Monday, June 3, 2013

From her eyes...

"Look mommy, it's daddy".
 
 
Hamboiii.. ceria sungguh daddy kamu!
 
Sengih penuh gigi, hahaha... Padahal nak ikutkan, Cik Abe adalah jenis yang jarang senyum kalau dalam gambar. Mat serius. Tapi kat rumah tak la, dia boleh tahan kelakar jugak.
 
Cik Aiyu lukis gambar daddy ni masa kami kat Orlando hari tu. Dalam hujung bulan April. Kira halal la kan, bagi budak 2 tahun 10 bulan.
 
 
Macam semalam, kami main lukis-lukis lagi.
 
Dia suruh I lukis gambar dia, tapi bila dah siap, dia cakap gambar tu gambar I. Dia kasi crayon, siap suruh warna.
 
"This is black, for mommy's hair".
 
Okehhh...
 
"This is brown, for mommy's face".
 
Erkkk.. cekelat pekat ko dia kasi.
 
Bila separuh jalan mewarna, Cik Aiyu macam tak puas hati.
 
"No, mommy's face is peach". Dia kasi warna peach.
 
Dalam hati I dah berbunga-bunga, ok... tak le hitam sangat aku ni di mata anak.
 
Tapi kejap aje, bila I dah warna muka pakai warna peach, Cik Aiyu cakap dengan nada confident,
 
"Noo.. mommy's face is not peach. Mommy's face is brown", sambil kasi crayon cekelat pekat balik.
 
T__T
 
 
Bila tanya, apa warna kulit dia, Cik Aiyu kata, "peach".
 
Bila tanya warna kulit daddy, "peach".
 
Tanya warna rambut dia, Cik Aiyu kata "brown".
 
Tanya warna rambut daddy, "brown".
 
 
Fineee... nanti mommy pakai Tabitha, sambil dye rambut warna blondie k!

14 comments:

Nota Cikgu Anum said... BALAS

sgt cerdik anak dara ni...

aliqaliqa said... BALAS

comelnye aiyu

li yana said... BALAS

Hahahha,anak daddy sungguh ye..

Eliss Mie said... BALAS

nuha pasal warna ni selalu kata warna dia peach. abah, hitam. kah kah kah. padahal abah dia x ler hitam mana.yg putih pun ngikut bapak dia sebenarnya. ikut eliss x putih mana pun, ms kecik2 berkilat :p

ayang said... BALAS

Soooooo la cute nya lukisan tu... Rasanya la kan.. garis2 tu bukan gigi kot akak.. jambang cik abe. Try tanya cik ayu.. heheheh

CikLily Putih said... BALAS

kelakar sungguh! eehehee

~Mami Little Hero~ said... BALAS

Hihihi kelakar cik Ayue. Da mommy pulak kecik hati. Dr smlm nk comment on the previous post tapi x tau pasal apa x dpt comment. Mungkin internet x bagus.

:|: TinTa Kibod :|: said... BALAS

pakai tabita nanti lg cerah drp peach...cam adira plak, putih mayat..eh?
*hihihihihi*

athirah Safarudin said... BALAS

cik aiyu klakar hehe

Amy Z! said... BALAS

Dah pandai melukis tu. Bangga la auntie dgn cik aiyu ni. Ahahaha. Color mak coklat eh? Alahai. Nangis mak sampai kena pakai tabita pulak. Hahaha. Adoi laa. Sabar je la mommy.

PuanSyimaSyaz said... BALAS

hahahahhaah
abislah i punya turn tak lama lagi... kena siap2 pakai tabita tak pun minum aurawhite bergelen2 dulu sblm aisya start pandai mewarna...

serious aiyu sgt kelakar n comel

sabira said... BALAS

kekekekekeek...mek aiyuuuuu!!lepas akak pakai tabita..nnt dia hulur colour white plak....

Fifi Nadhrah said... BALAS

pandainye aiyu.. hahaha.. anak daddy ok.. :)

Nurul A said... BALAS

Aiyu..always make me smile, without fail :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...