Wednesday, March 9, 2011

Cabutan bertuah

Terima kasih kepada semua yang sudi tinggalkan komen semalam. Tak sangka, ramai pulak yang berminat nak join. Ni yang buat semangat membara terus berusaha untuk buat contest lagi :D.

Upacara cabutan bertuah dimulakan dengan menulis nama para peserta akademi di kertas putih. Sorang dapat satu cabutan aje, kalau nak hantar lebih kena hantar bukti pembelian di Sooyaree's Closet, hahaha :P. Idok le, kita kasi semorang peluang sama rata, k :D.


Nampak tak tapak tangan kecil di belah kiri atas tu. Bila dah nampak kertas, mula la nak datang himpit.

Setelah dipotong dan dilipat, nama para peserta dimasukkan ke dalam mangkuk keramat nak jampi orang. Jangan main-main, Pyrex ni tau, auwwww...


Dengan lafaz Bismillah, Cik Aiyu mula mengocak dan mencabut nama para pemenang.


Tengok tu, habis bersepah kertas di luar mangkuk. Itu namanya dah excited sangat, jumpa banyak kertas kecil.

Cik Aiyu bukan buat cabutan satu persatu, dia angkut segenggam terus. Kertas last yang ada kat tangan dia, aku amik sebagai pemenang. Kena amik cepat-cepat, sebelum masuk mulut.

Soalannya, siapakah mereka yang bertuah tu???



























1st: Cik Nani
2nd: Nurul
3rd: Juliez

TAHNIAH!!!!!

Mana pulak datang 2nd and 3rd tu???

Memandangkan sambutan hangat, kita berbesar hati nak kasi hadiah untuk tempat kedua & ketiga. Hadiah tempat kedua adalah sebotol Victoria's Secret Body Mist, dan tempat ketiga ialah sebotol Bath & Body Works fragrance mist.

Kepada Cik Nani, Nurul & Juliez, sila hubungi kami di hudada@gmail.com k. Hadiah masih di US, jadi kena tunggu dalam masa sebulan untuk sampai.

Kepada semua pengalah *ala Vince masa menang AF1*, insya allah boleh cuba lain kali :)



17 comments:

aikasayang said... BALAS

Wah...Gaya cik aiyu mcm tgh menguli tepung Aja...sekali uli,terus bersepah...hehehe

p/s tahniah kpd pemenang2:)

Nanak said... BALAS

tsk..tsk...tsk....ahahaha..
tahniah kpd pemenang :)

Shue said... BALAS

Aww..tak menang pun tak per lah.
tetap datang singgah nak tgk gambar cik Aiyu! and err..baca celoteh mummy Aiyu jugak :P

mama maman aka yana said... BALAS

hhhaaa... takde rejeki la la... takpe2...[ngah gengam tangan sambil jeling manja ngan cuk aiyu...ooopppsss.. mak dia jelingan lg power arr... takut...] drama daaa.... ;)

nur easy said... BALAS

baik la juri kecik ni. amik segenggam terus..hehe

Erma Azman said... BALAS

tak menang pon takpe..janji dpt tgk gamba aiyu!!gmbar ke-3 tu tangan mcm kaki ketam pegang mangkuk..rase nak gigit2 je!hihihihihi..jgn marah ye mak aiyu!

Anonymous said... BALAS

cumell lil Aiyu.. gewam tgk.. cm nk gigit2 pipi die.. huhu..

tahniah kpd pemenang :)

Juliez said... BALAS

Omg! tak sangka berkat jampi serampah pelawok pelawok pelawokkk tu akhirnya cik aiyu pick jugak kertas aunty.. LOL

Thank you aiyu.. muahs! muahss!

ayang said... BALAS

Caya lah cik aiyu.. ada gaya tersendiri nak cabut undi. Walaupun untie Ayang tak menang.. Untie tetap happy.. hehehehe...
tahniah le kepada pemenang-pemenang tu...

Madam Sooyaree said... BALAS

Aika,
Chef in training. Cukup umur aje kena masuk dapur. Umur 12 tahun, mak nak berehat, hahaha

Nanak,
Next time boleh cuba lagi ;)

Shue,
Kalau nak tengok gambar aje pun ok. Mak dah biasa, huwaaaaaaaaaa

Mama Maman,
Amboi amboi amboi... Cik Aiyu jerit kang... dia ni speaker kuat!

Nur,
Ha ah, dia ingat mak nye ni tokeh balak, hahaha

Venus Freedom,
Kaki ketam, hahahah... takpe, boleh cuba gigit kalau berjaya :D

Anonymous,
Thanks dear :)

Juliez,
Lepas ni boleh cuba pada tauke bank pulak. Untung-untung dapat cash baeekkk punya, hehehe

Ayang,
Thanks dear :) Gaya, mutu, keunggulan, haha

Umie said... BALAS

tahinah3x pd pemenang..;-)

hihi..seriously gaya cik aiyu yg 1st tu mcm tgh uli tepung.."martha stewart" in the making kah? kui3x...

Anis Rafie said... BALAS

sangat telus pemihan spr kali ini.. kahkahkah.. Tahniah kepada pemenang.. :)

Dinas Aldi said... BALAS

tahniah pada pemenang!

tengok gaya cik Aiyu cabut kertas tu macam orang dah besar, profesional gitu, kahkahkah!

stay cute, cik Aiyu!

HimAwaRi said... BALAS

Taniah kepada yg menang~~pasnie mummy cik aiyu kena bt lg la lucky2 draw nie..btl2 mendapat sambutan yg hebat...cik aiyu draw nama, mcm mengadun tepung nk bt roti gamaknye kekeke cute sgt ^_^

Poist-en Ivy said... BALAS

satu post satu nama ka??? hahahah... bersungguh teman nak menang...tak kesampaian...

Unaizah said... BALAS

Tak nak kawan dgn Cik Aiyu....(sambil menjeling and mencebik). Nape tak cabut nama auntie? Tak nak kawan! Tak nak kawan!

AliceKalut said... BALAS

it's ok Cik Aiyu Bella..try again next time ok (pick me pick me!!) hehe :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...