Thursday, January 24, 2013

House insulation

Duduk kat Malaysia kan, memang untung.

Sayur hari-hari ada. Dari Januari ke Disember. Kalau takde belakang rumah sendiri, gi amik kat belakang rumah jiran.

Cuaca pun best aje. Pakai baju yang sama dari Januari ke Disember. Cuma kekadang kena bawak payung le, pasal selalu hujan kan.

Kitorang kat Texas ni, kira ok gak la. Dari duduk North Dakota dulu, haru! Banyak nampak salji dari nampak matahari, camne? Macam sekarang kat rumah mertua, -40 degC, ko mampu? Kesian FIL duduk sejuk sesorang, MIL kat Texas, tengah sunbathing pasal 2-3 hari ni cuaca dalam 20 degC. MIL kata, "I can't come back from Texas without some tan". Menantu malas nak join, pasal dah tan sejak azali, hehehe..

Walau siang panas, malam boleh tahan sejuk gak. Paling terasa masa tido dengan Cik Aiyu, pasal katil dia kami tolak ke dinding. Mak nye kena letak bantal, pasal tanak langgar dinding. Sejuk! Rumah kami rumah lama, rasanya dalam tahun 60-an camtu. Back then gas & electric were really cheap, so no one bothered to put any insulation in the house. Sekarang ni setiap tahun harga gas & elektrik naik, so sendiri paham la. Tahun lepas Cik Abe ada letak insulation kat attic. For attic, we used blower to spread the insulation. It helped, but we still need insulation for the walls. For this, we need some professional help.


Amik ko, nama tanak kalah, hahaha... Macam nama hotel you! We called this company pasal iklan diorang selalu keluar tv, hehehe.. Tu lah bahaya nya bila tengok tv, cepat betul terpengaruh! They did come earlier for estimation, and some demo. Demo tu memang agak cool jugak aaar. They put a penny on one side of the insulation, and hold the other end. Then, they torched it, sampai cair penny tu! Tapi insulation tu rileks aje, tak terbakar. Ada la kesan bahang, but that was about it. I guess their selling point is not only their material will insulate your house against temperature change & noise, but from fire too. 

How did they do it?

They drilled a hole in your wall, put a probe to see if there is any restriction, then they will inject the insulation material. They have to do it every 16" or so, jadi memang masa buat ni, sehari suntuk la dengar diorang bekerja. Kesian Cik Aiyu, tak aman tido siang dia hari tu, hehehe..



Ni cerita hari Selasa.

Hari ni, tido siang Cik Aiyu aman sekali. Dah ada wall insulation kannn...


Lepas tido siang, kami pergi taman. Hari ni memang ramai sungguh umat manusia kat taman. Yang tak eloknya, ada budak lelaki dalam umur 5 tahun camtu, dengan selamba kencing dari atas tempat mainan tu. Mak mak kat situ semua naik kecoh, tanya anak sape. Tapi sorang pun tak ngaku anak dia, hahaha.. Sampai I yang baru sampai pun diorang tanya, mementang la budak tu Hispanic. Nampak sangat Hispanic ngan Asian ni takde beza, hahaha... 

Mek Aiyu naik basikal se round dua, pastu kena rasuah dengan mak nye gi makan frozen yogurt, hehe..

Terus dia kata, ok!!!


Tah ape la dia kelentong Grandma nye tu, hehehe...


Dah habis makan, dia bantai buat konsert dalam kedai. Berdiri atas kerusi, pastu menyanyi lagu yang ku tak paham bijik butir. Siap dancing lagi. Pusing pusing atas kerusi, goyang goyang tangan. 

Dari Orange Leaf, kami repeat paper pergi taman pasal Cecilia & Nicholas ada kat sana. Lama tak jumpa. Dah jumpa biasa leee.. tak ingat dunia. Dua-dua bantai racing tricycle. Sudahnya pukul 6 petang baru balik.

*pengsan*



P/S: Sorry tak sempat balas semua komen lagi. Esok Cik Aiyu sekolah, insya allah kita jawab :)

8 comments:

Anonymous said... BALAS

hehee so sweet, lil fashionista .. dah sihat

Kniedaz said... BALAS

amboi cik aiyu..sejak baik demam ni bergaya sakan..apa ye yang disembangkan dengan grandma..teringin nak dengar dia menyanyi...up la video hehe

Miss Cool said... BALAS

Go cik kak go! Besar sikit nanti bole ganti Lance armstrong

sabira said... BALAS

bestnyer MIL akak..sporting sungguh..tuh dia budak dah sehat...siap menari2...heheheheheh...

Fifi Nadhrah said... BALAS

bukan main diva lagi kelentong grandma.. hahaha.. cumil sgt..

Unknown said... BALAS

cik Aiyu dah macam model sekarang... comel dah memang tentu lah

ikahcorner.blogspot.com said... BALAS

wah cik aiyu..!!tangan siap abis gaya ngan grandma..ngumpat eh?!!

mama leen said... BALAS

cik aiyu comel sgt.. dengan spek mata dia tu.. bergaya sungguh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...