Monday, October 15, 2012

Finger painting

*uhuk uhuk*


Adehhh... tuan tanah batuk dengan jayanya hari ni.


Sebenarnya dah mula batuk sejak Jumaat lepas, tapi hari ni baekkkk punya batuk. Nasib baik dah lama bersalin, kalau tak mesti ngeri takut jahitan caesarean tu terbuka balik. Agaknya musim kan, cik kak kita tu pun selsema. Kesian dia...


Memandangkan tuan tanah adalah spesis low blood pressure, kalau time tak sihat ni memang slow sikit lah. Nak gerak pun takleh laju sangat, nanti mula nampak bulan dan bintang. Rasa high semacam aje, hehe..


Nasib baik bofren balik kejap lagi, pastu off day sampai Ahad. Boleh lah kita passing baton menjaga anak, muahaha...


Hari ni kami ada aktiviti baru, iaitu finger painting. Yang ni takde resipi khas. Resipi nye adalah hulur duit di Target, beli Washable Finger Paint tubes from Crayola. $4.99 untuk 4 botol, ok lah kan. Memula tu ngeri gak nak kasi mek kita, takut dia cat satu rumah. Jadi untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini, kami alihkan meja dia ke ruang tamu. Senang mak nye nak jaga sambil tengok tv, hehe...




 
Hasil Picasso anak I.
 
 
Dapatlah 2 pinggan lukisan, hehehe.. Surprisingly dia dengar pulak arahan, untuk warna atas pinggan aje. Nasib baik tak perlu keluar suara tarzan, pasal mak nye hari ni suara macam budak lelaki baru akil baligh. Siap cik kak kita tiru lagi, buat suara kekonon jadi serak. Menyammmpah I.
 
Hasil artistik mak nye pulak. Lemon + honey + air suam. Terima kasih pada yang kasi suggestion di Twitter. Kalau esok suara I tak jadi macam suara Tok Ti, siap korang.

 
 
P/S: Condolences to Nana, who just lost her father, Mat Nawi bin Ibrahim due to cancer. Al-Fatihah to arwah.

11 comments:

Eliss said... BALAS

ala comelnya tangan main cop jari :)

Mixed-family in da house.... said... BALAS

kena gantung tu hasil lukisan mek aiyu... get well soon mommy aiyu

Unknown said... BALAS

Uishhh.. bahayo nih..
kalau dapek kek Arif ni, kompom ber-batik dinding umah akak.

Utk Mama nyer, speedy recovery..

Lynn Huraiza said... BALAS

cutenyer mek aiyu buat hand painting...kena gantung kat dinding hasil kerja mek aiyu tu...

Eey said... BALAS

Bagus betul Aiyu, mendengar kata. Kalau my sons, alamatnya dapat wallpaper baru ler Ai.
:p

sabira said... BALAS

Wah,cik aiyu dah start doing art..good!get well soon kak huda..hahahaha..pandai cik aiyu tiru suara serak!gelak guling2 kat sini baca entry..hehehehe

Unknown said... BALAS

waaa...Picaso in the making! chumil sungguh anak tuan tanah...:)

Ana Rashidah said... BALAS

wahhh lately ni asyik bertocang dah dia ye. chomel sungguh. huda, nanti ajar le pulak guna kentang & span. bagi dia meneroka yang tu pulak. mesti dia lagi suka.

Amyz! said... BALAS

Takpe. Suara jadi macam ramlah ram pon ok. Hihi.

Finger paint ni washable kan? Kalo kena kat dinding boleh basuh gak ek? Tapi, jenuh plakkkk nak kena basuh dinding. Haihh.. -_-"

Fifi Nadhrah said... BALAS

wa.. tekun je aiyu 'menconteng'..

Madam Sooyaree said... BALAS

Eliss Mie,
Thanks dear! Nasib baik tak kesat kat baju, hehe

Mixed Family,
Kita memang simpan, tunggu pak dia habis bertukang ni, nak suruh gantung, hehe

Kak Sham,
Thanks kak! Ni senang nak basuh kak, lap pakai tisu pun dah bersih :)

Lynn,
Hehehe.. tu la cadangnya. Tunggu habis re decorate bilik dia jap :)

Eey,
Ni ktia depan dia 24 jam, tu yang dengar. Cuba tinggal, naya!

Sabira,
Kena cari aktiviti baru la dear, kalau tak kita yang stress, hehehe.. Tu la, pepagi dia buat suara serak. Lempang kang

HangKebon,
Hihih.. thanks dear! Jangan kat mak dia, fail melukis, berkebun lagi haru!

Ana,
Rambut dia dah panjang, rasa rimas pulak, esp time dia selsema ni. Kentang dan span buat camne ek, kena refer balik kelas pendidikan seni ni, hihihi

Amyz,
Ramlah Ram ok, tapi kita takde manik nak buat bentuk hati di dada, hehehe... Dia senang la yang, lap pun dah ok. Tekstur dia cam minyak sket, tapi tak tinggal kesan.

Fifi,
Dia kalau buat benda gini suka le, cuba time kita takde depan dia, banyak aje projek dia kang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...