu Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat lew.

wah, suka outdoor game rupenya cik aiyu kite ni. I like :)

ANR said... BALAS

cik aiyu Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat lew.

wah, suka outdoor game rupenya cik aiyu kite ni. I like :)

Anonymous said... BALAS

lahh...mati2 ingat baju cik aiyu special coz ada tulis mai korner gitu.sah..nak kena tukar spek ni. pinjam spek aiyu la..boleh?
dah lasak cik aiyu ek.bagus la kan bebudak ni aktif..

yana

Anonymous said... BALAS

Huih anak dara!
Kalah anak teruna =)

Z!-mYA said... BALAS

haha.. kite pun tertpu.. mule2 tu mcm... waa gile gempak cik aiyu paki baju ade printed mai korner,pastu, gelak sendiri, hihi.. sonoknye taman-taman kat situ kan.. bile lah taman2 kat malaysia ni nak jadi macam tu? huhu.. pape pun proud to be malaysian, hehehe..cik aiyu sangat cute la..

wanie_kashfi said... BALAS

Mai...giant memang mahal...kat 7e rm2.80 je biskut panda tu...

regards,
wanie (ex-valser)

nazayiena said... BALAS

Minum milo anda jadi sihat dan kuat,yea cik Aiyu dah kuat boleh main pjt2 kat taman...
Main siap dgn cermin mata x bukak... Buainya pun ada safety utk kanak2.

Hanamiko Sakura said... BALAS

yeah! cik aiyu kuat dan bertenaga sebab minum milo...

saya pun suka minum milo...<--eh.. tiba2 pulak... hehe

lyzaCR7 said... BALAS

cantik la taman tu...slide pun cantik.. kt msia konpem tkda.. hehehe...

Aiyu dah besar.. aiyu oo aiyu.. blk le cepat msia..tak sabar nak jumpa.. tp cepat aiyu blk cepat le ai tua.. sb bday ai bulan sept kan.. kehkehkeh...

miss scofield said... BALAS

aik...kat sana pun minum milo kaa??

fresh milk kan sodap!!!

ajumohit said... BALAS

Owh ini rahsia dia ye, minum Milo anda jadi sihat Dan kuat ;)

sabira said... BALAS

makin big girl tgk cik aiyu..minom milo jadi sihat dan kuat..jangan kisai peti ais tau yang!hahahahaha

Lynn Huraiza said... BALAS

salam...first time singgah sini...
comeynya cik aiyu...suka tengok dia main kat playground tu...

Angah said... BALAS

hamboi cikayu sungguh nampak kuattt

Watai said... BALAS

Ingatkan mai korner ada keluar tshirt mcm gpren saya pakai,skali tertipu. Baru nak order hehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Amyz,
Hahaha.. bukan Alam je, Aiyu pun tak cukup tanah, tak tau nak main mana dulu. Buaian tu memang cool, rasa macam boleh tahan lama pasal material elok. Eh, boleh aje, call me! :D

ANR,
Hah, kalau tak keluar sehari, tah sah ini budak!

Yana,
Hahahaha... tipah tertipuuu.. Kalau keluarkan tshirt, agak agak ade yang nak beli ke? Hihihih..

Honey Dear,
Hahaha.. itu la pasal, nasib baik dia berhati hati, jadi tak la make my blood always go upstairs :P

Z Mya,
Hahahah... takpe, bukan anda seorang tertipu, hihihi.. Sini taman elok pasal boleh tahan lama kot, tak hujan kan. Kalau Malaysia cepat punah

Wanie,
Hiii!!! Ye ke, ingatkan 7-11 selalu barang mahal. Nanti next time kena check ni :D

Kak Nurul,
Panas kak, tu spek tak tinggal, hehehe

Hanamiko Sakura,
Sedap kan Milo, akak yang tak perlu tenaga pun suka minum, hihihi

Kak Lyza,
Kat KLCC cantik gak taman permainan, tapi biasa le, lusuh pasal hujan. Hahaha.. kami balik Aug kot, sebelum raya, hehe

Miss Scofield,
Op kos! Tu yang nak eksyen, pasal jumpa Milo tin, hihi

Ajumohit,
Yeay! Tapi sebenarnya baru first time kasi dia setin, kalau tak takat rasa je :P

Sabira,
Peti sejuk dah ber lock, hahaha.. Tapi hari hari protes nak bukak, siap panjat tu

Lynn,
Salam dear, thanks sudi singgah sini :) Keep in touch k!

Angah,
Hehehe, jangan sangka budak kecik tak kuat.. Siap boleh angkat diri sendiri ni!

Watai,
Nanti kita suruh Cipoi ngan Najmi buatkan, ok tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...