Tuesday, November 19, 2013

Bengkung untuk C-section

Nak ikutkan, I ni low maintenance orangnya.

Shampoo pakai shampoo $5 untuk 750ml (walaupun murah, cap Vidal Sassoon youuu), moisturizer, pakai cap Aveeno je. Semua pharmacy mari.

Dulu ade lah cuba gak, nak pakai brand mahal. Dari La Mer, SK-II sampai le ke Clinique. Entah apa pasal nak cuba yang mahal, haku pun tak paham. Kekonon time tu, barang yang ada kat pharmacy tu tak berapa elok laaa.. Tapi mahal camne pun, pakai awal-awal je rasi, pastu dah takde effect. Camne nak ada effect, kalau ko sendiri yang malas nak basuh muka sebelum tido kan :P

Nasib baik terjumpa jodoh dengan Aveeno, so far so good. Kalau rajin basuh muka di waktu malam, insya allah takde jerawat, hahahaha...

Anyway, hari ni bukan nak gebang pasal moisturizer. Takde kena mengena pun dengan inti pati entry, hihihi...



Hari ni I nak share, pasal bengkung lepas bersalin.

Waktu mengandungkan Cik Aiyu dulu, I beli set Nona Roguy. Sekali dengan bengkung la. Sekali tu hamik kooo.. kena belah perut. Sudahnya bengkung jadi tukun dalam almari. Tak sesuai dek non, nak buat pakai for post C-section. Waktu tu pun I macam tak reti sangat, maklum lah, first time. Nak check kat internet pun tak rajin. Ikut cakap mak je la. Memandangkan mak pun takde pengalaman pasal C-sect, kami pun setakat tanya orang sekeliling. Ramai cakap kalau C-section, tak boleh pakai bengkung. Jadi kami pun ikutlah.

Sudahnya, perut I jadi macam jelly. Sebelum tu pun takde la flat mana pun, tapi takde la geleber gitu. Nasib baik I redho, shopping jeans baru je la, hahaha...



Fast forward, 3 tahun berlalu. Kali ni pasal nak pantang sendiri, I rajin sket survey online. I read that it's quite important to use abdomen wrap after the surgery. Not only for size reduction and what not, most importantly, it is essential for faster recovery.

So I bought this wrap.

 
AbdoMend.
 
 
My personal review?
 
Nahhhh.......
 
Bengkung ni sesuai untuk dipakai di hospital, pasal senang nak sarung. Support wise, not really. The band is quite short, tak dapat nak menampung semua lemak di perut. Pastu bila dah lelama pakai, dia akan bergerak ke atas, jadi macam agak leceh lah.
 
So I bought another one.
 
 
Bellefit.
 
Yang ni betul betul hao liao!
 
Ok, jangan tertipu, itu bukan gambar perut tuan tanah. Kalau perut dah macam tu punya cun, apa hal nak berbengkung kan?
 
Apa-apa hal pun, I suka bengkung ni. Walau awal-awal tu waktu nak sarung adalah sedikit hazab, tapi efek nya.. I like! I mula pakai bengkung ni lepas dah cabut staples di perut. Memula tu gabra gak la kan, takut bengkung ni akan menekan bahagian jahitan tu. Alhamdulillah tidak, menekan lelemak aje, hehehe... Paling penting untuk I, lepas pakai bengkung ni, senang nak poo poo, hehehe...
 
Dari apa yang I baca, pemakaian bengkung ni digalakkan sehingga 6 bulan selepas melahirkan anak. Kita tengok la ye, berapa lama tuan tanah rajin nak sarung.
 
Sambil-sambil tu, marilah kita bersama mengambil iktibar dari mak-mak ni...
 
 
 

16 comments:

Lynna Ghani said... BALAS

Ceq yg tak bersalin pon takleh lawan mak2 yg gamba kat bawah tuh! *malunyaaaa* hahahhaa :P

nazayiena said... BALAS

Skrg nie semua ada,dulu mana ada bengkung utk org yg c-zer nie,slmt berpantang huda.

SueGinola said... BALAS

Kak, yang gambo bawah tu yang belum jadi emak pun kena amik iktibar ni.....malu i nak tengok cermin 3 hari...larikkkk....

qi said... BALAS

boleh pakai dr berapa minggu eh?

Anonymous said... BALAS

Order kan utk aye bleh ke? Aye pun nak mencuba kurus macam mak2 tu.. (masa single pun tak dapat.. tambah anak dah 3..bleh ke? :P )

@kakliza@

DeLancrettLurpak said... BALAS

sekarang gak iols google.. aku pun ada gak ciri2 nak c-sect ni wehh

ati_emylia said... BALAS

kalau tak c-sect or yg sewaktu dengannya..boleh tak guna...senang nak poo poo tu yg suka...

emy

Anonymous said... BALAS

Saya pakai girdle alphahealth, gynae saya yg suggest. Mmg girdle seluar utk org c-section. Best sgt.

Nanak said... BALAS

lalink, sy beli yg autumnz punya long bengkung..size xxl you..haha
tp mmg pakai sedap..

farah said... BALAS

Sama la I masa c-sect Fatehah tu pun x pkai bengkung. Sekarang hazabedah nak get rid of lelemak tu kan. Abs crunch 3 tahun pun x pasti dpt me-nyah-kan semua lelemak tu kan. I redho je skrg ni, kot nnt nk tmbh no 2 lepas tu le I kena rajin jaga belly ni...tapi tang no 2 tu ntah bilaaaa...hahahaha...

n.a.n.i.e said... BALAS

cam menarik je bellefit nih..

tp mengenangkan segala lemak tepu yg ada campur lemak kalo mengandung lagi..ntah muat ntah tidak bengkung tuh..hukhuk..

Qider said... BALAS

Hai mommy Aiyu,

Punyalah kan teringin nak Bellefit tu, terus tanya encik google kot ada jual kat malaysia..damnn,takde..

Terliur tengok,usha kat web dia lagi terliur..

Noni said... BALAS

Appa lg tuan tanah...jual le. blhle org kat tanah malaya pun tompang beli. hehehehe... klu yg bersalin normal, blh pakai jgklah, kan?

Madam Sooyaree said... BALAS

Lynna,
Hahaha.. sama lah kita. Dulu, kini dan selamanya, tak terlawan!

Kak Nurul,
Tu la, makin lama makin canggih kan barang, kita gak jadi mangsa pasal suka membeli, hehehehe

Sue,
Hahaha... meh kita ikut lari di belakang. Sama je kita!

Aliqaliqa,
Kita pakai lepas doctor cabut staples, so dari seminggu gitu lah

Kak Lyza,
Hahahah.. sudah 6 tahun terlambat sudah daaaa

DLL,
Sila babe, iolls suka noks bengkung ni!

Emy,
Yang tu kita tak pasti la dear, rasanya more to those yang pernah go through operation je

Anonymous,
Best nye, gynae kita tak cakap apa pun. Semua pun "it will be ok". Sat gi kang kalau tak ok, kita gak yang merana kan

Nanak,
Awak tu ada 2 orang dalam perut hari tu kan, hihihi...

Farah,
Insya allah, ada rezeki nanti ada lah tu ;) Abs crunch memang tak membantu, lelagi macam I yang malas nak buat ni, haha

Nanie,
Hehehehe... ada saiz XS sampai XL youuu

Qider,
No worries laling, benda yang takde di Malaysia, boleh diadakan, hahaha

Noni,
Bersalin normal pun boleh pakai, tapi memang dah ada banyak bengkung untuk orang bersalin normal kan. Kita gang c-sect ni yang jakun sket, pasal jarang jumpa, hehe

Fifi Nadhrah said... BALAS

seriau bile fikir nak berbengkung lepas czer.. fifi mase ufairah dulu pon takde bengkong..

Qider said... BALAS

part boleh diaadakan itu,adakah di Sooyaree's Closet?muahahahaah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...