Minggu ni kan, rumah kami macam kapal pecah. Bukan la satu rumah, cuma area garage, laundry room dan master bedroom.
Mula sekali, pasal kami pasang water softener. Air kat sini memang likat semacam, pakai shampoo setengah botol pun, tak tentu dapat buih yang best. Memang kalau nak buat parti buih, kena beli sabun lebih. Tu kalau buat parti, ni kalau nak mandi? Memang kesian kat kulit kami, kering kontang kurang kasih sayang. Nak lumur lotion tu macam tak berapa rajin le pulak. Lumur untuk Cik Aiyu aje, pasal nak kasi kulit dia gebu. Kulit mak bapak tolak tepi, too late I tell you. Belum lagi tengok kepala pili, sedih keadaan. Kalau jenis yang selalu pakai dishwasher, memang 3-4 tahun je tahan. Lepas tu motor mesti jam.
Lepas tu pulak, minggu ni Cik Abe buat projek DIY dia lagi. Kali ni untuk closet pulak. Kami tukar layout sikit, pastu ganti dengan kayu pine. Takde lagi lemari Toyogo tinggalan tuan rumah lama, hehehe.. Kalau lemari tu boleh pakai takpe gak, ni tarik sekali, alignment lari. Sakit hati tau. Gigih bofren I keluar masuk rumah. Semua dia buat sendiri, dari potong kayu, sampai la ke installment. Bini cuma tolong lipat kain aje, hehehe..
Cik kak kita pun excited, especially bila pak dia duk painting. “Paint, no touching” kata dia. Eh ehhh… kita pulak kena sound. Selain tu macam biasa la, aktiviti harian dia. Nothing really special. Yang I perasan, skang ni her observation level is getting better. Dia dah cam kereta kami, rumah kami, dan yang macam scary sikit, kedai, hahaha… Hari tu masa tengah berhenti kat traffic light, dia point kat Orange Leaf, pastu cakap “ice cream”. Nasib baik takde request nak pergi, hehehe.. Nampak Starbucks, dia kata “coffee”. Nampak McD? “Eating”.
Her dependency on iPod pun memang dah kurang sangat. She hardly ask for it. Honestly, I don’t even remember where it is now, hehehe.. Her new found love?
12 pcs jigsaw puzzle.
I am so in love with Melissa & Doug! They have a lot of wooden puzzles, with very bright pictures. Kayu berkualiti, boleh buat baling anjing (motif nak dera anjing?). Aiyu memang suka puzzle ni, tadi bila Cik Abe nak tolong, Cik Aiyu kata “Don’t do that”. Padan muka, kena sound dengan anak, hahaha
16 comments:
hihi.. bapak pon kene sound.. klaka je.. tp cute.. pandai die buat puzzle tu..
hihihihi..bila cik aiyu pandai berkata2..she is really big girl now kan kak...sangat tau...rasa macam kejap jek tgk dia masa baby..btw me and my sister nak request video cik aiyu..since akak dah lamo bonar tak upload videonyer..ni nak request masa dia halloween pakai costume...hihihihih...
hahaha..kemaruk main jigsaw yer. kemain garang ...
aiseh...sekali Melissa & Doug tak shipping ke Malaysia..bestnya tgk cik Aiyu main..
bagusnya cik aiyu...
Best la pakwe rajin buat DIY. Banyak penjimatan tuu.. Hehe.
Amboi cik aiyu ni. Kemain bersungguh2 buat puzzle tu. :-)
Bestnya puzzle macam tu...bagusla dia ada new found love...takla rosak mata mengadap gajet je hehe
seriusnye cik aiyu tu...
hik3......
cik aiyu >> clever girl!!!
salam,
menarik kisah2 cik aiyu ni. nak tanya mommy aiyu, puzzle Melissa & Doug tu klu nak order, boleh tak?
thanks
Ralit sgt nih! Kiuttt..
Kak yam
Kak hudaaaa mana gmbr halloween aiyu? Nak tgokkkkk huhuhu
bestnye aiyu pandai main puzzle...Wazif kalau bg main yg dalam ipad tu pun...dia selamba je tekan button bulat keluar dari application tu...sungguh menggeramkan....hahhahaha...
Fifi,
Tu la dia, kalau sound orang, cepat aje... kalau dia kena sound.. hmpmhhhh...
Sabira,
Kita tak sempat nak video la dear masa costume tu, pasal kena buat aktiviti dengan dia. Marah cikgu kang, hihihi.. insya allah nanti kita upload k ;)
Eliss Mie,
Itu le dia, nasib baik bukan jenis habis bukak balik. Dia buat satu round main puzzle lain, baru bukak balik
Qider,
Amazon ade dear, kalau you nak order ;)
Lynn,
Thanks dear. Ni time ok, time tak ok, hihihi
Amyz,
Elok gak kan kawen ngan orang luar bandar ni, hihihi.. Kalau tak confirm kena panggil tukang!
Kniedaz,
Alhamdulillah, kami pun risau gak tengok dia dengan gadget. Memang elok, tapi kalau dah selalu sangat rasa jadi tak elok, hehe
Angah,
Harusss... kena concentrate you@
Miss Scofield,
Thanks auntie!
Anonymous,
Kalau kita pos rasa mahal sangat tak nanti? Kalau nak boleh aje, tapi tu la, takut overpriced
Kak Yam,
Auwww... thanks auntie!
Neyna,
Ni baru duk upload, hihihihi
Admie,
Hahahah.. habis tu Wazif main app ape? Talking Tom kah? Hihihih
salam,
agak2 dengan cost pos + handling, jadi berapa harga dia?
-puanla-
hi,
nak share this website where the mum prepares healthy food/snacks for her kids. tiba2 ada one entry yg dia buat arts & crafts mcm cool and since aiyu tgh minat these kinda things, perhaps u can give it a try :)
http://www.meetthedubiens.com/search?updated-max=2012-07-18T16:23:00-04:00&max-results=10&start=41&by-date=false
Post a Comment