Saturday, April 28, 2012

Kids’ Health Day

Honestly, I am not a morning person. Kalau tak kenangkan Cik Aiyu, jangan harap la aku nak bangun awal. Tapi nak buat macam mana, anak saya kekadang belum Subuh dah bangun. Takpe lah, dah nasib badan. Orang nak anak, ko pun nak anak. Sendiri jaga la kan, hehehe…

Selalu pagi-pagi, aku akan golek golek atas sofa sambil reply e-mail. Time ni kira prime time waktu bekerja, pasal orang di Malaysia masih jaga lagi. Tapi jangan tak tau, kekadang aku reply e-mail jam 2-3 pagi waktu Malaysia, ada jugak yang reply balik kang. Don’t play play haaa…

Pagi ni, kami cargas sket. Bangun pagi merangkap terus keluar rumah. Cecilia tipon semalam, ajak gi Kids’ Health Day di YMCA. Dia kira warga tetap YMCA di Midland ni, hari-hari dia datang bawak Nicholas. Anak tinggal kat nursery, dia gi jogging. Hari tu half marathon, dapat first place. Kelas you.. kawan dia je takde kesedaran nak ber jogging. Baru zumba sket, dah letih. Baru buat body pump, dah komplen takleh jalan lurus. Camno?

DSC05457-e

Ramai gak orang datang tadi. Tak yah bayar apa pun, diorang saje buat function, nak promo tempat. Siap dapat t-shirt free lagi untuk cik kak kita. Tapi kena tunggu umur 7 tahun baru muat kot, hahaha…

DSC05452-e

Maskot beruang pun ada. Yang ni dari Blue Cross Blue Shield, insurance company kami. Tu yang biru semacam je beruang. Cik Aiyu seperti biasa perasan diri jadi duta, semorang dan beruang pun dia hai kan.

DSC05454-e

Antara aktiviti yang ada, face painting. Untuk kekanak je, untuk mak mak haruslah sediakan make over MAC kannnn… Make over MAC konon, make mak over tauuu...

DSC05455-e

Di pipi Cik Aiyu patut ada smiley face warna fink. Tapi tak sampai 3 minit diorang warna, cik kak kita dah gi kesat. Jadi lah jalinan warna fink gitu.

DSC05459-e

Cecilia bawak kami tawaf YMCA facilities tadi. Quite impressive. Aku bayangkan macam ala ala aje, rupanya lawa. Besar pulak tu. Siap ada gelanggang racquetball, swimming pool, a few multifunction rooms, cardio room dan yang paling kelas… youth activities room. Bilik ni untuk bebudak besar sket, ada a few game consoles, table tennis, darts and much more. Tak yah susah susah beli xBox Kinect untuk anak, main kat YMCA sudah.

DSC05460-e

Kat luar pulak, ada lori bomba ngan ambulans. Bukan untuk standby, tapi untuk display. Kasi kami peluang untuk tengok, apa yang ada dalam lori ni. Siap boleh masuk lagi kalau nak. Cool jugak la, nasib baik takde abang bomba seksi, auuwwwwww….. Haruslah ku nyanyi lagu “macho macho mannnn”…

DSC05461-e

And of course, nothing is healthier than jumping up and down for the kids. Kalau tak, takkan la jump rope tu antara senaman terbaik, tak?

Overall, I enjoyed the time and place. Cuma nak enroll tu mungkin tidak la, because it’s quite pricey, $60 per month. Gold’s Gym baru $20, seppppp…… Kalau dah upgrade stamina badan, mungkin baru akan ku fikir kan Winking smile

4 comments:

Nanak said... BALAS

botol air pink itu sama dgn Fredo punya..hehehe..tp kaler biru la...hihi

Unaizah said... BALAS

Nape ek firemen US hensem-hensem & macho belaka? Well, 90% of them (based on personal experience tengok sendiri).

Amyz! said... BALAS

Best nya event macam ni. At least kita boleh educate anak, dan kita juga kan? ;-)

Lepas ni blh la join healthy class gitu.. hihihi.

nazayiena said... BALAS

Boleh tahan mak Nicholas menang half marathon....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...