Sunday, July 29, 2012

Olympic spirit

Sana sini mesti orang tengah sibuk cerita pasal sukan Olimpik kan.

Sama la, orang sini pun tak ketinggalan. Cuma Amerika yang busuk ni, tak buat live coverage. Boleh? Rasa macam duduk dekat Lesotho aje gamaknya (cheh, mementang baru tau ada negara nama Lesotho). Cool kan nama negara tu. Orang yang tinggal situ, adalah orang Basotho. Buat haku teringat kat soto dan bakso. Ciss.. dah la bulan puasa, kat perantauan lak tu. Sungguh keji I tell you.

Anyway, US tunjuk le jugak opening ceremony tu, cuma lambat. Kitorang syak pasal diorang nak jual slot iklan. Macam Superbowl pulak dah. Airing time cost for commercial is at its perk at that time. Semalam kami pun semangat lah tengok tv, Cik Aiyu pun suka pasal banyak muzik. Sibuk dia dancing. Pastu bila part doctor and nurse, bebudak tido, dia pun sama baring atas Elmo’s couch. Fefeeling kat England le tu.

Ok lah opening ceremony, ada part yang best, ada yang macam ehhh? Cuma yang tak puas hati apsal Beckham naik bot untuk sampaikan obor. Kalau dia swimming sambil pakai Speedo kan elok, hahahah.. Oopsss… mood gatal dah timbul di situ. Ok, yang sebenarnya aku tak puas hati, adalah pasal atlet tu sendiri. Masa diorang tengah berarak tu, ramai yang bawak phone dan kamera. Waddehel? Kemain ramai photographer dan videographer profesional, sibuk ko nak amik gambar jugak ye. Ibarat kita pegang kamera time wedding la kan. Yang tak boleh blah, ada siap bawak iPad! Rasa macam nak lempang je atlet tu, hahaha… Ada jugak yang kantoi texting sambil berarak. Tak tau la, mungkin jawab sms mak dia “ko kat mana ni nak?" Tak pun update Twitter “I am marching!” Yes, we can see you. The whole world can see you.

Hari ni, ada satu umat yang amik semangat Olimpik.

DSC06421-e

Hail the queen!

15 comments:

Hanamiko Sakura said... BALAS

saya tengok juga semalam.. >.< kan, rasa pelik je bila marching tangkap gambar sambil lambai2.. hehe

Anonymous said... BALAS

hehe artist in the making? ;)

silent reader
Jules

Nota Cikgu Anum said... BALAS

heyyy muke Cik Aiyu sgt caucasian di sini. selalu2 nmpk lebih melayu..ada chance jadi the next Diana Danielle ni :)

Anonymous said... BALAS

comelllll nyaa! kalah Suri Cruise nanti. hehe!

sabira said... BALAS

Hey darling! Lawa topi u!heheheh

lyza said... BALAS

Amboiiii comeyyynyyyaaaaa dia.....jeles mama dia ada baju olimpik...mummy tolong carikan aye snow globe olimpik bleh....hahahahahaha....

@kakliza@

miss scofield said... BALAS

rambut cik aiyu dah panjang!!!

Nurul Dahlya said... BALAS

saya teringin nak tgk opening olimpik, huhu tapi kat mesia pukul 3 pagi!

BabyBooned said... BALAS

dekat sini pun fail olimpik coverage. yg diorang tunjuk sikit sikit pun mestilah yg ada msian team punyer. yg syok tengok macam gymnastic ke diving ke synchronized swimming ke memang takde langsung. lebih kurang negara baksosoto jugak le tu

Watai said... BALAS

super cute!

Amy Z! said... BALAS

terlepas opening ceremony. tapi bila tengok kat news, nampak meriah sungguh. baca twit kawan-kawan pun dorang cakap best. yang kelakar, ada kawan siap tulis, kontigen malaysia keluar lepas zuhur esok. hahaha. sebab banyak sangat negera kan.. haha.

ye la. beckham tu menghormati bulan ramadhon tu.. hahaha.

Eliss Mie said... BALAS

kalau pegang obor sekali baru lebih semangat ni :) hehehe.

Schazaza Zober said... BALAS

cool giler cik aiyu dress up cmtu...
rock star sgt2....
i loikee!!!
:)

Madam Sooyaree said... BALAS

Hanamiko Sakura,
Tak best kan bila diorang buat macam tu. Geram tau kita kat sini!

Jules,
Hehehe.. mungkin la kot. Yang pasti, she really loves music!

Nota Cikgu Anum,
Hahaha.. ok le tu, nanti mak nye dapat BMW X5, auwwwww

Sabira,
Biasaaa... USD5 di Toys R Us you, hihihi

Kak Lyza,
Itu baju Gap, cuma skang ni kan Great Britain nye flag macam in untuk baju. Aye kat US kot, bukan UK, ahahaha

Atiqah,
Haaa... itu la dia, tapi dia tak kasi kita sikat!

Nurul Dahlya,
Hehehe.. takpe yang, mesti ada repeat nanti tu ;)

BabyBooned,
Nasib baik la US ni banyak team, tapi tu le, kita pulak kemaruk nak tengok team Malaysia, hahaha.. Terus tanak gang ngan Cik Abe dah, dia team USA!

Watai,
Thanks laling!

Amyz,
Hahaha.. tu la pasal! Kitorang siap main "country game" lagi, teka negara apa mula dari huruf apa. Yang pasti, satu je huruf O, Oman! Bagus tul Beckham, ni yang syiok lagi kat dia, hahahah

Eliss mie,
Hahahah.. kang orang ingat Lady Liberty pulak kang, hihihi

Scazaza Zober,
Hehehe.. rock karat tu. Jiwa mulus, cepat tersentuh, hahaha

Reen Tart Nenas said... BALAS

comei sungguh anakmu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...