Sunday, February 3, 2013

Woo hooo Baltimore!

Akhirnya, berlalu lah sudah Superbowl XLVII. Kat sini Superbowl tu kira macam Piala Merdeka la kot. Kalau tak pergi stadium, semorang duk sesenyap kat rumah tengok tv. Tak pun pergi Superbowl party. Kalau nak shopping dengan aman, silalah keluar waktu tu. Jalan confirm takde orang.


Kali ni, perlawanan adalah antara Baltimore Ravens dan San Francisco 49ers. Ravens menang, 34-31. First half game macam tak challenging sangat, pasal Ravens leading dalam 21-6 kot. Nak jadi cerita, boleh pulak kan, lepas Beyonce gelek gelek waktu half time, stadium takde elektrik. Lama lak tu. Confirm esok ada yang kena buang kerja, hehehe... Dan dan pulak lepas elektrik ada balik, 49ers pantas menyerang. Whoaaa.. ni baru fight!

Nak ikutkan I bukan la layan sangat American football ni. Apa kes, panggil football kan, padahal tak pakai foot pun. Tapi biasa la, kalau dah sekali sekala macam hari ni, haruslah tengok juga. Lelagi iklan time Superbowl ni selalu best, layannn.. Cuma tahun ni macam kureng sket. Tak kena pada taste I kot.

Ke pasal asyik melayan mek Aiyu membaca. Skang ni kekadang naik stress bila membaca buku dengan dia, pasal dia yang nak ajar kita. Bila kita senyap, dia bising suruh baca. Tapi bila kita baca, dia yang tolong betulkan apa kita baca. Sah sah semua cerita tu rekaan dia semata, hahaha.. Lantak la nak, asal kamu bahagia.

Siang tadi lak, dia buat konsert untuk mak bapak nye. Amik keyboard, pasang demo song, pastu duk main keyboard sambil menyanyi. Banyak gak lagu dia nyanyi, kejap twinkle twinkle, kejap row row your boat, kejap lagi lagu apa pun I tak tau. Tergelak guling guling kami dua orang, pasal Cik Aiyu kita muka confident giler. Siap kasi option lagi, lagu mana yang kitorang nak dengar. Nak record tak berani, pasal takut dia berhenti nyanyi.


Senyuman abis cun anakku.

Esok mek Aiyu sekolah. MIL dah takde, bofren lak petang tadi dah gi keje.

Agak-agak azam nak ke gym ku itu sampai tak?

8 comments:

Anonymous said... BALAS

assalamualaikum puan tanah hihihi
cute jek cik aiyu senyum :)
nak tanya sket kat puan tanah ... cik abe puan tanah ni ada jadi pengacara rancangan discovery ke apatah pasai rupa pengacara tu sebijik macam cik abe puan tanah hihihi. maaf kalau soalan ni a bit on the kay-poh side LOL

p/s: azam jangan tak azam hihihihi

~cik sela aloq staq~

farah said... BALAS

Kekeke, superbowl eh, I td duk belek perez hilton, dah trtgk halftime show Beyonce tu. Mane dan2 letrik terputus, guna terlebih utk show dia kot. Sakit mata I key lampu lip lap2 x termasuk tgk gelekan2 dia...fuhhh...hahahahah...
Cik Aiyu kot tertgk superbowl jgk ke tu tetiba feeling kasi konsert mini? Comel awak tau cik Aiyu, balik M'sia ni mummy nak duk Philea Melaka lg, kita kasi jmpa key, aritu x dpt la laling. Hehehe...

Kniedaz said... BALAS

Konsert Mini Cik Aiyu...wah..menarik bunyinya..kalau rakam boleh share kat kami...mesti comel giler

Anonymous said... BALAS

Cik aiyu nak lawan Beyonce...pasni kena antar kelas tarian gelek plak..baru omphh mini konsert dia...

-Nazila-

mama maman aka yana said... BALAS

kalu ada konsert mini kat malaysia.. kompom mama pergi.. hahaha

http://mamayana10.blogspot.com/2013/02/thank-you-wahai-mama-aiyu.html

Fifi Nadhrah said... BALAS

sampai tak nampak mate you!~ cute gile mini konsert.. rugi tak rakam.. tengok keletah bebudak ni syok..

barang da sampai kak huda.. tq so much.. ni entry khas dari malaysia ke midland..

http://zairidanfifi.blogspot.com/2013/02/posto-dari-midland.html

Amy Z! said... BALAS

Wah. Kecik2 berbakat nak compose lagu tu. Bestnya. Ada harapan ganti Yuna ni nanti. Hihi.

Aww.. Comelnya tersengih lebar camtu. Cheeky betul. xoxo.

Berusahalah mommy untuk ke gym. Ihiks!! ;-)

Madam Sooyaree said... BALAS

Cik Sela,
Waalaikumsalam Cik Sela, hahahaha.... dak aih, itu bukan suami ku, hahaha... Takde kay poh, tapi nanti sure ada orang tu perasan muka laku masuk tv, hihihih

Farah,
Aiyu satu je komen dia kat Beyonce, "I see your butt" kata mek kita, hihihi... Kali ni balik rileks je kot, Cik Abe tak follow daa...

Kniedaz,
Nanti kita tunggu dia buat lagi, hehhe.. insya allah...

Nazila,
Tarian gelek kena hantar kat Shakira, baru la power, hehehe.. Ni muda sangat, kelas apa pun tamau amik dia, hehe

Yana,
Heheheh.. tiket mahal ni Yana, diterbangkan dari Amarika, haha

Fifi,
Thanks dear, susah2 je buat entry :) Semalam tak sempat merempit, busy update kedai.

Amyz,
Tu la kan, boleh mek Aiyu pakai turban nanti. Kepala dah la besar, mesti susah nak lilit, hheheeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...