Monday, February 4, 2013

Orang kaya baru

Agak-agak pagi tadi, lepas hantar mek Aiyu ke sekolah, I pergi gym tak?

Heh, harapan.

Harapan nak pergi, tapi tak pergi, hehe..

Bukan tanak pergi (cari alasan ke kakkk..), tapi pagi tadi I ada kerja lagi penting. Kerja yang kalau boleh tanak melibatkan Cik Aiyu dalam kejadian.



I pergi bank you.


Amik ko, bukan satu, tapi dua ye tabung kami. Orang kaya, biasa lah, hahaha... Ni Cik Abe le punya pengaruh, spesis tak suka duit syiling. Dia suka campak dalam tin bila balik rumah. Kat dalam kereta pun bersepah. Kalau ada Nisa kat rumah kami, mesti dia suka. Nisa ni kawan rapat I, merangkap housemate masa kat Uniten dulu. Kerja dia hari-hari duk kutip duit syiling yang bersepah, untuk tabung perkahwinan kata dia, hahaha.. Alhamdulillah, skang ni dah kawen, anak pun dah dua. 

Tabung ni satu je kitorang beli, satu lagi MIL sponsor masa kami pergi garage sale hari tu. Suka dia tengok Cik Aiyu kita ghairah dapat coins. Bahagian atas tabung tu ada nombor, setiap kali kita masukkan syiling, dia akan tambah jumlah terkini mengikut saiz syiling. Most of the time betul, tapi biasa le, kekadang salah gak nombor yang dia update. Beli tabung $5, banyak la ko punya expectation kan.

Lepas teller masukkan dalam coin slots, cer teka, berapa jumlah syiling kami?

?

?

?

?

?

?

?

?

$209.36!

Kali 3.15, fuhh... makcik kayo!

Memandangkan Nisa dah kawen, kali ni kita buat tabung perkahwinan Cik Aiyu pulak, hahaha...

Ke harus mak pakai duit sang anak, buat beli Starbak?

?

?

?


Dak aihh.. minum kopi kat rumah sudah.


Kot kot ada yang nak amik nombor ekor.



P/S: Terima kasih Fifi & Mama Yana, susah-susah je buat special entry pasal hadiah GA tu. Yang penting, selamat sampai...

11 comments:

sabira said... BALAS

cool cool...aiyu saving for her wedding..hihihihih...

Amy Z! said... BALAS

Hoho. kaya tu.. Syiling ni lama2 kumpul memang boleh kaya woo. Hahaha.

Kat rumah tu pun ada tabung dah berat dgn syiling. Tempat syiling dalam kereta pun dah penuh. Memamg malas nak isi syiling dalam purse. Buat berat je. Hahaha. Nanti kita gi bank in kan. Berapa la dapat. Hihihi.

Tabung dah kosong ni, semangat nak simpan lagi ni. Dapat la cik aiyu merasa grand wedding nanti. Hihi.

Kniedaz said... BALAS

kami pun suka kumpul syiling..hehe..banyak tu...

Fifi Nadhrah said... BALAS

suke sangat kumpul syiling.. tapi duit syiling baru tak best.. tak macam syiling lame.. paling best mase syiling singgit dulu.. rase banyak je duit.. :)

hihi.. entry nak bgtau org yang saye dapat hadiah je.. wakaka.. tq kak huda n cik aiyu..

Qider said... BALAS

peh batul la,rindu sangat syiling seringgit tu,dahla berat,rasa macam kumpul emas je..haha..

saya pun baru mula menabung dengan konsisten

cik chinta said... BALAS

awalnyeeeeeee

neyna said... BALAS

Mak suh belikan satu tabung ada boleh kira ni kak huda

Shamsiah Abdul Rahman said... BALAS

K.Sham pun rajin gak ngutip duit syiling Cik Asben. Belen dia beli rokok. Tapi kendian dia kutip balik buat bayar parking lak.

p/s;
Kena menabung awal gak ni.
3 anak bujang..
Nak minang anak dara org ari ni bukan sikit2 duit..

ejaMaria said... BALAS

tak agak-agak tabung kawen Aiyu... hihihi... buat tabung sekolah dulu la... :)

Anonymous said... BALAS

Org lelaki ni mmg suka sepah2 syiling ek. Husband saya pun suka letak syiling dia atas meja solek saya. Sakit mata memandang. Selagi sy x simpan, selagi tu la dok menyemak situ. So, terpaksa la saya kutip masuk dlm kotak. (Tabung x de, isi dlm kotak terpakai je. Hehe)

momnsofea said... BALAS

ha ha same ngan i...duit nya bersepah sana sini kitaorg letak dlm botol choc ke jajanyg dh kosong..save money..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...