Hello 2015.
Apakah azam anda anda semua?
Mesti nak kuruskan badan, dan gemokkan poket kan? Kann?? Kannn???
Tapi seperti biasa, nanti mesti jadi terbalik menjelang bulan Disember, hehehe... Badan makin bam bam, poket makin kurus. What to do, lumrah dunia, hehehe...
Maka sebab itu, iolls jarang nak buat azam. Pasal confirm tak ikut punya. Tak yah sampai tengah tahun, hujung bulan Januari ni pun tak tentu sampai, kalau I berazam.
Anyway, I pun tak tau mana nak mula dengan blog ni. Kekadang rasa macam nak katup, tapi bila fikir fikir, rasa sayang pulak. Kekadang rasa macam nak update hari-hari, tapi bila anak-anak dah tido, iolls layan Instagram. Camno tu? Pastu bila ada waktu untuk update, I tak tau nak cerita pasal kisah terkini, atau nak flashback pasal Euro trip. Sudahnya, iolls stress sesorang, pastu tak update langsung, hahaha...
Hari ni, kita cerita pasal hari ni lah k.
Sejak Selasa lepas, cuaca di Midland ni kacau bilau sikit. Orang sini kata, the blast of artic storm. Selalunya bila camni, cuaca sejuk tu datang tiba-tiba, untuk tempoh beberapa hari. Macam contoh hari ni suhu 20 degC, tetiba esok jadi 5degC. Kali ni, suhu turun sampai tahap beku.
Selalu kita ingat, kalau suhu tu 0 degC, bila hujan, mesti jadi snow kan?
Ye, memang ada. Tapi snow yang turun tu takkan kekal jadi snow, pasal bila sampai ke tanah, ia akan cair. The only way for the snow to remain fluffy is if the ground is at 0 degC too. Since the ground is always warmer, the fluffy snow will unfortunately, turn into ice.
Ice on the road = not good.
Bayangkan, dalam masa 24 jam, bandar Midland yang ada 100 ribu orang ni, ada 120 eksiden.
Bak kata Cik Abe, orang sini tak reti nak drive bila jalan licin gini. Tu nak kata, yang dia terror driving le tu. Hehehe, Cik Abe kan dari Minnesota, kat sana, snow and ice ni kawan diorang. Macam Elsa dan Anna, hahahah... I nak pergi mall pun dia tak kasi. He doesn't trust the Asian women driver instinct in me. Padahal mall tu 5 minit je driving dari rumah. Tapi takpe la, pasal dia sanggup hantar. Jadi I terima je lah dengan hati terbuka, hihihi...
Selain daripada bahaya memandu, keadaan berais ni, tak elok untuk pokok juga.
Kesian pokok I, menyembah bumi. Yang kat belakang, patah satu dahan. Tu kira ok lagi, pasal jiran sebelah, mau kurang-kurang 7 ke 8 dahan pokok dia yang patah. Ais berat kan, jadi bila dah melekat gitu, memang senang lah dahan untuk patah.
Hari ni alhamdulillah, cuaca mula ok balik. Dah nampak sang suria gitu.
Kebetulan pula, hari ni birthday party untuk Hannah. So it was really nice to finally go out, and see some familiar faces.
Untuk party ni, mak Hannah, Sari suruh I buatkan kek. Tema under the sea gitu. Nervous I tau nak buat kek, kalau cupcakes tu ok le. Nak melepa icing, perghhh... susah weh!
Hasilnyaaaa....
Taaa daaaaa....
Senyap senyap sudah, jangan komen lebih, hahahaha... yang penting, sedap, hahahaha....
The kids had a paint session in Hannah's house. Cool jugak la, diorang painting atas canvas. Pastu boleh terus gantung kat dinding. Excited semorang tadi. Sebenarnya tak pasti, bebudak ke, atau mak mak budak yang terlebih excited, hahahaha...
Her butterfly.
Pretty butterfly kata mek kita.
6 comments:
Cantik sgt...
cantik laa kek tu. and yes, pretty pretty butterfly :-)
Sapa kata azam nak kurus? Org nak gemuk sikit.... Sebab sepanjang hayat kurus pun bosan jugak...
Happy new year to u and family... Dari bujanh sampai dah ada anak follow blog u so mintakkk tolong jangam katup.... Ye...
Happy new year darling!! Semoga tahun ini lebih rajin update blog. ihiks! blog kita domain name dah expired, owner domain la tak renew2 (kes tumpang domain gini la jadinya..) Terus down nak update blog. T___T
Semoga tahun ni, Allah kurniakan rahmat dan kesejahteraan pada Nurul dan family. Take care dear.
Hugs and kisses to Cik Aiyu comel dan Abam Aaron hensem. Mwahh!!
wahhh tertiba saya terbayang ais kt citer frozen tu ..he..he.. ;-)
no jgn katup blog, nnti i takde tempat nak jadi stalker... hehe. the pokok with the ice is beautiful ,entah bila i dapat tgk depan mata...
anyway happy 2015 to you and family :)
Post a Comment