Saturday, August 18, 2012

Mengukur baju di badan dan kepala orang

May day may day!!!


Kejap tadi aku dah jadi Melayu jati.


Melayu yang suka shopping last minute, hahahaha...


Apa nak buat, baik mak dengan anak, mengukur baju di badan dan kepala orang. Memula semalam Kak Lyza mengadu, yang tailor dia bukan tahap mangkuk ayun dah, ni tahap mangkuk jamban pasal buat baju, dua dua ketat. Satu ketat kat ketiak, satu kat bon bon. Perghh.. time tu gelak giler kat kakak ipar, pasal rentetan baju raya nya yang ketat itu.


Tapi itu lah, jangan gelakkan orang sangat. Nasib baik tergerak hati nak cuba baju raya yang Sally beli hari tu.


Ooo emm geeeee... ketat siot! Dua dua ketat kat ketiak, hahaha... Itulah namanya, beli baju ukur kat badan orang. Perasan selim le tu, tak sedar badan dah naik. Untuk Cik Aiyu pun sama, bukaan kepala untuk baju kurung, tak lepas, hahaha.. Itu le, kepala 97% lag dari carta. Kan dah tak muat.

Jadi sebentar tadi, kami serbu Subang Parade lepas berbuka puasa. Nasib baik Cik Aiyu dah pengsan dari jam 8 malam, jadi mak nye boleh la full swing shopping. Kesian kat orang kedai, dah letak besi nak tutup kedai, kitorang still kat dalam tu.


Takpe, yang penting, esok mak nye boleh raya dengan bergaya, hahahah... Tunggguuu!!!

8 comments:

Unaizah said... BALAS

Selamat hari raya to you & famili. Beraya sakan la this year sebab dpt "balik kampung".

Nanak said... BALAS

selamat hari raya dear..
utk cik aiyu, kumpul duit raya byk2 ye..hehe

Amy Z! said... BALAS

Hahaha. Kita dh agak dh. Mesti ada yg shopping raya last minute ni. Hahaha. Nasib baik ada kedai bukak lagi. Hahaha.

Last minute pun ok. Janji ada baju raya. ;-) nanti upload gambar Aiyu dgn mommy Aiyu juga ye?

Selamat Hari Raya, Nurul. Maaf zahir batin. *hugs*

nazila said... BALAS

selamat hari raya ... tak sabar nk tgk gambar cik aiyu berbaju raya...

Anonymous said... BALAS

Ketiak baju saya ketat, kat lining pulak tu. biarlah. Tak payah complaint dah. salahkan aje diRi sendiri.

Saya ada kat SP juga berbuka puasa sbb dah letih berkemas rumah.

selamat hari raya aidil fitri

ahkak

Anna Zulkarnain said... BALAS

Jumpa your blog thru one of your tweets to Ninie Ahmad. Just wondering, I pun otw balik ke Malaysia gak itu hari and layover kat HK. I ada jumpa a Malay mom from TX with a cute daughter. I talked to her. Kitorang dr Chicago. Was that you?? I main random terjah je ni, hopefully it was you. Haha! I enjoy reading your blog :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Hahahah... ye la tu! Masa lipat lipat stroller tu kan? How's hari raya so far? Bila awak balik Chicago?

Anna Zulkarnain said... BALAS

Haha...haah ler masa lipat stroller tu ;) raya was okay. Nasib baik my daughter Aara baik je during the trip. Flight attendants & passengers lain dok puji Aara for being a good girl. Tapi sampai2 Msia je terus mengamuk sebab jet lagged agaknya. Nasib baik sampai 2 hari lagi awal so at least dia dah adapt with the time difference. Since ni first time dia balik Msia, teruklah dia kena gomol dgn my cousins sampai naik rimas. Kitorang stayed in Msia for 2 weeks jerlah bc Mike x dpt cuti lama. Anyways I'm so glad to get to know u. Lagi2 skang tgh nak catch up with your blog entries, lol! Meh lar dtg Chicago kalau senang :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...