Wednesday, December 5, 2012

Unplugged Day 1

Ini namanya, entry tertunggak.

Semalam dah semangat nak update, tapi tetiba Cik Abe balik pulak, huahaha.. laki balik rumah pun bising kan, hihihi.. Takde la, dia dah beberapa hari asyik keluar pagi, balik lewat malam. So semalam dia ada rumah, perangai kena tertib sikit. Kang ada pulak orang buat filem tajuk, "aku, isteri dan komputer".

Tu yang kekadang, bila tengok orang rajin update Twitter, Facebook, Instagram, Pinterest dan memacam lagi, perghhh... respect! One gotta have good time management to do so. Tu belum lagi kerja kat ofis kan. Yang kita duduk rumah ni, boleh la lari sana sini kejap. Yang duduk ofis, leceh sikit tak?

Anyway, semalam kitorang mula projek pertama buku Unplugged. After I went through a few pages, I realized the things they suggested are rather simple. Yang buat kita macam "ehhh... realllyyyy?" Anyhow, I still did give it a try. Mana tau kan, sebenarnya aktiviti macam ni yang anak kita nak.



Aktiviti 1: Ikat riben.

 
Memula kita ikat riben tu di pintu, atau mana-mana tempat lah Lepas tu kita ajar anak macam mana nak simpul riben. Kalau dia dah tau, boleh lumba ikat riben, siapa yang dapat ikat paling banyak. It will develop their motor skills, and it's a good way for them to practise counting.
 
Aiyu was excited, but obviously she doesn't really know how to tie a knot, hehehe.. So I helped her, and make it as if she's the one doing it. Suka dia, "I did it!" kata dia. Ingatkan nak amik gambar dia waktu simpul riben, tapi bila mak nye datang dengan kamera, cik kak kita dah duduk kat sofa.
 
"Mommy, sit. Aiyu read"
 
 

Okehhh.. membaca pun bolehhh....

14 comments:

Kniedaz said... BALAS

Alolo...sweetnya duduk baca buku...ikat reben ye....boleh cuba tapi mesti banyak sabar maklumlah ada 4 org budak di rumah...mesti berebut tombol pintu pulak

schazaza said... BALAS

Senyum simpul cik kak tu ye maknye snap gmbr...
hehehehehe~

Unknown said... BALAS

Banyak betul buku dia ye

Mixed-family in da house.... said... BALAS

alolololo...manisnyer senyuman mu cik aiyu.....

Lynn Huraiza said... BALAS

so sweet...

FadMN said... BALAS

comey sangat cik aiyu nih.tolong lah jadi model ok..so cute !!!

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... BALAS

adoi, gadis nya muka ! dh besar nanti jalan dgn mommy, konfirm org igt kawan

Amyz! said... BALAS

Lama tak komen. Sempat baca kat google reader je. Tak sempat nak bukak blog dan komen. Huhu. Byk kerja.. T_T

Update twitter je rajin. Nak fb, update blog - mmg tak berapa sempat. Huhu.

Rajin la cik aiyu baca buku. Buku Alam, habis dah bercerai-berai. Nanges tengok!

A.H.A.D said... BALAS

Good idea!
Budak2 mmg camtu, asal kita nak amik gambar jer eh tetiba dah lari...potong betul hehe

sabira said... BALAS

wahhh lama betul sofa jalan bijan tak masuk blog...hahahaha...dah ada reading corner la tempat main cik aiyu..best2...she is getting bigger now kan kak..dah macam kembar si millie...new game for her..and i see it works...:)))

Unaizah said... BALAS

Auww, gambar yg last tu comelnya Aiyu senyum. Anak dara pingitan gitu...

Fifi Nadhrah said... BALAS

nanti ufairah besar boleh la try main ikat2 reben ni.. jgn panjang sangat la kot.. takut nanti kite yang kene ikat..

Madam Sooyaree said... BALAS

Kniedaz,
Auww, thanks dear! Hehehe.. tu kena cuba dari cangkuk baju tak? Banyak sikit dapat ikat, hehehe

Schazaza,
Ha ah, dia tengah main peekaboo dengan kita :D

Abah Khalisha,
Tu bukan semua tu, ada lagi kat tempat tv, hahaha.. dia memang suka buku :)

Mixed Family,
Thanks auntie!

Lynn,
Thank you dear :)

FadMN,
Hahah.. model mana tuuu... kang takut mak nye yang over, haha

Mrs Yana,
Adakah itu tanda mommy nya awet muda? Hahahahah


Amyz,
Tu la, kita pun skang busy sikit, ke pemalas? Hahaha.. takpe dear, Aiyu dulu pun suka cerai berai kan buku, skang ni dah ok sikit

Gee,
Idea dari buku ni ;) Tu la, time kita tengah duduk siyok, time tu dia pass phone suruh amik gmabar T__T

Sabira,
Sofa tu dah kecik untuk dia tido la yang. Ada cubaan, tapi gagal, hahaah... Tu la, acu muka sepupu, gang pipi labuh, dahi jendul, hahaha

Unaizah,
Thanks dear, nampak big girl kan dia macam tu :)

Fifi,
Boleh aje, takut nanti dia asyik nak praktis lumba lari je, hehehe

Arash Libra said... BALAS

apa add instagram uolls?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...