Friday, April 6, 2012

Tips untuk bayi tidur sendiri

Haaa.. kelas kannn tajuk entry hari ni :D
 
 
 
Dari GA lepas, ramai yang cadangkan untuk tuan tanah tulis tips parenting. First of all, tuan tanah bukanlah pakar kanak kanak. Doktor atau majistret jauh sekali. Anak pun baru sorang. Jadi apa yang kita kasitau adalah berdasarkan pengalaman ok.
 
 
 
Seperti yang kita tau, tradisi omputeh ngan orang Malaysia adalah jauh sekali. Termasuk tradisi camne nak jaga anak. Macam skang ni, ramai yang rasa pelik pasal Cik Aiyu masih menyusu badan. Bagi diorang, 6 bulan tu cukup. Kalau rajin sket, sampai setahun. Lepas tu, nehi nehi! Tapi takpe, sebagai Asian sejati, orang anggap kita pelik tu pekara biasa. Kekadang aku cakap pun diorang tak paham. Eelh, diorang cakap pun kekadang aku tak paham, kira adil la kan, hihihi..
 
 
 
Anyway, hari ni tuan tanah nak berkongsi senjata rahsia kami.
 

Music box Cik Aiyu.



Oh my, music box ni memang banyak berjasa pada kami. Dia ada 3 pilihan lagu, tapi yang selalu kami pasang untuk mood tido je. Aku agak le mood tido, pasal ada gambar bulan. Lagi dua tu gambar music note dengan daun. Pastu ada pilihan, untuk dengar lagu je, atau pasang projector sekali. Projector ni keluar imej kat siling bilik Cik Aiyu. Kira ala tengok wayang sambil baring le. Gambar yang keluar semua gambar haiwan. Extra feature for this music box, is night light. Yang gambar burung belah kanan tu kan, kalau ko tekan butang atas dia, akan keluar lampu. Kira kalau anak tak suka gelap, boleh le dia pasang lampu supaya tak gelap sangat. The best thing is, it is portable! Dulu waktu kecik kecik (macam la tua sangat anak aku kan), kitorang selalu angkut music box ni sama waktu berjimba. Orang kata something familiar for her in a new environment.



Kami mula asingkan bilik Cik Aiyu tak lama lepas kami pindah. Masa tu umur dia dalam 12-13 bulan camtu la. Sebelum tu, dia memang tido dalam crib, cuma crib tu masih dalam bilik kami le. Hajat hati nak asing bilik tu dah lama, cuma cik kak kita ni selalu terjaga tengah malam nak menyusu. Waktu bawah umur setahun tu takut jugak la kan, anak kelaparan. Tu layan je. Bila dah setahun, doktor kata takde nye dia lapar tengah malam. Dia nak attention aje tu.

Awal-awal nak asing bilik tu, kami biarkan dia tido sesorang dalam bilik kami. Time tu macam tak yakin, boleh ke cik kak kita ni tido terus menerus sampai pagi. Selalu nya 2 jam sekali dia terjaga. Sudahnya mak bapak tido atas sofa, nak train anak punya pasal, hahaha...

Op kosss... Cik Aiyu menangis mendayu dayu. Waktu tu hati meronta je, nak amik dia. Nasib baik Cik Abe hati keras sket, dia kata jangannn... Ok la, big boss tak kasi green light, what to do. Hari pertama tu lama gak la dia nangis, baru tertido. Tengah malam pun terjaga, menangis. Kami biarkan, dia tido sendiri. Esok pun sama gak, cuma makin kejap dia nangis. Agaknya dalam 5 malam camtu, baru dia tak nangis waktu nak tido tu. Apa lagi, esok jugak kami pindah crib, hihihi... Dan alhamdulillah, sejak tu Cik Aiyu memang ok tido sendiri.


*gambar lama*
 
Oh, sekarang ni kami letak buku dalam crib dia jugak. Cik kak kita kan suka membaca. Kekadang bila dah masuk waktu tido, dia tak ngantuk lagi, dia akan on lampu kat music box tu, pastu membaca. Lawak gak bila dengar dia buat bunyi binatang sesorang dalam bilik. Bila tengah malam kami check, bon bon ke udara, muka tersungkur atas buku, hahahaha....
 

13 comments:

Anonymous said... BALAS

Hurm sgt2 membantu.. since anak I dah setahun ni leh la nak ajar die tidur dgn sendrinye.. skg ni nak tidurkan die bkn main payah kene nyanyi smbil tepuk2 br la die tdo.. 2 pon kene tggu die betul2 lena br leh tggl klau x kejap2 merengek.. musix box 2 mcm best je.. mesti murahkan kat sane? x nak letak kat little sooyaree ke? hehehehe.. kat sini mau regenye mahal gilos...

ITA

:|: TinTa Kibod :|: said... BALAS

cik aiyu suka tido nonggeng ye..
he he he

Anonymous said... BALAS

Salam sis.
Just curious,after bf for 6 mths, diorg continue formula ke?i ada baca somewhere saying formula tak digalakkan in western countries.but dont know how far true is that.ke in certain countries je? -nad-

Nanak said... BALAS

Cik Aiyu tak panjat crib ke? Fredo tidur dlm crib sampai 1y++ lps tu pindahkan dia atas katil sendiri..puas dia golek2 sbb luas..

p/s
itu yg i ajar Fredo omputeh..takdelah dia gagap nti bila jumpa Cik Aiyu yg ntah bila..hehe...
mesti best sambutan Easter day kat sana kan..:)

amaniammar said... BALAS

ketawa tgk statement akhir tu..
pandai jg dia bw diri bila sesorunk...


smg cik aiyu menjadi ank yg baik for both of u...soon bila dah besar sket usaha ke arah Cik ayu Jr. pulak..hihihihi

lyzaCR7 said... BALAS

Apa yang ai baca n tahu le kan.. lagi awal kita asingkan tidur..lg mudah sebenarnya..anak2 kt rumah ni pun dari habis pantang je dah tidur asing..tp bilik skali la..then cukup setahun (kira lambat gak dr pembacaan aye) baru asing bilik...

Ishhh dah 3 4 N3 gambar aiyu takda nie.. (setakat 1 gmbr ayu setiap N3..tak d kira) hahahahaha..

bonda dadif aka akish said... BALAS

aiyu x manjat ke crib dia tuh kalu malam menangis time memule tuh???

ahai....anak bujang..kalu mak apak dia buat dek..hah siappp.....manjang nak manjat aje..ugut nak turun...

Amyz! said... BALAS

Lagi dah besar, lagi susah nak pisahkan tempat tidur. Hihi.

Tapi cik aiyu bagus, 5 hari je dah oke training pisah tempat tidur.

Dan ada pulak music box, kira macam peneman dia tidur la. tak de la dia rasa macam alone gitu.

Well done cik aiyu (mak dan ayah cik aiyu juga.. hihi.)

lemongrass said... BALAS

Samalah cara we all dgn cara you guys and samalah Cik Abe I hati keras mcm Cik Abe you. Dasar Mat Saleh hati keras! Hikhikhik ;-).
I siap kena pasang headphone besar pasang lagu kuat2 utk tak bagi dengar diaorang menangis mendayu2 meronta kiwa itu.
Tapi Alhamdulillah, dlm 4-5 hari, diaorang dah boleh tidur sendiri and Mak Pak pun dah boleh tidur lelap sampai pagi, hahahaha...

ajumohit said... BALAS

alahai pandainya kamu aiyu, gigih mak paknya nak train anak tidur sendiri ye, dah berjaya!!!

Madam Sooyaree said... BALAS

Ita,
Wah, bestnye dia kena tepuk sebelum tido ;) Music box tu tak silap dalam $40 to $50 kat sini, tak sure Malaysia berapa :) Kalau nak boleh je order, tapi check dulu lah harga di Malaysia, takut lebih kurang sama aje kang

Tinta Kibod,
Hehehe.. harus la kann.. selimut pun tanggal!

Nad,
After 6 months diorang mula kasi formula, after 1 terus kasi fresh milk. Sini still ada formula, tapi ada negara yang kita tau, memang takde formula milk. US masih ada :)

Nanak,
Cik Aiyu tak panjat, tak sampai pun iye kot, hahaha.. Dia cuma suka campak semua benda kat lantai kalau dia tak paus hati, hehehe.. Ngehehe... Aiyu pun cakap ayam itik, confuse kot mak dia kejap BM, kejap omputeh, hahaha.. Easter sini meriah la, merata rata ada bunny. Kita pun dirst time celebrate, sebelum ni tak pernah balik rumah mertua time Easter

Amani Ammar,
Heheh.. haruslah bawak diri bila mak malas nak melayan, hahaha.. Alhamdulillah, aminnn... kita pun harap yang elok je lah kan untuk Cik Aiyu :) Jr tu tak sure lagi, mak nye malas nak menjaga, hahaah

Kak Lyza,
Tu memang betul, tapi untuk mereka yang ada anak suka jaga malam, memang tension, hahaha.. Aye first time tido sepanjang malam masa Aiyu 12 bulan camtu kot, hahaha

Bonda Dadif,
Dia tak panjat, dia cuma campak semua soft toys kat lantai, hahaha.. Tapi dia ok jugak la, kekadang dia ngamuk, kitorang datang, angkat dia, pastu cakap kat dia elok elok yang dia kena tido, esok nak main lagi. Selalu kalau dia kiss kami sebelum tido, tu dia tido dengan redha la. Kalau letak tu dia tanak kiss, memang menjerit le sat gi, hehehe

Amyz,
Hehehe.. memang betul tu dear, makin besar makin susah. So kalau dapat anak yang tido through the night, awal awal asingkan. Macam Cik Aiyu tak dapek le, hehehe.. Thanks laling, really appreciate it :)

Kak LG,
Itu la kan, kita orang Asia, pompuan lak tu, hihih.. memang lemah! :P Tapi bila diorang dapat tido the whole night, bangun pagi esok tu rasa bangga sensorang, hahahah


Aju Mohit,
Alhamdulillah, berjaya jugak akhirnya, hehehe.. Tapi itu lah, kena ada sorang yang hati keras sket ;)

irisqalesya said... BALAS

bagus tip ni suka sangat..my baby now 18 bln still bf macam mana erk nak tdo asing...

Madam Sooyaree said... BALAS

Irisqalesya,
Thanks dear :) Aiyu pun masih bf, tapi kami dah stop susu tengah malam masa umur 12 bulan. Doktor cakap diorang dah tak perlu susu tengah malam, pasal makan di waktu siang patut dah cukup :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...