Sunday, September 30, 2012

Blergh…

I am officially pooped.
 
Insanity drives me insane yo!
 
Sekarang ni, belum sampai pukul 10 malam, mata dah layu. Tak muda mudi sungguh. Kalau dulu, jam 10 malam ni tak tentu dah keluar rumah, hehehe.. Kekadang tengah malam baru nak keluar. Oh well… perkara lama tak usah dikenang, auuww!
 
One week after Insanity program, I do feel better physically. Berat maintain sama, tapi rasa cergas sikit lah. Honestly, that’s what I am looking forward to, not to feel so lethargic, at doing nothing. Kalau penat pasal dah kemas satu rumah tu tak pe la kan, ni dulu baru fikir nak kemas, dah penat, hehehe.. camno tu?  Cuma sekarang ni itu lah yang tak larat, jam 10 malam, katil sudah panggil mari. Rasa macam baby pulak, hehehe..
 
Dua tiga hari ni pun cuaca mendung semacam, lagi lah cepat rasa malas, hehehe.. Hari Jumaat hari tu, hujan sepanjang hari, dari jam 2 ke 3 pagi gitu. Sampai petang. Tak pasal-pasal, sekolah kat Midland cancel hari tu, hahahaha… Kelas kau nyah, hujan lebat sikit, sekolah cancel. Belum lagi hujan tahap macam kat Malaysia yang tak nampak jalan. Kalau yang tu, agaknya keluar perintah berkurung, hihihi…
 
Anyway, pagi tadi ada orang tu kan, buat lawak tak kelakar. Ok lah, kelakar sikit lah.
 
Semalam kitorang belikan Cik Aiyu crayon, pasal Cik Abe kata mungkin sudah sampai waktunya untuk Cik Aiyu mewarna pakai crayon. Aku pun macam ok lah, jom kita pergi Toys R Us. Beli crayon sepeket, buku warna satu, settle. Cik Aiyu adalah mewarna siang semalam, conteng meja dia pun ada. Jenuh mak nye bising, warna atas buku aje, bukan atas benda lain.
 
Pagi ni lepas sarapan, dengar lah dia keletung keletang kat bilik mainan dia. Bila aku jenguk, tengok dia dah buat graffiti kat slide ngan keyboard dia. Apa lagi, suara aku mula la naik, pot pet kat dia suruh kemas.
 
Cuba teka apa reaksi akak kita?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
Cik kak kita letak jari kat mulut, pastu cakap “ssshhh….. daddy sleeping”. Oooo... aku punya bising ko nampak, ko punya terjerit jerit kat Tom & Ben dalam iPod tu, tak nampak?
 
Adehhh… nak tempeleng ade, nak gelak pun ade. Terus aku buat muka serius, tahan gelak, suruh dia sambung kemas.
 
IMG_0387

Mamarazzi bertugas waktu balik dari grocery shopping. Walau mata sudah pejam, donut masih di tangan. Ni baru lah anak mak Open-mouthed smile

12 comments:

sabira said... BALAS

haahahahahaha..i think she already pandai menjawab kak...part letak jari kat bibir tak boleh tahan...

Lynn Huraiza said... BALAS

hehehehe...cute giler...

hidayah said... BALAS

chomel gila! cik aiyu ni buat aunty pecah gelak lah diwaktu kemurungan cmnih...

DrNotts said... BALAS

tu nasib baik tak tidur masa donut dalam mulut lagi!

comel betul!

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

hishh.. pandai menjawab anak dara ni! hahah..

miss scofield said... BALAS

kih....kih...kih....

thread ari nih lawaks aaaaaa
sampai gelak2 kat office....

nanti hari3 mommy cik aiyu buat post citer lawaks ek.....

senang nak cari pil hilangkan stress

*nasib baik boss n jiran cubicle xde..........
ehehehheheheh....arinih ramai pakat cuti...keh3

Ana Rashidah said... BALAS

hahaha... cik aiyu mengajar maknya pulak... selama ni maknya mengajar anak suh diam kan :)

tak menahan betul le budak ni

Amyz! said... BALAS

program insanity tu, kita tgk program dia pun dah rasa macam hooii.. dasyatnyaa.. tapi cam dlm gambar tu, 60 hari tgk dah kuruih, kagum gak. haha.

badan rasa cergas pun ok juga. ala. awak ok la. takde la macam over backing powder pun.. ;-) cam kita ni kan, nak singkirkan lebihan lemak kat peha dgn perut ni mmg payah betul. hadoii la..

hahaha. cik aiyu ni kelakar la. ligat je otak cakap daddy sleeping. hahaha. sabo je la. nasib baik tak tersembur air milo auntie baca ni tadi. hahaha.

June said... BALAS

hahaahaha..... adoi tergolek2 org gelak letak jari dkt mulut. selamba jer cik aiyu nie.

nazayiena said... BALAS

Pandainya Cik Aiyu skrg nie dah menjawab ya,mesti cute je mulut dia tu buat ssshhhh,hehehehe......

shuhada said... BALAS

hahhahahhahha....sangat cute...hahhahaha..tengah imagine cik aiyu letak jari kat mulut tu...hahhahaha...

Madam Sooyaree said... BALAS

Sabira,
Tu la Sabira, rasa geram je tau bila dia jawab. Geli hati pun ada, hihihi

Lynn Hamzah,
Hehe.. thanks dear :)

Hidayah,
Ala auntie, ngape murung? Abang Capiq dah sihat kan?

DrNotts,
Hehehe.. sebelum tu lagi lawak, dua dua tangan dia tengah pegang. Tapi bila nak snap gambar, dia dah let go satu tangan :P

Konot,
Tu baru 2 tahun kan, tunggu 12 tahun nanti....

Miss Scofield,
Apsal ramai cuti laling? Biasa tu, heppp... cik kak kita skang memang dah pandai buat lawak. Belum lagi lawan kentut, hahaha...

Ana,
Sebelum ni kita yang slelau suruh dia diam, ni terbalik pulak. Suruh coverline le tu....

Amyz,
Ehh.. hari tu tak pakai baju ketat, tu lemak tak tersembul, hahahaha... Milo ke auntie, sedap tu!

Juneeta,
Muka dia time tu kan, memang confident giler, macam time kita marah dia, hahahaha

Kak Nurul,
Tu yang kita nak tergelak. Tapi tahan, takut dia suka, hahaahah

Shuhada,
Letak jari sambil kening terangkat angkat hokayy... hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...