Hari ini Cik Aiyu 7 bulan. Kejap aje kan. Rasa macam semalam baru terdampar di Pantai Hospital. Lama weh duduk hospital, 5 malam tu. Kesian Cik Abe, 2 malam tido atas dua buah kerusi yang disambung di delivery room. Nasib baik bila dah pindah bilik, dia dapat katil sendiri. Kalau tak, silap-silap dia pulak yang kena admit, hehehe...
Mari kita lihat progres Cik Aiyu setakat ini:-
- Sudah mempunyai 6 batang gigi. Nasib baik dia good girl waktu menyusu. Thank you baby!
- Boleh merangkak. Jarang dah dia seret badan atau kaki. Selalu on all four. Tapi baru gear ketiga, kira masih sempat kejar lagi, hehe..
- Boleh angkat diri untuk berdiri. Coffee table dah takleh letak cawan, pasal nanti dia tolong kemaskan
- Boleh berjalan dengan support. Selalu dia praktis di sofa atau coffee table.
- Suka sangat dengan wayar. Habis speaker & Wii ditolak, nak wayar punya pasal. Future Wireline engineer? Hahaha..
- Very curious baby. Kalau dia tengah menyusu, janganlah ada orang kat tepi tengah buat benda lain. Mesti dia pusing setiap 30 saat, nak tengok apa orang tu buat.
- Suka main kertas. Telah berjaya makan kertas sebanyak 2 kali.
- Masih berjaga 3-4 kali waktu malam.
- Suka tengok gambar sendiri. Tak kisah lah di cermin, bingkai gambar atau komputer. Nampak diri sendiri, nanti dia sengih-sengih. Contohnya kalau dia tengok header Mai Korner, hahaha..
- Pandai amik hati orang. Kalau dia nak kita main dengan dia, nanti dia akan acah-acah kita, gelak-gelak walau kita tak buat benda kelakar.
- Suka mimik orang. Kalau orang lambai, dia lambai balik.
- Enjoy diurut, hehehe.. Kalau dia tengah menggelupur tak reti duduk diam, cuba urut belakang dia, Confirm terus duduk senyap!
- Dah mula tunjuk preference. Kadang-kadang kita tengah dukung, dia hulur tangan kat bapak. Vice versa. Kalau dah boring dalam Jumperoo, dia akan hulur tangan mintak diangkat. Kalau tak nak makan pulak, dia akan geleng-geleng kepala.
- Alhamdulillah dia suka makan. Especially home made bubur. Naik semangat mak nye nak memasak, hehe..
- Syukur sangat so far dapat breastfeed dia full time. Harapnya dapat sampai dia umur 2 tahun lah.
Ni dia orang umur 7 bulan tu.
On the way ke dapur. Jalan mudah ade, tak nak pakai. Nak jugak merangkak, lepas tu panjat ikut celah meja. Merangkak terus kan senang!
16 comments:
alololo...comey nye cik aiyu posing bawah meja..;-) sekejap je kan our baby nie membesar.. my son pun very the curious one gak.. sama peel cam cik aiyu time nyusu jgn ada bunyi2 sumbang.. papa dia batuk sikit2 je pun dia sibuk nak toleh2 gak..me & hubby panggil dia kepochi..kekeke
comelnya.. sweet palk tuh
Umie,
Itu la, kejap aje diorang besar. Nanti esok-esok tanak mak dia dah, hehehe..
Cik Lily Putih,
Thanks :) Terima kasih juga sudi visit kita :)
oh,sy juga bsyukur baby xpandai geget waktu nenen :)
hepi besday cik aiyu isabella.. ;) harap2 berkekalan budi baik semasa menyusu sampai 2 thn tu.. jgn gigit sudah..huhuu
seronok ya cik aiyu explore bawah meja tu.. baik2 tau main kat situ ;)
bam bamnyer pipi cik aiyu.. rasa nak geget2..
comel!
comel!
selamat berusia 7 bulan, cik Aiyu!
semakin comel dan gebu nampak nye cik aiyu kita...uuhh yeh
alolo cik aiyu...jom main hide n seek bawah meja ngan auntie jom..:)
ehh dia main cak2 pulak yer.. happy 7th month bufday dear aiyu..hugs n kisses fm aunt kaseh..
serious comel giler your baby girl ..................... pas aura baby girl kt kita .... salam perkenalan ..kita dah add ur link to my list ;-)
apa buat bawah meja tuu.. hihi.
geram kan kalau tgh susu, dia bleh tgk org lain kejab. lepas tu sambung susu balik. penat mak~
Nanak,
Kalau dia gigit, aww... tak rela you!
Marina,
Sama-sama la kita doakan, aminnn...
Nur,
Skang ni kami letak kotak tengah rumah. Dia main pondok-pondok pulak, hehe
Mama Dhea,
Jangan gigit, nanti Aiyu balas, hehehe
An15,
Thank you dear. Thnaks sudi visit kita juga :)
Dinas,
Toceh toceh (sempena raya cina, hihi)
Syima,
Berkat makan bubur nasi hari-hari, hihihi
Wahidah,
Haaa.. jangan mula... nanti dia tanak berenti main. Penat awak kang, hehe
Kaseh,
Skang ni Cik Aiyu tengah gila attention... huwwaaaa
Nurul Diana,
Thanks dear :) Waa.. ada planning ke? ;)
Amyz,
Diorang ni ingat minum kat resotan ape. Minum sket, main. Pastu sambung balik!
Post a Comment