Wednesday, April 4, 2012

Clean up

Mood Cik Aiyu hari ni:-
 

Stress ke?



Stress ape nye, orang dah bawak jejalan gi taman tadi. Sejak seminggu lepas, cuaca memang panas terlampau. Nak gi taman pun tak sesuai. Semua alat permainan jadi panas, macam mana nak panjat sana sini kan? Ni baru masuk April, Julai nanti tak tau la camne. Dah la bulan puasa. T__T

Kami kat sini cuaca cantik je, tapi kesian kat orang Dallas yang puting beliung. Nasib baik duduk Plano ye kak, kalau tak, adeh... Apa pun, Ikea dilanda ribut tak kak? Kita ada usul sebulan dua ni, hehehe...


Lupa pulak, nak eksyen sket pasal Cik Aiyu. Skang member dah paham bahasa omputeh sket. Semalam masa masak, aku mintak dia tolong bersihkan fridge magnet yang bersepah kat lantai. Jangan tak tau, mek kita makin pandai protes. Sejak peti sejuk kena tambat di bahagian atas, member memang selalu tak puas hati. Siap panjat peti sejuk, dengan harapan terbukak le tu. Jangan harap, kalau terbukak jugak, memang aku mintak refund kat Toys R Us untuk fridge lock tu, hehehe..

Anyway, bila aku suruh dia clean up, dia jalan menonong aje gi bilik permainan. Sat lagi dengar bunyi keletung keletang Lego dia. Rupanya cik kak kita sudah disassamble semua Lego blocks dia, pastu masukkan dalam Lego tub. Yang mahal dia siap tutup tub tu, dan angkat susun tepi dinding! Waaa.. syabbas betti, tak sia sia mak nye selalu suruh kemas rumah, hehehe... Pagi tadi aku test power, suruh dia clean up lagi. Berjaya juga kali ini, hehehe... Kembang lobang idong setongkol bawang mak nye. Nampaknya kena upah dengan video Elmo lagi le ni, hehehe..



Cakap pasal video, korang dah ada video pilihan tak?



Agak-agak apa sebab gadis itu mengamuk?



Aku rasa pasal dia nampak boipren dia pergi beli barang kemas dengan pompuan lain. Dari dia duk mengamuk, baik la fefeeling yang boipren tu beli barang kemas untuk dia, kan? Atau kalau agak-agak malam tu tak boleh tido, call le boipren. Tanya, buat ape tadi kat kedai? Ni tau tau gelpren terus mengamuk. Boipren lak takleh concentrate, terus accident, patah tangan. Nasib baik tangan, kalau .....


Omputeh ada mengatakan, "if you ASSUME, you are making an A** of U and ME"


I can't agree more.


Jadi, jangan berlengah. Angkat telefon, dan telefon la orang tersayang. Lepas tu mesti rasa lega sket. Udah udah le cakap pakai jari, kali ni kita pakai mulut pulak :D


Lagipun, berapa sangat la kan, kos untuk telefon seseorang? Almost nothing. The feeling after that?


Priceless :)

10 comments:

Nanak said... BALAS

kitaorg pulak cakap omputeh dgn Fredo ..walaupun daku cakap tunggang langgang at least dia blh la belajar basic kan..malay pula memang hari2 dia dgr sbb mommy & daddy cakap malay..
hari tu jumpa kazen2 semenanjung dia..baca buku sama2..bila Fredo cakap 'car' kazen dia jwb 'ini kerete la baby..bukan car'..haha..kitaorg pakat gelak..

sabira said... BALAS

hehehe..dh terror tol cik akak kita bukak peti ais..kan dh kono kunci..btw glad to hear that she already understand the instruction...:))..esok boleh kerah tenaga untuk tolong emaknyer mengemas..hahahah...

mamasuri said... BALAS

pandai cik aiyu kte...anak dara kte lak mmg tabiat suka bercakap ngan mainan dia..sampaikan mainan dia pun ada yg nama 'mama' n 'papa'..confuse2...

ANR said... BALAS

syabas cik aiyu. nnt akak upah menan elmo pulaks

Eliss said... BALAS

aduhai cik aiyu..boleh jadi calon menantu ni,tggu auntie ada anak lelaki dulu yer :)

nazayiena said... BALAS

Syabas Cik Aiyu,dah main pandai kemas sendiri,memang patut kembanglah hidung maknya tgk betti camtu....

farah said... BALAS

Yeay, another elmo vid for you cik Aiyu. Tu la key-nya rajinn2 tolong mummy sure by present nnt. Fatehah kalau mainan sepah2, i ugut "buang" je, terus kemas. Kahkahkah...

miss scofield said... BALAS

Sticker ke kat muke cik aiyu...??

p/s: mommy cik aiyu...duta celcom ke?
keh3.....

Amyz! said... BALAS

stiker fedex? nak pos ke mana tu? mesia ke? hihihi.

time panas2 ni kena la pergi indoor playground ni. ahaha. *alasan gi mall*

pandai disuruh ni. pasni mak blh suruh mop lantai bleh ke? hahahaha.

tu la pempuan ni memang cepat emo. bukan nak tanya dulu ke? *ala dulu pun kita camtu gak. hihi.* dulu la. zaman budak2 dulu. hahaha.

Madam Sooyaree said... BALAS

Nanak,
Ok la tu, kita takut je Aiyu tak tau cakap Melayu. Macam tak best lak, tapi hari tu lupa nak beli buku Melayu, hahaha... Hahahah... lawak lah Fredo. Tapi car lagi senang nak sebut kan :D

Sabira,
Hahaha.. harus!!! Memang la kena kunci. Dia bukan nak apa pun kekadang, saje amik bau, hihihi

Mamasuri,
Hihih.. tinggi imaginasi tu! ;)

ANR,
Hihihih.. makin bertambah la warna merah dalam rumah :P

Eliss Mie,
Hihih.. apa lagi auntie, ada plan ke? :D

Kak Nurul,
Hihih.. boleh la kak, yang dia tak dengar cakap banyakkkk jugak :P

Farah,
Yang ni tak makan ugut. Kekadang bila I disapprove her act, dia tengok I, pastu buat slowly. Nak test my patience le tu, hehe

Miss Scofield,
Sticker Fed Ex, kot kot boleh dapat murah sket tiket, hahaha... Duta kecil kecilan aje, hihiih

Amyz,
Biasa la kan, nama pun pompuan, hihihi.. What to do, salahkan jantina, hahaha... Kot kot kita hantar ikut Fed Ex, murah ke? Tiket nak dekat $2000!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...