Thursday, February 3, 2011

High chair pilihan hati

Akhirnya, yang dicari sudah ku temu.

High chair pilihan hati.

:D

Susah weh nak jumpa, macam nak cari pakwe la pulak. Tapi benda nak pakai lama, kenalah cari yang terbaik. Harga pun bukanlah doploh hinggit, doploh dollar pun tak dapat. Jadi, sebagai pengguna yang bijak, kita kena cari nilai terbaik untuk wang anda.

Inilah high chair yang menjadi pujaan hati beta.


Haaaa... canggih tak???

Boleh lipat-lipat gitu. Letak celah sofa aje. Sesuai untuk rumah kami yang comel saiznya. Nama kerusi makan bayi ni adalah Astro High Chair by Valco Baby. Jangan kau pergi cari di Astro Bukit Jalil pulak. Mengamuk pak guard kang. Yang ni beli dari Albee Baby, hari tu ada 15% diskaun. Sangat berbaloi-baloi.

Selain boleh dilipat, kerusi ni pun ringan. Kalau nak bawak jalan-jalan buat makan kat taman tu, amatlah sesuai. Tapi takde nye aku nak pergi taman sekarang ni kan. Beku free aje kang. Anyway, another feature yang bagus pasal kerusi ini adalah kerana adjustable tray table. Takde la Cik Aiyu kena tunduk ke depan untuk capai makanan. Echeh, macamlah Cik Aiyu dah pandai makan sendiri kan. Boleh tu memang boleh, tapi 10 sudu dia ceduk, 1 aje lah yang masuk mulut kot. Tu pun kalau masuk, hehehe...


Kerusi ni ada dalam warna hitam, cokelat, aqua dan ivory. Kami pilih aqua, baru nampak ceria sikit. Hitam pun nampak kelas dan cantik gitu, tapi takkan nak beli sampai dua high chair kan, hahaha... Melampau, tak sesuai gitu... Seat nya ada 5 point harness, kalau korang nak tinggalkan anak dalam tu kira selamatlah. Sempat la nak pergi amik air dia di dapur tanpa rasa was-was. Tempat letak kaki pun adjustable. Tapi Cik Aiyu ni rendang tak berbuah orangnya, jadi kaki tu belum sampai lagi.


Bukan mak nye aje jakun. Anak pun jakun sama. Selalu duduk kat lantai, kali ni dah naik pangkat.

Senang sikit nak kasi dia makan sekarang. Takde la lari sana sini. Baju kita pun selamat pasal takde lagi kena cium.


Hamik kau. Tersandar kekenyangan. Burrpp... Alhamdulillah...


10 comments:

Nanak said... BALAS

cantik kaler..may fav tu..hadoi..belum jumpa lg baby chair ni..kena teruskan misi bln ni..hoho

Syima Syaz said... BALAS

amboi...rasa mcm selesa sangat je kerusi tu... buat kita duduk sambil ber blog pun sedap!

Dinas Aldi said... BALAS

amboi cantiknya high chair cik Aiyu, memang ceria warna tu. gambor last tu memang nampak cik Aiyu kenyang betul, hahahah!

Kaseh said... BALAS

burppppp!! auntie kaseh pun kekenyangan skang ni.. tapi auntie kaseh tak duduk kt highchair...auntie makan sambil baring waakakaka.. adehh...

kaptenkeirin said... BALAS

wah cik aiyu semakin bertambah2 ayu nya...^^

nur easy said... BALAS

seronoknya dia dpt kerusi baru... tambah selera la nak mkn nti ;)

Umie said... BALAS

wah, nice color.. best ye cik aiyu dpt set meja makan bau kedai?? hehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Nanak,
Aqua + white = Tiffany & Co, hehehe... Good luck, harap jumpa kerusi yang va va boom untuk Fredo!

Syima,
Kalau muat memang dah duduk. Tinggi sikit, tak dapat Aiyu off laptop mak nye lagi

Dinas,
Thanks :) Tersandar terus gambar last tu, hehee

Kaseh,
Hahahahahaha.. kau memang kelas!!!

Hisyam,
Thanks :) Selamat bercuti!

Nur,
Alhamdulillah Cik Aiyu makan ok. Semalam kasi sweet potatoes + avocado, suka dia :)

Umie,
Ehh.. mesti la suka :D

sekamar rindu said... BALAS

salam...

memang cantik...

Madam Sooyaree said... BALAS

Sekamar Rindu,
Terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...