Saturday, June 22, 2013

My BM and her A

Setelah hampir 5 tahun menanti.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng jeng jenggg....

Meet my bread maker!

(a.k.a. BM)


Dah lama teringin nak beli, tapi tak pernah ada ruang kat dapur. Hajat hati nak beli memacam gajet, tapi tu la, tak tau nak letak mana. Kang kalau asyik tersorok, kemungkinan nak keluar dan digunakan tu adalah jarangggg sekali.

Jadi bila dah ada pantry ni, apa lagi, dengan tak cukup tanah, I beli. Seperti biasa, I am a sucker for online review. Baca punya baca, ramai kata Panasonic is good for the price. MIL pun dulu pernah cakap pasal Panasonic BM ni. So tak baik melawan, kita beli yang ni aje lah.

Bila sampai je kotak, hati berbunga-bunga. Dengan kadar tak sabar, terus ajak Cik Aiyu pergi Albertson's, beli susu tepung. Jenuh mencari, nasib baik jumpa. 

Dan setelah 4 jam ku tunggu punya tunggu...


Voila! My first bread!

Sila abaikan latar belakang yang tak semenggah tu. Kami tengah dalam proses memunggah kotak kat luar tu. Semua benda berdebu, terpaksa la lap satu-satu. Stress tau, lelagi nak lap wayar-wayar komputer. Adehhh...


Ni grilled cheese Cik Aiyu. Tu yang kasi separuh je, pasal buat besar kang, confirm tak habis. Roti dari BM ni saiz dia besar sket dari roti biasa. Makan sekeping confirm kenyang. Kalau tak kenyang tu, kome tak baca bismillah le tuuu...



Cerita pasal Cik Aiyu, semalam dia tunjuk sesuatu kat I.

"Mommy, look, it's Aiyu"


Dia memang dah tau macam mana nak eja "Aiyu", tapi selalu kalau dia cuba tulis, huruf "A" tu jadi macam huruf "H". Pastu huruf "Y" dia selalu macam huruf "U" ke "V". Tapi semalam, cik kak kita dah upgrade sket. Dia dah letak penyambung kat atas huruf "H", jadi lah huruf "A".

Memula I speku kotak tu memang dah bertulis nama dia, Cik Abe tuliskan. Iye, tulisan suamiku itu nan hado sikit rupanya, dasar mat saleh, tulisan semua serupa doktor tak jadi. Tapi bila tengok ada crayon warna cekelat atas lantai, I knew it was her. Lelagi lepas tu, dia lukis smiley face dia kat bawah tu, hehehe.. Smiley face versi gigi jongos :D

Agaknya Aiyu mesti bersyukur kan, nama dia bukan Elizabeth mahupun Halimatulsaadiah. Menanges ko nak eja!

6 comments:

Mrs.NZ said... BALAS

aww best dah ada BM..oo Panasonic baguih ye?good2..nanti bleh la beli cap yg sama :)

Bravo aiyu dah pandai tulis nama! Bravo mommy roti nampak gebus!

Anonymous said... BALAS

Jadi bila dah ada pantry ni, apa lagi, dengan tak cukup tanah, I beli << ayat tak boleh tahan...terkekek kekek i gelak. Bestnya dah ada BM..no more storebought bread la pas ni!

- Delila1708-

Fifi Nadhrah said... BALAS

terbaik la.. pandai da eje.. siap kreatip lagi.. ade penyambung kat atas huruf A..

kak huda.. lepas ni membakar roti jela.. tangan pon boleh berotot menguli doh..

Madam Sooyaree said... BALAS

Ninie,
Beli tau, besttt.. I beli model SD-YD250. Tak menyesal nakkk...

Delila,
Hehehe.. memang tak menyempat. Hubby sengih je, malas nak melayan napsu serakah bini

Fifi,
BM ni tak payah uli, tau tau ketinggg.... dah siap, ta daaa :P

Yaati Nor said... BALAS

bestnya ada BM berangan nak ada gak..tapi kat Malaysia tak byk..

Anonymous said... BALAS

addooii..kelako btollah..tgh minum air milo nk menyembur rs..kalau nm dia halimatussaadiah???mmg nanges cik kak kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...