Showing posts with label xPax. Show all posts
Showing posts with label xPax. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Clean up

Mood Cik Aiyu hari ni:-
 

Stress ke?



Stress ape nye, orang dah bawak jejalan gi taman tadi. Sejak seminggu lepas, cuaca memang panas terlampau. Nak gi taman pun tak sesuai. Semua alat permainan jadi panas, macam mana nak panjat sana sini kan? Ni baru masuk April, Julai nanti tak tau la camne. Dah la bulan puasa. T__T

Kami kat sini cuaca cantik je, tapi kesian kat orang Dallas yang puting beliung. Nasib baik duduk Plano ye kak, kalau tak, adeh... Apa pun, Ikea dilanda ribut tak kak? Kita ada usul sebulan dua ni, hehehe...


Lupa pulak, nak eksyen sket pasal Cik Aiyu. Skang member dah paham bahasa omputeh sket. Semalam masa masak, aku mintak dia tolong bersihkan fridge magnet yang bersepah kat lantai. Jangan tak tau, mek kita makin pandai protes. Sejak peti sejuk kena tambat di bahagian atas, member memang selalu tak puas hati. Siap panjat peti sejuk, dengan harapan terbukak le tu. Jangan harap, kalau terbukak jugak, memang aku mintak refund kat Toys R Us untuk fridge lock tu, hehehe..

Anyway, bila aku suruh dia clean up, dia jalan menonong aje gi bilik permainan. Sat lagi dengar bunyi keletung keletang Lego dia. Rupanya cik kak kita sudah disassamble semua Lego blocks dia, pastu masukkan dalam Lego tub. Yang mahal dia siap tutup tub tu, dan angkat susun tepi dinding! Waaa.. syabbas betti, tak sia sia mak nye selalu suruh kemas rumah, hehehe... Pagi tadi aku test power, suruh dia clean up lagi. Berjaya juga kali ini, hehehe... Kembang lobang idong setongkol bawang mak nye. Nampaknya kena upah dengan video Elmo lagi le ni, hehehe..



Cakap pasal video, korang dah ada video pilihan tak?



Agak-agak apa sebab gadis itu mengamuk?



Aku rasa pasal dia nampak boipren dia pergi beli barang kemas dengan pompuan lain. Dari dia duk mengamuk, baik la fefeeling yang boipren tu beli barang kemas untuk dia, kan? Atau kalau agak-agak malam tu tak boleh tido, call le boipren. Tanya, buat ape tadi kat kedai? Ni tau tau gelpren terus mengamuk. Boipren lak takleh concentrate, terus accident, patah tangan. Nasib baik tangan, kalau .....


Omputeh ada mengatakan, "if you ASSUME, you are making an A** of U and ME"


I can't agree more.


Jadi, jangan berlengah. Angkat telefon, dan telefon la orang tersayang. Lepas tu mesti rasa lega sket. Udah udah le cakap pakai jari, kali ni kita pakai mulut pulak :D


Lagipun, berapa sangat la kan, kos untuk telefon seseorang? Almost nothing. The feeling after that?


Priceless :)

Wednesday, March 28, 2012

Rahsia Cik Aiyu

Nak jadi kuat dan sihat macam cik kak kita?

?

?

?

?

?

Minumlah Milo.

DSC05195-e

Sebenarnya saje nak eksyen, kitorang ada Milo dalam tin, hahaha.. Harga ok lah, $0.99 tak silap. Sama rege dengan biskut Hello Panda. Jangan tak tau, biskut tu RM 3.60 kat Giant! Walau made in Singapore, rupanya lagi murah di Amerika. Tak tau la kenapa, tax biskut di Malaysia mahal sangat kot, hihihi…



Dah ada tenaga, haruslah Cik Aiyu ber boot camp.

DSC05200-e

Destinasi kami hari ini, Hogan Park. Asyik duk dengar orang cerita pasal artificial grass di situ, mak nye kena cuba. Jalan jalan cari taman gitu kan.

DSC05202-e

Taman tu ok lah, not bad. Lokasi out sikit, tapi set up menarik, ada banyak permainan baru yang takde kat taman taman lain. Waktu kami pergi tadi masih panas, sudahnya cik kak kita tak dapat turun slide. Hot hot kata dia.

DSC05203-eDSC05204-eDSC05205-e

Tengok, buaian pun cool kan. Yang benda kuning kat belakang tu, boleh tarik ke depan, pastu lock. Macam seat naik roller coaster you. Jakun jap tadi, hahaha…



Cakap pasal roller coaster, ingat tak entry How a phone call can change your life… hari tu? Rupanya awek nanges tu bukan emosi macam roller coaster tak bersebab, rupanya ada sebab.

Bukan satu sebab, tapi ada 3 sebab!




Haaaa... macam filem Twilight le pulak kan, boleh pilih ending, hihihi...

Korang team mana?


?

?

?

Iolls syak awek tu bengang pasal nampak bofren dia beli barang kemas dengan pompuan lain. Pastu terus syak wasangka, ingatkan untuk awek tu. Biasalah kita manusia, hidup penuh prasangka. Pastu bukan nak tanya bofren kan, terus merajuk.

Cuba telefon, kot kot barang kemas tu untuk kita. Elok elok bukan untuk kita pun, boleh terus jadi untuk kita, hahahaha...



Untuk membuktikan betapa pentingnya panggilan telefon, 31 Mac ni adalah hari "Make That Call Day!" Old school is always cool, ey? Sila telefon mereka yang tersayang pada hari ini, atau mereka yang bakal disayang ;)



Jadi, siapa nak call iolls 31 Mac ni? :D

Friday, March 16, 2012

How a phone call can change your life…

Rupa rupanya….


Awek ini menangis pasal gaduh dengan boipren rupanya.



Satu benda yang aku nasihat kan semorang, kalau korang gaduh dengan boipren ke suami ke, kawan je, tolong lah jangan tak angkat telefon dengan sengaja. Memang la nak tunjuk protes, tapi aku ada satu cerita nak kasitau. Satu cerita yang mungkin lepas ni boleh buat korang angkat telefon, hehehe..

Cerita ni dah lama, dah 10 tahun kot. Ada la hamba Allah ni, bergaduh dengan boipren, pastu tanak angkat telefon. Sekali boipren call, dia tak angkat. Dua kali boipren call, dia tak angkat. Lepas tu telefon dia senyap aje. Dalam 30 minit macam tu, hamba Allah ni pun call le balik boipren. Cuma kali ni, terus masuk pada voicemail. Call berapa belas ke puluh kali, sama jugak.

Member kita ni pun naik cuak, tapi masih terkawal. Esok tu bila tanya kat kekawan lain, ada nampak tak boipren, semorang tak nampak. Ada kawan yang janji nak jumpa malam sebelum tu pun, kata memang tak nampak batang idung sang boipren ni. Apa lagi, hamba Allah ni makin naik takut lah. Bila cari punya cari…

To cut the story short, they found his car a few days later, together with his belongings. Followed by his body, not long after.

I guess the girl in this video clip is lucky. Not so for my dear friend.



Sejak tu, aku memang selalu angkat telefon. Walau bergaduh macam mana pun. Iye, kitorang ni sekarang je tenang. Time bercinta dulu mak aih… Cik Abe banyak dengar kata-kata nista daripada ucapan “I Love You”, hihihi.. Semua benda pun tak kena. Kitorang ni dah la PJJ, lagi la payah. Memang boleh chatting, tapi chatting ni kekadang boleh buat orang salah faham. Sebagai contoh, “I’m fine” boleh jadi “I am really fine and happy” atau pun “I am not in good mood, please ask me what’s wrong”. Ayat pendek je kan, tapi boleh jadi positif, boleh jadi negatif.

Untuk mengelakkan keadaan macam ni, kitorang selalu telefon. Seriously, a simple phone call can really change your life. Bukan mahal pun telefon, lagi dapat jimat masa dari nak menaip. Plus point, dapat dengar suara boipren lagi, hihihi… Orang kata kalau tak dapat jumpa depan mata, dengar suara pun jadi la tak?

Pick up the phone and call someone you love today. I know a lot of people prefer to chat, twit, BBM or What’s App each other, but I guess no technology can really replace human touch. At least no t for me :)



http://xpax.com.my/video/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...