Saturday, August 4, 2012

Luahan hati…

Sebelum nak tulis entry ni, banyak kali gak tuan tanah fikir.

Nak tulis ke, tak nak.

Nak tulis ke… tak nak???

Ikutkan hati, sukati aku la, blog aku kan. Tapi iye lah, kita tanak tulis benda yang menyakitkan hati orang. But then again, mungkin entry lain yang aku rasa biasa, sebenarnya pernah menyakitkan hati orang, hahaah.. Oh well, raya nak dekat, lepas ni boleh mintak maaf, hihihi.. Banyak la ko punya konsep kan. Konsep ajaran sesat kekdahnye.

Takpe, nama tajuk pun luahan hati. So kot kot ada yang terkecik hati pasal entry ni, mintak ampun mintak maaf naaa.. Ini sekadar nak melepaskan apa yang terbuku dalam hati, chewahh…



Pertama sekali, berita gembira.

KAMI NAK BALIK!!!

* tarian ayam sambil sujud syukur*



Insya allah, we will be flying off on 15th. Kali ni layover ada bertambah sket, 3 kali transit you. Nak beli tiket transit kat London macam hari tu, semua dah penuh. Padahal booking 2 bulan lepas. Lepas dah booking baru perasan… oh ye la, Olimpik kan.

Anywayy… kami balik berdua je. Cik Abe seperti biasa, dasar kuli tak dapat cuti panjang. Dia datang 4 Sep nanti, untuk Sally nye wedding. Weewiittt, kakak iolls nak kawen uolls!!! Open-mouthed smile Cik Abe pun datang berdua, dia angkut mak dia sekali, hehehe.. Jauh besan datang kenduri ni. Elok le tu, ada kawan tak paham bahasa, hahah.. Selamba aje kutuk laki kan. Takpe, Cik Abe sendiri awal-awal dah surrende. Dia kata nanti dia duduk dengan mak dia aje, sambil-sambil mengumpat, ape hal la pelik sangat orang Malaysia ni, hehe..

Memandangkan tuan tanah balik untuk sebulan, skang ni memang tengah bertungkus lumus nak packing barang semua customer. Lelagi nak raya ni kan, so semorang bajet nak pakai henbeg baru untuk raya pertama. Alhamdulillah, rezeki memang murah di situ. Tu yang busy sikit, sampai blog pun tak ber hapdet. E-mail pun tak berbalas, sorry aaa Aadel & Elle Smile with tongue out



Dalam pada tu, ada jugak yang request tuan tanah untuk bawak barang diorang dalam luggage bag nanti. Lepas tu tanya, nanti shipping & handling mesti murah kan, pasal tak payah pos, tak payah kastam.



Erkkk…

Macam mana nak jawab tu?

First of all, tuan tanah balik berdua dengan anak yang berumur 2 tahun. Dengan 3 transit yang bakal ditempoh, honestly I prefer to travel light. I have one hand on stroller, and another one on my luggage. That’s it. It is tempting to bring back all the items with me, I surely can save a lot, but I prefer not to have all the hassle. Dalam bag tu pun, baju Cik Aiyu je. Oh, dengan seluar mak nye ikut size terkini, hahaha… Baju tuan tanah & Cik Abe, semua ada kat Malaysia. Ikutkan Cik Abe, baju Cik Aiyu pun kalau boleh dia nak pos. Iye la tu, pastu kalau sampai lambat, sementara tu anak nak bogel ke kat Malaysia? Hehehe..

Hadiah untuk famili, kami pos awal-awal. Takut last minute, tak muat bag. Tapi tu lah, ada customer macam tak puas hati, cakap I kedekut. How la? Bukan kedekut, it is just for my own convenience. Lagi pun, I rasa kena faham la kan, in the end of the day, I am doing business. Memang, business kita bukan business juta-juta, but still, that’s my means of living. Yes, I might be spending it by buying half of the things that I probably don’t need, but that’s up for me to decide. Katakan lah, kalau I bake for living, do you think I want to bake for you for free, even if you provide me the ingredients? Kalau tukang cat rumah pun, tak mungkin dia nak cat rumah awak, kalau awak kasi dia cat free.

The thing is, those who requested so, most of them tak pernah beli pun dari Sooyaree’s Closet. Tu yang buat kita lagi rasa pelik. Tetiba je dapat e-mail. I even ship out items for my immediate family, what makes you think I would do so for you? I don’t even know you to begin with. Kalau dah biasa tu ok lah jugak kan. One more thing, kalau yang dikirim tu takat fridge magnet ke, cokelat ke, takpe lah. I really don’t mind. I understand. Kita pun kekadang teringin. Contohnya kalau ada orang pergi Netherlands, sila belikan saya waffle yang ada honey tu. Me likey, hehehe… Tapi ni nak kirim bag ribu riban. Siap request kotak lagi. Ehhhh???

My point is, I appreciate if people can respect others for whatever they are doing. Yes, my job description might not be as fancy schmancy as yours. A lot of manual labor. Baju pun pakai baju tido je kekadang. Tengah buat kerja, anak kacau. Sungguh tak glam. But then, if you think you don’t want to be awake past midnight, writing reports for me for free, please don’t expect the same from me. I can help you, no problem with that, but for sure, there’s a limit.

Sekian, terima kasih.



Yang sudah nampak Tanah Malaya,
Tuan Tanah

29 comments:

lemongrass said... BALAS

Uwahhhhh!!!!!
Sangat jeles ada orang nak balik Tanam Malaya beraya...
Make sure ambik gambar banyak2 Cik Aiyu and Mak Cik Aiyu pakai baju kurung/kebaya/dress di pagi raya yg syahdu itu ye :-).
Psst..manusia ni memang berjenis2 perangai especially yg pelik2, hehehe...

sabira said... BALAS

Wahh..dasatnyeee..beg ribu riban boleh beli,takkan shipping cost nak pree?ceeeewahhhhhh..mcm pantun..its ok kak,that's we call ragam customer..don't bother..that day akak balik Malaysia with cik aiyu je pun I can imagine how u brought stroller,bags and cik aiyu..hehehehe..

blu4sky said... BALAS

sabaq huda...biasalah orang kalau boleh nak senang dia je.. dia tak tau betapa seksanya nak travelling ngan anak kecik.. with 3 transits..hu..hu..i yang direct flight 2 1/2 hrs pun kelam kelibut when i was travelling with my toddler once upon a time..

anyway selamat pulang ke tanah malaya..

Azie said... BALAS

Iskk..Siapa yang tak berhati perut tuh? dare to ask is almost nothing. But dare to criticize, is definitely disrespectful.

Kesian u Nurul. I yang beli spek cikai ni pn xrequest gitu kan kan..hehe

Bertabahla Nurul..

Azie

miss scofield said... BALAS

hohoho.....raya kat Msia!!

Heaven tuh!!!

transit 3x???!!! pergh lotih.....

eden dulu transit 2x pon dah lotih giler....panas je vontot....isk3.....

arinih xde pic Cik Aiyu ke??? miss her cute face!!!

farah said... BALAS

People loves looking for all sorts of FREE opportunity...huhu...tapi tu lah hv to understand that you're going back to Msia bknnya vacationing then open orders for them to place kan. Bersabarlah ya, I support luahan hati ni. U have to set the facts straight.

Syima Syaz said... BALAS

welcome back!!!

alah customer, jgn la mcm tu...

Shahrizat said... BALAS

saya bagi pihak mereka yang banyak songel tu meminta maaf...kadang-kala orang ni nak benda senang yang melampauibatas akal je tanpa mengira penat lelah orang lain...
sekian terima kasih. Selamat kembali ke malaysia . besttt

Dinas Aldi said... BALAS

Selamat kembali ke Malaysia!

Semoga customer tu akan dapat memahami setelah Huda bagi penjelasan gini. Sedih la bila jadi camtu.

DeLancrettLurpak said... BALAS

Tu la aku menyamoah tau, diorg ni tak pernah merasa kena transit 2-3 kali, naik kapal terobang berjam2.. sedap aje nak mengata org kedekut.. dia ingat brg dia sorang aje.. eeee, menyampas i tauuu..

Nota Cikgu Anum said... BALAS

Selamat Datang ke Malaysia. hehe bajet Malaysia ni ai punya sorg. ala abaikan maknusia camtu. klu ai pon merah telinga 2,3 jam pastu..wadehel :)

ahkakbatik said... BALAS

balik lg? ko ni balik beli tiket tongkang kot leh balik berkali2 tapi ngaku naik kapaiterobang???!!!

kannn... member kaktek lg hampeh... kirim corelle suh bawak masuk flight. dia kata anak ghamai leh tolong bawakkan.... panas jeh hati tulus ku...

lady lavender said... BALAS

U have the right to say this. Mmg ada yg jenis tak pikir susah org lain utk kepentingan diri sendiri. Selamat beraya di kampung halaman :)

Anonymous said... BALAS

pembeli tu cuba mengamalkan konsep kirim la tu bukan membeli.i benci amalan kirim mengirim ni..
-yg pernah shopping di sooyaree's closet

bookseller said... BALAS

Salam Tuan Tanah, saya suka entri ni. Biar bertegas, lagipun ada alasan kukuh. Hidup, kadang-kadang kena penting diri. Bukan bermakna kita sombong, tapi nak fahamkan orang yang penting diri pada awalnya kan? :) (if not, dia tak request la macam tu kan? )

walaupun seumur hidup saya tak pernah travel, tapi saya faham yang bukan senang nak travel dengan anak kecik yang comel tu.. :)

bila ada orang cakap, alaaa..customer memang macam tu..excuse me, tu mentaliti orang yang penting diri. yang memang pentingkan hati perut dia je..saya selalu handle customer macam ni, at the end of the day, tak beli apa pun..atau beli benda yang tak layak kita nak layan dia tahap dewa
..tapi demand macam dia tu raja-raja..

(komen macam emo?..) hehe..saya benci dengan mentaliti Melayu yang macam ni..

Saya tak kenal Tuan Tanah, tapi bila sedih, saya selalu datang sini, (as a silent reader) sebab blog ni selalu buat saya ketawa..dengan cara penulisan yang kelakar, cik aiyu yang comel, dan happy family gitu..terima kasih berkongsi.. :)

Happy Belated Birthday buat Tuan Tanah, semoga sentiasa murah rezeki, panjang umur dan berbahagia selalu di dunia dan akhirat di samping keluarga tersayang..insyaallah.. :)

Juga, semoga selamat hendaknya dalam perjalanan pergi dan balik cuti raya ni.. :)

Amyz! said... BALAS

I pernah travel dengan Alam naik flight JB - KL tu memang prefer light travel. Satu luggage, satu hand luggage dengan budak 2 tahun memang letihhhh.. Tu travel sekejab je tu, tu pon rasa tercungap-cungap. Haha.
Ini kan pulak travel lama, transit 3 tempat lagi. Hadoiii. Mmg hassle. Anyway with this explanation, hopefully they will understand your situation and respect it. :-)

Nanti i balik KL, kita deting ok? ;-)

fifi said... BALAS

kalau kite travel dengan tod memang la nak free se freenye tangan tu.. saye tak pernah travel jauh lagi dengan anak (6m+) tapi kalau balik kampung.. naik kete pon nak free.. nak kerete lapang.. bukan sebab ape.. sebab tak tercicir tu ini.. kelam kabut itu ini..

takpe itu hak tuan tanah.. bile bisnes orang kene paham.. da memang tu flow die.. tak payah la skip2 flow tu semate2 nak jimat + nyusahkn orang..

sori.. terkasar sikit..

bestnye cik aiyu nak blk msia!~

Anonymous said... BALAS

yeah..blh cik mary mai dtg raya..tapi kena speaking ker? kang dok paham apa mary nk cakap..so mak aiyu kena jadi translator..hehe

pasal orang jual ikan tu..tk yah aah layan..rezeki tetap ada..saya travelled 8 jam..dgn transit 1 kali within 6 jam delayed..pun dah capek..ms tu masih bujang..

kalau dgn cik mary..hyperactive mcm kuda..guana ai nk handle..kesian mak aiyu..

Hidayah said... BALAS

hand bag mahal blh beli, freight chargers mahal pun tak boleh bayar..macam2 manusia ni kekdahnyer!

woot woot cik aiyu nak balik...harus kena plan play date dgn sang shafiq! skrg mereka tengah menggila melompat...mari date dekat kid's world smbil minum starbuck maun....cuti lamo tuh sebulan lagi..

Look forward to meet Cik Aiyu n Mak Cik Aiyu!

Hidayah

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

sabar la huda.. sometimes ada org ingat kita ni buat charity kot.

Anonymous said... BALAS

Hi There,

I am a silent reader of your blog. Mostly like to read the entries you write about your lovely daughter.

Sorry to hear abt these sort of people disturbing you. Some people are just selfish and they have low EQ and social etiquette. They just want, what they want and they don't care if the other person has to go through some inconvenience.

Just be firm and don't entertain such request.

Regards,
Sally

ayang said... BALAS

Happy dengar akak nak balik. Nanti upload gbr raya & kawin kakak akak byk2 eeh..

Emmm... ttg manusia2 tu.. memang pelik.. mcm2 ada.. Amat2 faham situasi akak tu..

FaznFaz said... BALAS

karok jom!!!! bawak suri eh, aiyu sekali!!!

travel light adalah sgt essential if travel ngan budak yg x mumaiyiz lagi! but kalau ada adult yg childish, hmmm.... x dapeklaaa nak menolong!!! i think, it's best to loose those kind of customer instead of having all those headache!!!

sian hang, x dapek lagi raya ngan laki kali nie...

anyway, have a safe journey!!!

Reen Tart Nenas said... BALAS

makk aihhh. demandnye yuh customer. xpe kak, ramai lagik. tp luahan nie best :)

Reen Tart Nenas said... BALAS

makk aihhh. demandnye yuh customer. xpe kak, ramai lagik. tp luahan nie best :)

Mama Kembar Tiga said... BALAS

alahai customer camtu mmg buat sakit hati kita je. u hv to be firm dear, tak yah layan such requests. kalau dia tanak beli, biar je laa. InsyaAllah ramai lg customer yg best best kan :-)

Nadia Dzai said... BALAS

Ohmaigod, I faham feelinggg you, mmg ade ramai mcm tue, tp i selalu transit sekali pon dah penat, travel nie mmmmmmggg penat, lg nak usung anak sane sini :|

P/s- Sorry for your lost, I just read. Alfatihah

koben said... BALAS

Hud,
Adat berbisnes kan..org selalu ingat bila duduk oberc ni kaya raya dan hidup senang..kalau la semua orang mintak pree macam tu..matik sampai bila pun melayu tak maju.
sabar la..

Anonymous said... BALAS

Saya pun slalu kena. Dah la mintak tolong belikan, kita jual ni pun tak amik untung byk pasal kesian charge mahal2 pastu ada hati mintakkan VAT refund. Adoiyaiinye pun. Kita ada visa mana la layak nak berVAT refund pun. Kalau pun dapat,nak kena beratur panjang berjela skali ngan chinese yg suka shopping tu takde nye dia pikir pulak?

Pernah saya buat harga barang termasuk delivery, dia kata dia beli 2 brg so nak the price faction and by right saya boleh bagi lagi kurang harga. Dowwwhhhh!!! Ni berniaga ke charity shop ni? Abis tu tambang naik bas dan tube kat kota London yang mahal tak hingat dunia tu siapa nak tanggung? Memang pening melayan orang banyak ragam. Eh. terbuat luahan perassan pulak kat sini. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...