Friday, July 20, 2012

Puasa sudah tiba daaa…

Amacam semua, dah bersedia ke untuk puasa esok?

Kalau ada yang di KFC skang ni, tengah makan ayam hot & spicy, ingatlah tuan blog di sini. Biasa le, bila dah masuk bulan puasa ni, mula la air liur meleleh selalu, hahaha… Kitorang kat sini Jumaat dah puasa. Berbuka pukul berapa? Toksah tanya la… 08:53 pm you! Time ni le rasa nak duduk kat Australia, sana musim sejuk kan, mesti cepat waktu berbuka, hehehe…

Lama rasanya tak update blog. Bukan apa, sejak Cik Abe tak balik-balik ni, memang tak dan nak buat semua keje. Working hour mula jam 9:30 malam, bila Cik Aiyu mula masuk tido. Waktu tu le mula nak balas email, update kedai, pack kotak, beli barang dan sebagainya. Belum lagi kekadang tersasul berangan nak beli bag Prada, tengok punya tengok, sedar-sedar, eh eh, dah tengah malam! Habis beauty sleep I, macam mana nak beauty nih?

But no complain, semua tu rezeki kan. In fact, I love to do it. Bukan senang nak dapat kerja yang kita suka buat ;). Bila dah suka, penat pun tak terasa sangat.

Cik kak kita macam tu lah, hari-hari ajak keluar. Pastu skang dah pandai pasang WiFi iPod sendiri. Jenuh aku off, dia on balik. Kalau takat tengok Disney Channel takpe lagi, hari tu aku kantoi dia layan YouTube, video clip remaja kena serang dengan ikan jerung. Apakah? Pastu suka suki dia nak erase apps aku. Yang dia download tau tak apa?

Yahoo Finance.

T__T


Oh my, kecik kecik dah nak main saham.

DSC05901-e



Memang kena letak password aaa lepas ni untuk WiFi.

Ok lah, sempena bulan baik hari baik ni, kita nak mintak maaf la ye, kot kot ada terkasar bahasa, tersilap cakap atau tersombong diri. Tuan tanah ni sebenarnya baik hati, tapi itu lah, kekadang tersasar kan. Hahaha.. oopss.. perasan sat.. kena mintak maap balik ni.

Sorry ye kekawan, dan selamat berpuasa kepada mereka yang beragama Islam. Kepada Nanak, selamat bawak Fredo ke pasar ramadan! :D

16 comments:

C!kpuanmuda® said... BALAS

dah besar anak dara... salam ramadhan huda. selamat berpuasa :)

cahya indah said... BALAS

salam Ramadhan utk akak and family :)
Cik Aiyu nak main saham belikan beg Prada utk mommy..hehe

FaznFaz said... BALAS

wakaka.... kids now days!!! so smart!!! nnt tgklaaa, dia pandai bukak justin bieber sendirik.... mmg nanah laaa telinga ko nak layan... ;p

anyway, selamat berpuasa kat kau jugak... dlm pd meroyan msia ni panas, bersyukur jugak sbb adik aku bgtau, ireland berbuka pukul 9pm!!! mau kurus aku!!! hahahah!!!

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

selamat berpuasa huda!

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said... BALAS

selamat berpuasa kak ;-)

blu4sky said... BALAS

salam huda,

selamat mengerjakan ibadah puasa.

pehhh cik aiyu dah menunjukkan bakat dlm bursa saham nampak.. :)

Eliss said... BALAS

selamat berpuasa dear :) so hari ni tak leh blogwalking sangat kang terliur pulak makanan orang malaysia ;p sebab kami kan esok puasa. hr ni kita up entry makan cukup2..hehehehe

sabira said... BALAS

Selamat Berpuasa to all your family members kak huda...wooowww cik aiyu ala ala model hari ni.....sweet sangat...:)))

Pink Mama said... BALAS

Salam Ramadhan. =)

Amyz! said... BALAS

Ooohh. dah delete apps mommy, tengok youtube, download apss. Buat muka tak bersalah ye?

Pandainya... Mmg kena letak password wifi nih. Hahaha.

Utk Mommy Aiyu & Cik Abe, kita wish you all selamat menjalani ibadah puasa dengan baik di sana. Dan dengan pesanan, jangan baca blog2 yg update lauk-pauk pasar ramadhan. Hehe.

Anonymous said... BALAS

hehe..cik mary pun gtu gak..delete game mama dia suka..then request suruh install jamie oliver..btw selamat berpuasa..

ahkakbatik said... BALAS

happy Ramadhan Kareem laling...
meh indah dallas bukak poser 8.38!!

Nanak said... BALAS

happy fasting dear...
wah, dah mcm Amber Chia cara cik kak kita amik gambar..hehehe..*kiss2*

mcm tau2 je i mmg tunggu pasar ramadhan..ehehehe..benda yg i nak cari opkos laksa..i peminat laksa you..tp semalam pegi..ya ampun..cepatnya makanan habis..

tak sempat i nak cari mana satu yg jual laksa..yg tgl cuma soto ayam kampung rm5..nasib baik sedap..

esok i nak balik KK..kat sana lg best pasar ramadhan..

p/s
area rmh i mmg takde playground dear..sgt kasihan..haha..balik KK baru kita bantai pegi playground..

Madam Sooyaree said... BALAS

CPM,
Dah besar dah, besar sket dari Rayyan :D Thanks Nora, raya ni tak buat open house ke?

Cahya,
Thanks laling, same goes to you. Aminn... mana tau dapat rezeki kan, auwww!

Eila,
Weh takpe la kalau Beiber, mesti bapak dia pangkah dulu, ahahah.. Sama la ngan kitorang, pukul 9 malam gak kot :P Tapi tak dan nak kurus, kalau satu hari duk baring :D

Konot,

Thanks laling, selamat berpuasa pada awak sekeluarga juga!

Nurul Diana,
Thanks dear, selamat berpuasa pada Nurul sekeluarga k :)

Blu4sky,
Terima kasih dear, same goes to you and your family. Hahah.. kalau dari kecik dah terror, senang mak dia besar nanti :P

Eliss Mie,
Hahaha.. tu la pasal! Duk diam diam je, kang ada yang bernanah mata tengok murtabak!

Sabira,
Thanks laling, selamat berpuasa kepada seluruh warga Masjid Tanah :D

Pink Mama,
Thank you, same goes to you :)

Amyz,
Hahaha.. macam tau tau aje. Skang ni duduk diam, nak balik Malaysia nanti baru bukak blog orang tengok makanan :P

Azza,
Jamie Oliver? Oh no.. nanti dia marah Mary minum susu strawbaby :P Selamat berpuasa dear!

Kak Tek,
Hewahh... sombong bonar tu! 20 minit awal, tak aci sungguh :P

Nanak,
Wah mahal jugak eh soto, nasib baik you kata sedap. Laksa? Boleh gang dengan my sister in law, dia lain tak pandang, laksa semata, hahaha

pizet said... BALAS

selamat berpuasa :)

Zulfadly said... BALAS

selamat berpuasa kak, meh lah dtg ausie, pukul 5 dah makan dah, hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...