Tuesday, September 25, 2012

Insanity

Akhirnya, Cik Aiyu dah tido waktu normal.


Alhamdulillah.


Tapi memandangkan kami letak dia atas katil sekarang (bukan crib lagi), so sukati dia je la kan, nak turun pastu masuk bilik kitorang. Kalau tak dulu, berjurai air mata pun, tak tentu mak bapak layan, hahaha...


We think she's going through growth spurt sejak balik dari Malaysia ni. Makan selera aje. Lelagi kalau dapat cereal. Siang malam mintak cereal dengan cow. Seluar jeans yang dulu kena lipat, skang ni tak lipat dah. Perut pun dah PJK. Perut Jauh Kedepan.

Itu kisah Cik Aiyu. Yang mak bapak nye pun sama PJK. Mak nye memang dah sedar diri sebelum datang Malaysia. Cik Abe pulak timbul kesedaran bila tengok gambar dia kat swimming pool time kami pergi Melaka. Terus dia berazam, balik US nanti kena workout, hahaha...


I guess the best thing about kembang bersama ialah, kita cuba untuk menguncup bersama. Through thick or thin, macam vow omputeh time kawen. Setelah buat ujikaji, Cik Abe terpengaruh dengan program Insanity. Dulu aku ada jugak terpengaruh, nak beli lepas tengok kat tv. Tapi time tu Cik Abe pakat gelak-gelak aje. Ooo... mementang time tu ko kurus lagi. Skang ni bila dah ditambah baking powder, kita pulak gelak kat dia. Hahahah.. dulu orang suruh beli tanak!


Anyway, bila Cik Abe beborak dengan kawan kerja, rupanya ada 4 orang yang ikuti program ni. Diorang kata not bad gitu. Maka kami pun menjadi pirates of Midland, copy program tu daripada kawan Cik Abe. Save dalam PC, connect PC to PS3 via wireless, pastu play terus dari PS3. Cool giler kan, aku baru tau boleh buat gitu, hahaha...


Hari ni kami mula Day 1: Fitness Test. Easier said than done, I end up puking once the program is over, hahaha.. Over betul kan. Belum lagi kami snap gambar sebelum. Mak nye pakai sports bra aje, nak kasi gambar nampak realistik. Jangan dimintak gambar itu, takut korang tak lalu makan selama seminggu.

Cik Aiyu?

 
Malas nak layan mak bapak nye. Apa-apa la korang.

11 comments:

sabira said... BALAS

u can do it kak hudaaa..hahahahahaha...erkk kalau tgk live hari tue nan hado nyer badan semangat..macam biasa jee kak....yeah itu dia cik aiyu..bila dah kena apple ..sume benda lain pun x layansss...

hidayah said... BALAS

wow macam interesting...macam nk try je...:) nanti upload picture before n after huda..

blu4sky said... BALAS

huda,
sila upload gambo tu..bagi motivation kat i sket..
**mode** bila aku nak start exercise balik..hahahhaha

Konot said... BALAS

aku pun ada gambar pakai baju eksesais. huduh nau. nak nangis tahap gaban bila tengok. *tapi tak insap2 jugak*

DeLancrettLurpak said... BALAS

Alaaa, nak download jugakkkk.. mana nak dapek ni.. huwaa!!

Bimbo said... BALAS

I pon ada insanity ni huda..;)
My favourite would be plyometric cardio sbb rasa mcm nak mampos..haha
but once u finish one session, it felt like heaven! even dapat abiskan warm up pon adalah sangat hebat tau..

i didnt follow through the program, i just pick any of the workout bila i ada masa lebih sejam n rasa nak buat something yg intense..

semoga u can keep your pace..jangan benti tengah jalan tau..keep it up! u surely will be smiling with the result!

@Delancet - u can download insanity on the torrent ;)

Madam Sooyaree said... BALAS

Sabira,
Badan memang tak besar, tapi lembik sana sini, hihihi.. Bukan spare tyre je, spare pada spare tyre pun ade! Itu lah dia, skang ni Aiyu asyik suruh akak download apps baru, camno?

Hidayah,
Hehehe... nanti kalau dapat after, ktia email gmabar aaa... upload tak dapek la, auwww

Sue,
Nanti, kena tunggu gamabr selepas dulu, hihihih

Konot,
Haaa... dia semangat kalau buat bersama. Kalau sesorang haku pun malas, hahahaha

DLL,
Ada blogger di bawah suggest torrent. Cubalah, kau takkan menyesal nak

Bimbo,
Hahahaha.. tu la pasal! I kat warm up dah sangkut. Pastu kan makin lama diorang makin laju, I makin lama makin slow. Tapi ok lah, bila bangun pagi rasa sedap aje badan. Sakit sakit sikit, tapi syiok!

Anonymous said... BALAS

salam.. leh tak nak mintak copy insanity tu... hem..hem.. :)
please.... bg dalam email leh... tq

nuraamss@yahoo.com

Melissa Imran said... BALAS

Hudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, nnt balik Malaya bawaklah yang pirate tu. Hari tu Imran dah beli kat ebay tp dia kena tipu terus give up huhuhu mana tahu kut2 kita boleh tumpang sekaki lepas delivery nnt. Eh eh, sayang awakkkkk (kipas dulu hehehehe)

Bimbo said... BALAS

yes, itu baru insanity huda. the 2nd program, Asylum, adalah sangat gilakkk..haha..
tapi klu u buat few session pun u dah bleh rasa effect pada stamina u..
me after the 1st plyo cardio, rest 3 hari..seriously sangat sakit satu badan..but bila dah few times buat workout dia mmg syok..u can feel the different.
sapa nak download tu bleh guna mediaget, sangat senang. klu nak email tak bleh sbb saiznya adalah bergigabyte hehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Anonymous,
Besar sangat la file dear, tak dapek nak email :)

Melissa,
Insya allah, nanti awak ingatkan kita tau. Boleh la Imran jadi Hritik Roshan kang, hihihihih

Bimbo,
Hahaha.. I yang dah seminggu ikut ni pun, warm up tetap FAIL! :P Dia ada part 2 ke, I tak tau pulak. Thanks for the info!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...