Tuesday, August 26, 2014

Mommy duties

 Ok, back to reality.
 
Minggu depan, Cik Aiyu dah mula sekolah balik. Ikutkan di Texas, minggu ni public school dah mula sekolah. Tapi biasalah, sekolah mek kita ni suka mengada sikit. Tanak mula ikut public school. Pastu kekadang cuti pun ikut sukati dia je. Buat orang confuse je tau, menyampah haku.
 
Anyway, semalam kitorang pergi orientation meeting dengan cikgu baru dia. Rupanya untuk K4, diorang ada 2 kelas. Ingatkan satu je macam K3. Daripada 12 orang kawan kelas lama, 4 je yang ada dalam kelas baru ni, termasuk Cik Aiyu. Harap-harap dia tak tertanya lah, kenapa kekawan lama tak sama kelas. Bebudak ni kekadang kan tak berapa suka perubahan. Takut nanti dia tak semangat nak gi sekolah je.
 
Selain daripada sesi berkenalan, cikgu baru Cik Aiyu ada juga discuss pasal syllabus baru diorang. Nampaknya diorang akan belajar pasal animal kingdom dan magnetism. Muahahaha... good luck la weh. Pastu cikgu dia siap cakap, kalau nak beli sayur ke buah, ajar lah anak pasal berat sekali. Kasitau anak, yang 1 lb tu sama dengan 16 ounces. Ha ha ha... mak nye pun tak pass, camne nak ajar anak? Yang lb ke ounces tu ok lagi, dah masuk gallon, pint, memang iolls fail. Orang US le ni, mengada. Kalau pakai system gram ngan kilogram kan ke senang. Tambah "0" je kat belakang. Ni nak bahagi la, kali la... otak iolls dah karat you.
 
 
Maka dengan ini, minggu depan tugas I sebagai supir akan bermula kembali.
 
Kitorang sign up Aiyu untuk swimming class gak, harap-harap dia ok lah. Selamat tak yah pakai pelampung lagi kat PD, hehehe...
 
Nanti hujung minggu ni nak usha kat masjid gak, untuk kelas mengaji.
 
Kesian budak-budak kan, kecik lagi dah banyak aktiviti. Tapi nak buat camne, kalau tak belajar, camne nak dapat ilmu kan?

4 comments:

FadlinaMokhtar said... BALAS

kerlas la cik aiyu.lepas ni leh jadik pandalela :)

diyana said... BALAS

owh sana pon ada klas mengaji jgk yea..best jgk duk amerikaaa hehe :)

Anonymous said... BALAS

Mesti cute sgt dgr Cik aiyu ngaji. Dgn slang dia..

Madam Sooyaree said... BALAS

Fadlina,
Pandalela yang diver negara tu kan? Hihihhi... insya allah :))

Diyana,
Tak sure lagi, kena usha dulu. Tau macam ada kelas agama, api tang ngaji specifc tak pasti :(

Anonymous,
Harap2 dia nak le, pasal dia kekadang kalau dia tanak buat, memang dia tak buat. Doakan ye, thanks dear :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...