Sunday, April 13, 2014

My (not so) blonde moment

 Minggu lepas, kereta I masuk workshop.
 
Jangan risau, kami bukan accident. Kisahnya 2 minggu lepas I hantar kereta pergi servis, tup tup waktu nak tutup hood tu, ada orang terlupa nak turunkan hood stand tu dulu. Maka timbul lah bonjolan pada muka hood I. Setepek macam kena gigit nyamuk.
 
Orang tempat servis kereta tu dah gelabah, tapi nak buat macam mana kan, benda dah jadi. Diorang offer untuk betulkan benjolan pada hood tu, pastu kasi khidmat servis kereta hari tu free. Iolss ok je lah, blessing in disguise omputeh kata.
 
Pendek kan cerita, iolls kena pakai kereta sewa dari hari Isnin hingga Khamis lepas. Sesekali bawak kereta lain, teruja rasa hati. Kereta baru Cik Abe, I tak berani nak drive. Sikit lagi nak dekat sama saiz dengan lori. Takut mak. Duduk di bahagian penumpang sudah.
 
 
 
Kepada mereka-mereka yang pernah memandu kereta orang lain, ada tak rasa gabra bila nak isi minyak?
 
I selalunya macam tu.
 
Sampai kat stesyen minyak, mula rasa gabra. Eh, minyak belah kiri ke kanan eh?
 
Kalau salah bahagian, rasa malu aje. Nampak sangat pakai kereta pinjam kan.
 
Tu baru nak parking isi minyak, belum lagi nak cari butang untuk bukak tempat isi minyak.
 
Kekadang merata tangan I mencari. Ada kereta butangnya kat bawah stereng, ada kat tepi pintu. Ada jugak yang kat tengah-tengah kereta.
 
Dan ada juga......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Yang takde butang dalam kereta.
 
T__T
 
 
Benci tau.
 
Agaknya dalam 4-5 minit gak laaaa I duk cari butang nak bukak tempat minyak tu hari tu. Duk raba sana sini, tak jumpa. Siap alih seat lagi ke belakang, kot kot tersorok. Gigih I duk baca setiap punat dalam kereta, mana tau itu lah butang nak bukak tempat minyak tu.
 
Ada gak terfikir nak telefon Cik Abe, tapi takut nampak bodoh nau. Pastu bukan dia bawak pun kereta tu, mana lah dia tau.
 
Nasib baik la lepas 5 minit, I keluar. Alih-alih tempat isi minyak tu tarik gitu je.
 
Cisssssss.....
 
5 minutes wasted for nothing.
 
 
 
Kesimpulan: Sila buat homework di rumah. Jangan sampai tempat pam minyak, baru nak gelabah. 

9 comments:

Amyz! said... BALAS

Hahahaha. Memang la.. Butang utk bukak tempat isi minyak memang lain2 tiap kereta. Tensen nak cari time nak isi minyak. Time tu la gabra, nebes semua ada. Benci betul...!!!!
Hahahaha. Tabah aje laa..

Nasa Mulia said... BALAS

hehehe...klau tahu xdelah explore satu keta kan?

Unknown said... BALAS

Tetiba terpanggil untuk bersuara..selama ni jadi silent reader je..sbb cite pinjam kete

I ngan my fren sewa kete masa g Scotland & Dublin. I jadi driver..insiden yg memalukan tu :
1- kereta tak boleh start..lama dok menyepi dalam kereta sbb tak tahu camne nak hidupkan kereta..puas belek dekat 20 minit..last2 panggil orang kereta sewa tu tolong..rupanya dia pakai kunci tapi kene tekan button tertentu dan tekan break baru enjin boleh hidup....malu seh
2- Nak isi minyak..puas cari mana la butang dia..punat dia ke sebagainya laa..takde..dekat 5 minit cari..malu toksah cite tapi last2 panggil org yang kerja kat stesen minyak tu minta tolong..dia pon belek2 tak jumpa..last2 omputeh kan...dia cari buku manual..hahah walllaaa...senang je..tutup enjin terbuka laa pintu lubang nak isi minyak tu..safety first mat salehnya kete ni..so no way la isi minyak dgn enjin hidup...pengalaman yg tak boleh dijual beli..

Aziela said... BALAS

Hahahhaha, excellent! Chop..chop..! Kereta sewa tu, workshop sponsor juga ekk...?

Syima Syaz said... BALAS

best la sesekali pakai kereta lain... boring kan kadang2 pakai kereta sendiri .. agaggaa...

||alis|| said... BALAS

omaigad. sama.

baru ni pi langkawi, pinjam city kawan adik, mmg terbengak2 plak carik.. mana ke tuil tank minyak ni, sekali..

yer, takde tuil2, dia main bukak katup kat pintu tank tu jugaks.

malu iouls. and u are not alone kak.

Madam Sooyaree said... BALAS

Amyz,
Tu la kan, kita selalu nervous time kat stesen minyak. Ni hari tu memang suwey la orang kata. Lama giler nak cari benda yang tak wujud tu, heheeh

Nasa,
Itu le pasal... buang 5 minit kita tau, belum lagi rasa pipi tetiba tebal, hehehe

Chevy,
Hahahahaha... sorry tapi terpaksa gelak panjang. Adoiii... masa kena tu mesti rasa malu, tapi sekarang jadi kelakar kan. Itulah pengalaman tak dapat dilupakan orang kata.
Thanks dear for dropping by, really appreciate it :)

Aziela,
Ha ah dear, workshop sponsor gak :)

Syima,
Kereta kita tahun 2006, so bila pakai kereta baru, tu yang jakun semacam, heheheh

Alis,
Hahaha.. kereta model baru semua camtu kot. Ni yang kena cari kereta baru ni, hihihih

Qider said... BALAS

btw, saya pun pernah mengalami insiden sedemikian..sampai stesen minyak, gelabah cari segala mak nenek punat, satu pun tak hado..

hah sudah, lepas tu tepon laki, sekali laki kata, tekan ja kat tempat isi minyak tu..

terus,'apsal kereta sekarang ni canggih tak memasal pulak hah?'

Nisa Ali said... BALAS

kak huda..Nisa selalu ade prob macam ni.. Even kereta tak pernah bertukar.. Sampai je dekat tempat pam terus gabra.. dalam hati terfikir kereta aku ni nak isi minyak kanan ke kiri.. Benda ni jadi bila gelabah.. ( Btw..Nisa memang cepat panik orangnya..hihihi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...