Thursday, September 5, 2013

Mosquito bites

Memandangkan Cik Aiyu skang ni sukaaaa sangat melukis, kitorang belikan dia easel stand. Ala, benda tiga segi yang pelukis selalu pakai tu. We have a short one, that we can put on a table, tapi macam tak sesuai sangat le pulak. Meja mana nak parking, kalau meja dah penuh dengan playdoh ngan buku. 

Easel ni agak cool jugak lah, sebelah papan untuk pakai kapur, sebelah lagi untuk marker. Yang belah marker tu, boleh letak kertas untuk lukisan pakai pensel ngan cat. Best betul kan bebudak zaman sekarang. Kita dulu pakai kapur bila time cikgu suruh jawab kat papan hitam aje. Walaupun papan tu warna hijau sebenarnya, hahaha...

So bila daddy dah siap pasang, cik kak kita pun mula lah dengan aktiviti melukisnya. 

Dia kata "I want to draw picture of mommy and Aiyu"

Memang betul, dia lukis gambar mommy dan diri sendiri.

Nak tengok tak?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?


Taaaaa daaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

I tak tau nak rasa gembira ke sedih.

Gembira sebab anak lukis gambar kita, sedih sebab lukisannya amat jujur, hahahahaha....

Dari gambar terang-terang boleh teka kan, mana mommy, mana Aiyu. Bak kata Aiyu, "Aiyu's hair is brownnnn". Menyampah haku.

Bila kita tanya, apa benda dot dot atas muka mommy tu, Cik Aiyu pandang I, sambil belai muka I, cakap "see, mosquito bites". Ye laaaaa.... muka mommy tak flawless macam pipi kuih pau awak tuuuuu.... Siap lukis cheekbones lagi tu, hehehe... Yang tang mata ala Zorro tu, Cik Aiyu kata itu adalah sunglasses I.

Takpe laaa... mosquito bites pun mosquito bites leeeeeeee *ayat sentap tak ikhlas*.

Orang yang ada mosquito bites ni jugak yang kasi awak tolong masak tauuu...



Hobi baru Cik Aiyu gak, tolong mommy kat dapur.

Suka dia kalau kita bagi tugasan kacau bahan-bahan, atau masukkan bahan dalam mangkuk. Makanan mat salleh ok la kan, kalau buat sambal ke, camno nak tolong. Tu pun semalam masa buat meatballs, dia berhenti tolong bila dia dah pedih mata masa kacau bawang.

I told her that onions can hurt her eyes, tapi seperti biasa, cik kak kita yang over, siap cakap "Onions hurt my ears too". Banyak la ko kan.


Hasil pertolongan mek Aiyu. Elok gak dia tolong kat dapur, pasal masa dinner nanti dia semangat bercerita kat daddy, dan semangat makan sekali, hehehe.. 2 ketul dia habis you, kalau tak kekadang tak jamah pun.

Jadi itu tips mak mak hari ni, kalau nak anak makan lebih, kasi dia tolong kat dapur. 

Sekiannnn...

16 comments:

sharon m.q. said... BALAS

wahhh..rajin cik aiyu tolong mommy kat dapur.. :)

Lynna Ghani said... BALAS

Salam, Huda...

Budak2 nya ikhlas tuh mmg boleh bikin sentap dalam hati.....nak tergelak pon ye jgk kan......tp cik aiyu tetap chumil hehehehe :)

Anonymous said... BALAS

teliti betul cik aiyu kite kan.

abih semua dia lukis.

ahahahahaha.

belum masuk fasa bodek mommy lagi ni.

FaznFaz said... BALAS

haha!!!! kira anak aku mmg sweettalker petala ke-8 laaa??? dia selalu lukis badan aku triangle, effect kurus gituh!!! dpt kt mak2 sedara dia, keji gila, kata gambar tu x betul!!! badan mummy bukan triangle, tp square, or round or oval!!!! chait!!!!

sabira said... BALAS

muhahahah..dah boleh tolong kat dapur tu kalau kak huda tgh dalam pantang..dah boleh upgrade step by step tu..memula tolong kacau lauk..pastu cuci baju..hahahah..:P

Angah said... BALAS

hahaha geram dengan cik aiyu,adaja telatah dia,kena frame gamabr ni nanti utk tatapan cik aiyu....

Fifi Nadhrah said... BALAS

mule2 tengok gambar tu.. terase macam.. sangat jujur.. macamkak huda cakap.. mihmihmih.. aiyu sangat cerdik.. pandai.. rajin pulak tu.. selamat anak fifi pon perempuan.. hahaha..

n.a.n.i.e said... BALAS

sgt jujur lukisan cik aiyu tuh..ngeh3..

anak dara dah pandai tlg mummy kat dapur eh..pasni bole tlg jaga baby plak :)

Nazayiena Ayiena said... BALAS

Klu cik Aiyu dekat ngan aunty nie mesti dah kena gigit....geramnya ngan dia pandai sgt lukis gambar mommynya dan dia,dah tu pandai plk nak menjawab ya..........

Hidayah said... BALAS

sangat setuju dengan tips tu huda, Shafiq kalau agak tak nak makan dah berhari2 (gila kejap mak dia, tahap dah menyampah nk perang everytime suh makan) so mak dia pun ajak anak kedapur masak2 bersama..pastu baru makan apa dia masak...mmg this trick work very well..

-atiQah- said... BALAS

pandai betul cik aiyu ni. kecil2 dah pandai melukis. imaginasi tinggi. suka menolong. :)

Anonymous said... BALAS

Hihihi.. Cute. Anak saya masa skolah rendah siap ngaku dia malu mak dia gemoks. Terus saya nangis dlm toilet! Sometimes honesty cant be the best policy.. Huhuhu!

Anonymous said... BALAS

Haha...kalu die lukis daddy mcmane..nasib baik mariam tk reti lukis..skrg die suka tgk YouTube berunsurkan kedoktoran.cth ya.operation, delivered baby...tp mak die pulak fobia tgk darah..best ya mek ayu tlg..kalu Mariam sibuk tlg basuh dish..padahal nk main air..

Den said... BALAS

kahkahkah..lawak giler, budak ni memang suka berterus terang, :)

Unaizah said... BALAS

Kids are very observant and honest. Cik Aiyu dah ada ciri-ciri sorang kakak.

Madam Sooyaree said... BALAS

Sharon,
Dia memang suka nak tolong, tapi kita yang tak suka nak kemas, hahaha

Lynna,
Tu la pasal... nak sentap pun tak guna, pasal itu lah realiti nya, hahaha

Anonymous,
Haaaa... dia memang teliti sikit. Kalau benda senget ke, kita susun lain ke, dia memang perasan selalunya. Bodek belum lagi, skang ni fasa jujur lagi, hahahaha

Eila,
Hahahaha... anak aku kepala spider pun bulat! Pada pandangan anak ko, ko lah yang paling cantek :D

Sabira,
Hahahah.. kalau paling best, dapat mop rumah. Indahnya duniaku!

Angah,
Kita memang ada simpan 2-3 lukisan dia, nak tunjuk dia waktu besar nanti, hehehe... biar kasi dia malu sket, hehehehe

Fifi,
Tu la, kekanak ni jujur kan. Nasib baik la kita ni sedar diri, terima je la, hahaha

Nanie,
Harap2 gitu lah. So far dia macam ok dengan baby dalam perut, tak tau la keluar nanti camne

Kak Nurul,
Skang ni memang dah pandai cakap kak, kekadang tak ter handle kita nak dengar, hahaha.. Nasib baik mak nye layan je, takut nanti esok2 kita suruh dia senyap kang, hahaha

Hidayah,
Diorang suka kan memasak! Semalam kitorang buat muffin, bangga giler dia kasitau daddy dia, muffin tu dia yang buat

Atiqah,
Alhamdulillahhh... dia pun boring je duk rumah, bila ada tugasan tu, seronok sket dia

Anonymous,
Aiyooo... like that ka? Kesian mommy diaaa... dia tak sengaja kot tu ;)

Anonymous,
Gambar daddy dia ada gak, lebih kurang rupa dia je, cuma rambut pendek sket, hehehe... Aiyu YouTube tak reti sangat, pasal takde iPad, hehehe

Den,
Bebudak kan, cakap takde cover punya, hahaha.. sama lah kalau dia kentut, siap cakap kuat2, Aiyu fartt!

Unaizah,
Yeah, kekadang kelakar gak benda yang dia cakap tu. Kita pun takde la nak amik hati, tau diorang memang camtu kan :D Aminnn.. I harap dia ok la jadi kakak. So far so good.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...