Showing posts with label Blog Contest. Show all posts
Showing posts with label Blog Contest. Show all posts

Saturday, August 18, 2012

Drumroll please….

Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai kami ke Tanah Malaya.



Penat?

Perghh… semalam tido satu hari you! Mak nye pengsan dulu, anak join dalam pukul 6 petang. Bangun untuk berbuka, pastu sambung tido balik. Jam 4 pagi tadi baru anak beranak bangun, hehehe…

So far Cik Aiyu ok lah, takde banyak ragam sangat. Cuma kat airport dia rajin nak ‘walk’ tapi dalam erti kata lain, berlari. She won’t go far, but I feel bad for those people that have to stop walking, so that they won’t run into her. Pastu suka jadi spiderwoman, panjat sana sini. Penat mak nye! Tapi nak buat macam mana kan, nama pun budak. Elok la dia buang tenaga macam tu, dari meluahkan perasaan syahdu waktu dalam kapal terbang. Tak sanggup haku kena jeling jeling paku dengan orang nanti, hehehe..



Anywayyy….

Terima kasih pada semua yang sudi serta GA kita. Wah, meriah gitu! Ramai yang senyap, sudah bersuara, terharu mak tauuu… Ni yang semangat lagi nak buat lenkali.

Untuk tidak melengahkan masa, kita mulakan dengan senarai e-mail para peserta.

A1-tile

196 e-mail semuanya, woot woot! Dengan 4 hadiah yang bakal diberi, maksudnya setiap peserta ada 2 peratus kemenangan. Sungguh slim shady kan peluang itu, jadi kepada siapa yang menang, memang manyak ong wa cakap lu! Smile with tongue out



Pemenang pertama nya ialahhh….
.
.
.
.
.
jeng jeng jenggg…
.
.
.
.
.
.

Sling bag Tommy Hilfiger goes to….
MK 1

Wristlet Liz Claiborne pula…
MK 2

Wristlet Elle in Coral,
MK 3

Wristlet Elle in Pewter,
MK 4

Lucky number 13 you! :D Siapa cakap awak tak bertuah? ;)



Kebanyakan hadiah masih on the way dari US, insya allah kita pos dalam minggu kedua raya k. Bila hadiah dah sampai, nanti kita e-mail semorang.

Thanks again for joining our GA, insya allah kita buat lagi.



Kepada semua warga Mai Korner yang beragama Islam, selamat hari raya diucapkan pada semua. Minta ampun minta maaf jika ada terkasar bahasa selama ni. Kita ni bahasa kasar, tapi hati baik, hahaha… Kepada yang lain, selamat bercuti. Hati-hati di jalan raya k. Biar lambat, asal selamat.

xx
Tuan tanah, Cik Abe & Cik Aiyu

Tuesday, August 14, 2012

Because YOU are awesome! :D

Waduh waduhhh... makasih pada semua yang tinggalkan jejak pada entry GA kita. Tak sangka, ramai silent reader sudah bersuara, hehehe...

Oleh kerana anda semua adalah sangat awesome (atau asam bak kata Eben, colleague ku yang berasal dari Indonesia), kita tambah lagi hadiah, yiihhaaa!!!


Elle wristlet lagi satu!



Namun begitu, talian hayat telah ditutup. Last e-mail yang kami terima adalah pada komen ke-202,

Bloggermelin melinda said...
yahoo....bestnya giveaway..the simplest ever....shioknya...

okay, my email is............

melin3190@gmail.com

harap-harap ada luck untuk dapat salah satu hadiah GA tuu...terbaik dari LADANG MIDLAND you....
August 14, 2012 9:10 PM
Delete


Kepada yang tak sempat, insya allah next time kita buat lagi k.

Cuma next time tuan tanah nak tanya soalan trigonometri sket, ada berani? :P






Because we are awesome! :D

*GA dah tutup.. timasih semua!*


It’s Mai Korner give away y’all!

Sempena bulan baik, hari baik, cuaca baik, mood baik… Mai Korner nak share rezeki yang ada dengan kekawan semua. Hadiah biasa-biasa je lah, harap ada yang sudi menerima.



Syarat penyertaan:

Takde syarat pun, hahaha… Cuma tinggalkan e-mail memasing kat ruang komen, senang nak contact nanti. Kalau rajin boleh Like Sooyaree’s Closet di Facebook, pasal tuan tanah jeles tengok blog lain ada banyak Like, hahaha… Kalau tanak pun takpe, kita tak paksa.

(nota tambahan: kita tak kisah peserta duduk mana, tapi alamat nanti kena pakai alamat Malaysia k)



Hadiah:

1. Sling bag Tommy Hilfiger

2. Wristlet Liz Claiborne

3. Wristlet Elle

Eh hadiah orang pompuan je ke? Hadiah orang lelaki takde ke?

Kot kot ada orang lelaki nak join, boleh aje. Hadiah boleh buat kasi kat mak ke, isteri ke, gelpren ke, teman tapi mesra ke… Boleh la diorang bawak pergi open house gitu.

Undian akan dicabut pada hari Jumaat, 17 Aug. Hadiah kita pos lepas raya k.



Terima kasih kepada mereka yang sudi serta!

Sunday, March 18, 2012

Pemenang FM GA Mai Korner

Dress? 

Checked.

Hair?

Checked.

iPad?

Checked.



Hehhh… perasan nak kasi award sat haaa… Padahal tengah pakai suar pendek ngan t-shirt, rambut macam orang lepas beranak. iPad? Nan hado.



Terima kasih pada semua yang sudi join GA tak seberapa kita. Ahli majlis ada 22 orang, hadiah ada 5. Nak kasi semua, tunggu kena loteri dulu haaaa, hehehe...



Mari kita tengok siapa yang kenaaaa…..

Ahli majlis:-

MK Ahli Majlis



Dan pemenangnya ialahhh……….



DSC04951

MK 1
FM #1: Sabira

MK 2
FM #2: Z!-mYA

MK 3
FM #3: Sari

MK 4
FM #4: Nazayiena

MK 5
FM #5: Miss Scofield (oh Michael Scofield! Smile with tongue out)



Kepada semua pemenang, sudi sudi lah e-mail kita nama penuh & alamat anda di hudada@gmail.com. Nanti kita pos FM direct dari Amerika k, kasi setem lip lap sket, hehehe…

Kepada yang kurang bernasib baik, insya allah boleh cuba lagi lenkali. Esok kami nak ke San Antonio. Plan last menet, makcik & pakcik Cik Abe ada sana jenguk anak diorang, so kami pergi melawat sedara la kekdah nye. Cik Aiyu pulak mungkin bakal melawat bopren buat kali ketiga. Hamboi hamboi hamboi, melampau betul anak haku kan, kalau jadi kami pergi SeaWorld kali ni, selang 3 minggu jumpa bopren. Mak nye time bercinta dulu, jumpa 7 minggu sekali tak tentu, huahahaha…

DSC05052-e

Cik Aiyu dalam dakapan yang tersayang.

DSC05055-e

Saturday, March 10, 2012

Give away Mai Korner

Seperti yang dijanjikan, tettt tettt tettttt!!!!

DSC04951

Hadiah kecil kecilan aje, fridge magnet 5 ketul datang dari San Diego, California. Harap-harap kekawan semua sudi join la ye Smile

Untuk menyertai give away ini, anda perlu menjawab soalan di bawah:-



“Apakah matawang yang digunakan di Burkina Faso?”



Haaaa… jawab jangan tak jawab! Sah sah takde orang nak join GA ni kalau itu le soklan nye, hehehe… Burkina Faso adalah sebuah negara di Afrika, West Africa to be exact. Aku jumpa pun dulu time tengah gila main game world map ape tah kat Facebook. Sejak tu nama Burkina Faso melekat dalam kepala T__T

Anyway, soalan GA kali ini mudah aje. Bukan soalan, tapi mintak cadangan semua, macam mana nak memperbaiki blog ni. Semua jenis cadangan diterima, baik positif atau negatif. Tang negatif tu lagi best sebenarnya, pasal dari situ kita belajar, tak?

Sila tinggalkan segala cadangan di ruang komen, sorang satu je ek. Cara nak pilih tak tentu lagi, either random.org atau tangancikaiyu.org.

Tarikh tutup penyertaan adalah 12 Mar, 12:00pm waktu Malaysia.



Terima kasseeeyyyyyyyyyyyyyyy!!!!

Wednesday, March 9, 2011

Cabutan bertuah

Terima kasih kepada semua yang sudi tinggalkan komen semalam. Tak sangka, ramai pulak yang berminat nak join. Ni yang buat semangat membara terus berusaha untuk buat contest lagi :D.

Upacara cabutan bertuah dimulakan dengan menulis nama para peserta akademi di kertas putih. Sorang dapat satu cabutan aje, kalau nak hantar lebih kena hantar bukti pembelian di Sooyaree's Closet, hahaha :P. Idok le, kita kasi semorang peluang sama rata, k :D.


Nampak tak tapak tangan kecil di belah kiri atas tu. Bila dah nampak kertas, mula la nak datang himpit.

Setelah dipotong dan dilipat, nama para peserta dimasukkan ke dalam mangkuk keramat nak jampi orang. Jangan main-main, Pyrex ni tau, auwwww...


Dengan lafaz Bismillah, Cik Aiyu mula mengocak dan mencabut nama para pemenang.


Tengok tu, habis bersepah kertas di luar mangkuk. Itu namanya dah excited sangat, jumpa banyak kertas kecil.

Cik Aiyu bukan buat cabutan satu persatu, dia angkut segenggam terus. Kertas last yang ada kat tangan dia, aku amik sebagai pemenang. Kena amik cepat-cepat, sebelum masuk mulut.

Soalannya, siapakah mereka yang bertuah tu???



























1st: Cik Nani
2nd: Nurul
3rd: Juliez

TAHNIAH!!!!!

Mana pulak datang 2nd and 3rd tu???

Memandangkan sambutan hangat, kita berbesar hati nak kasi hadiah untuk tempat kedua & ketiga. Hadiah tempat kedua adalah sebotol Victoria's Secret Body Mist, dan tempat ketiga ialah sebotol Bath & Body Works fragrance mist.

Kepada Cik Nani, Nurul & Juliez, sila hubungi kami di hudada@gmail.com k. Hadiah masih di US, jadi kena tunggu dalam masa sebulan untuk sampai.

Kepada semua pengalah *ala Vince masa menang AF1*, insya allah boleh cuba lain kali :)



Tuesday, March 8, 2011

111,111!


Itu dia screen shot yang dinanti-nanti! 111,111!

Tapi.....







Yang dapat nombor bertuah itu adalah Helen. Oopss... camno ni, ahli keluarga boleh ke turut serta? Kalau masuk peraduan kumpul label F&N, selalu diorang tak kasi kan, ahli keluarga dan anggota kerja untuk turut serta.

Waima Helen telah ghairah bagai menang bidding di eBay, dia kata dia tak nak amik hadiah. Dia kata suruh kasi kat orang lain. Sweet kan dia?

:D

Maka, peluang terbuka kembali. Tapi kali ni tak nak amik nombor le, leceh nak menunggu. Mak tak sabar ni, hihihi...

Kali ni kita buka peluang secara rawak. Siapa-siapa yang sudi tinggalkan komen di entry ni, nanti kita draw nama. Ok, nak lagi adil nanti ku suruh Cik Aiyu yang draw. Jangan nama korang jadi mangsa makan dia dah le. Entah apsal tah, suka sangat dia makan kertas dan plastik bag. Hari tu dia telah telan plastik yang kecik. 7 jam kemudian plastik yang tak bersalah ditemui dalam poo poo nya, hahaha..

Hadiah yang bakal diterima adalah Victoria's Secret Refreshing Body Mist Gift Set sumbangan Sooyaree's Closet.


Sesuai untuk awek-awek zaman kini. Kalau lelaki yang dapat, boleh kasi gelpren mahupun bini. Tapi jangan kasi gelpren kalau dah ada bini tau. Aku silambam kau kang.


Tuesday, November 2, 2010

Contest Bayi Nangis

Cuba nasib, hehehe

Selalu nampak peraduan kat blog, tapi tak pernah cuba. Tiba-tiba gatal nak join peraduan anjuran Aku Suka Purple.

Camne nak join?


First time ni, wish us luck! :D


Cik Aiyu Cinderella yang tengah melalak menangis:-

Nama bayi: Aiyu Isabella Shegrud
Nama ibu: Nurulhuda Mat Arif
Tarikh lahir: 29 Jun 2010

Agak-agak boleh menang tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...