Wednesday, November 28, 2012

Can't get anything done

To those who co sleep with their kids, how can you get things done?

Selalu anak-anak tido waktu mak bapak tido, atau diorang memang dah siap-siap tido dulu?



Dah 2 malam Cik Aiyu tido lewat, and obviously, I can't get anything done! At least not virtually lah, because her bedtime means my internet time, hehe.

Semuanya bermula kerana ada orang tu tido siang tak konsisten. Selalu dia tido dalam jam 1 petang ke 3 petang gitu. Tapi dah 2 hari ni, dia tido siang lewat, dalam jam 4-5 petang. Waktu tido tu, bom meletup pun dia tak sedar. Gigih mak bapak pakat kejut. Sudahnya malam jam 11 malam baru nak tido. Tu pun kena paksa. Bila tido paksa mula lah, setiap minit ada je yang tak kena. Kitty selimut tak betul la, tak jumpa botol air la, music box tak bunyi la... macam-macam lah!

I honestly hate to raise my voice, tapi Cik Aiyu ni memang tak berapa nak mendengar kata. Aku cakap Melayu dia buat tak paham, cakap English dia buat dek. Sudahnya aku cakap tarzanawati, baru dia nak dengar. Boleh? Mesti jiran sebelah ingat aku dera anak. Tak pun practise untuk The Voice season 4, hehehe...



Anyway, some snap shots from earlier this evening.


 
Not bad eh kamera Samsung Note 2 ni. I'm so used to max 2MP phone camera, tetiba dapat yang 8MP (I think), jakun jap.
 
 
 
It was kinda chilly, so we were not there too long. Lelagi bila ada cik kak tu tetiba nak buka kasut dan stokin pasal dia nak panjat slide kat atas ni. Hehhh.. besar sungguh hajat hati ko nak. Tetttt... mommy reject!

 
Lepas gi padang kami gi Office Depot jap untuk beli bubble wrap. Sampai rumah, nampak bulan cantik. Haruslah di instagram kan, hahaha... Orang baru tukar phone kan, gigih nak update diri. Instagram la pinterest la.... Maybe that's the real reason I can't get anything done!



10 comments:

mama maman aka yana said... BALAS

alalai.. mesti penat kann.. bertabah la yer..:p

mama takde tipon canggih pun.. intagram nan ado..:)

FaznFaz said... BALAS

anak aku langsung xnak tdo berenggang ngan aku!!! :( tdo siap nak peluk aku bagai!!!! dgn bapak sendirik pun dia nak jeles, kalu bapak dia borak ngan aku, dia pun sebuk nak catch my attention!!! xtau laaa camne dia nak ada adik nnt!!!

so, yup, selagi kitorang x tdo, selagi tu laaaa dia x tdo, n kalu dia tdo lambat, nnt dia bangun lambat n menyusahkan aku nak kejut dia bangun pegi school or day care!!! so, mmg kena limit, kul 12 max light off, pukul 10 semua org dh masuk bilik ready nak tdo...

kalu x, aku yg susah sbb hari2 g keje lambat!!! aku lagi nak tanya ko tips pisah tdo ngan anak.... huhuuhu!!!!

farah said... BALAS

We have the same issues there! Sleeping time Fatehah also runs really late and naptime during weekends mmg nehi lah unless I paksa2 dia tapi one good thing is no matter how late, I can always count on her to wake up early when kita kejut. I think maybe cik Aiyu's sleeping pattern is changing now tapi of cos we mummies have to suffer...hehehehe...be patient yeah :)

Unknown said... BALAS

Darwisy kalau tidur siang either jam 12-2 atau 2-5.30. Bila dia tido sessi 2-5.30 tu yang buat dia tido lewat waktu malam. Kadang pukul 12 tak nak tido lagi. Paling lewat dua tiga hari lepas smp dekat pukul 1.

Selagi farah tak tidur selagi tu mata dia buntang aje. Kiteorang takleh pisah tdo dengan dia lagi sebab rumah skrg satu bilik je. Next year kalau ada rezeki pindah rumah baru nak train dia tido asing dah lah.

Eey said... BALAS

Yup, anak2 kalau tido late evening tu mmg akan berjaga sampai lewat malam. Eey kalau anak dah kol 4-5 ptg baru nk tido, bagus jgn bagi dia tido terus. Kan pas magrib baru suh tido. Kalau x, after mid-night pun x lelap lg dia org ni. Huhuhuuuu... Apa keje pun susah nk buat.

Fifi Nadhrah said... BALAS

macam ufairah.. kalau die tido pukul 8mlm pkl 9 bangun memang pukul 2 la die balik.. selalunye kalau die nak tido pkl 8 tukan.. saye mesti kejut.. melainkan die betul2 ngantuk.. hahaha.. nampak kejam.. tapi nak buat cemane.. dari mak bapak kene sengkang mate sampai 2 pagi..

:cahya schatz: said... BALAS

liya pon sama... since i dah masuk sekolah blk..dia mmg tak leh nak tido siang melainkan dah ngantuk sgt2... dia tido kat sekolah... tp mmg jarang sgt la sbb byk benda dia nak buat kat sekolah...
what i do is... make sure dia tak tido ptg tu... konpem kul 8 dia dah menggagau ajak tido... n biasanya dia akan tido straight smp esok pg...
kalau dia tak mau tido.. keep bgtau dia dah time tido...so dia kena tido...
maybe u buleh buat benda yg sama..
mana tau kot² anak kita sama spesis ..

sabira said... BALAS

kah kah kah..ntah camner ruper si aiyu bila mommynyer menjerit..mesti kelam kabut..tido siang lambat tuh kak..tuh yang malam pun terikut lambat sekali..

Amyz! said... BALAS

Jiran2 mesti ada positif thought. mesti ingt awk practice the voice. haha.
Alam pun sama. Tidur pukul 12 ke atas. Bangun pukul 9 pagi. Mainnnn sampai penat. Tido siang pukul 3 - 5 ptg. mana tak malam tido lambat? kita la terpisat2 tunggu dia mengantuk. Kdg dah ngantuk pun tak nak tido gak. Lepas tu asyik nak marah2 sebab dah ngantuk tapi tak nak tido. geram je.
Kdg malas nak layan. biar je dia main sorg sampai tido sendiri. hahaha. kejam betul mama ni.

Madam Sooyaree said... BALAS

ama Yana,
Hahaha.. kita ni baru canggih, tu jakunnn...

Eila,
Anak ko tanak berenggang pasal ko baru keje kot. Dulu kan selalu ada, tetiba takde, tu rasa lost aje. Eh, ko preggy ke yang? Hehehe... best!
Nak pisahkan tempat tido? Hati kena keras bai. Lelagi kalau skang ni, bila dia dah tau bercakap, hehe

Farah,
Hehehe... I memang kalau boleh nak tune kan tido siang dia tu. I heard mommies yang anak tak nap langsung, memang scary! Tak dapat nak guling guling di siang hari, hihihi

Farah,
Aiyu kalau bangun jam 5.30 petang tu ok lagi, tapi kalau 5.30 petang baru dia nak terlelap, tu parah. Insya allah, nanti bila dah pisah tido, lagi senang diorang nak tido malam ;)

Eey,
Kita dah kejut, tapi dia tak bangun, hahahaah... Duk sergah jangan tido, dia buka mata, tengok kita, pakat tido balik. Nak gegar badan rasa kesian pulak, hihihi

Fifi,
Waaa... 8 malam dia nap? Aiyu kalau gitu kita paksa dia tido terus aje, hihihihi...

Cahya,
Aiyu selalu memang cuba delay her bedtime, but usually she will go to bed by 10pm. Selalu sebelum tido tu dia akan kasi plan untuk esok, tapi tu la, 2-3 hari tu, memang asyik keluar bilik. But sekarang ni alhamdulillah, dah ok balik :)

Sabira,
Dia terus lari pergi bilik, hahaha.. Dah la gelap, so memang kitorang kena clear kan lantai, takut tak dia, kitorang yang jatuh tersepak barang :P

Amyz,
Hahahah.. best kan kalau diorang main, pastu tertido sendiri. 12 malam? Adehhh... fengsannnn auntie!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...