Friday, March 18, 2011

When you just have to let your baby cries....

Sometimes, you just have to let them cry.

Even when you are crying inside, hearing them crying for you.

Heart wrenching?

Yessss....

Easy?

Definitely no!


Inilah apa yang terjadi sejak 2-3 malam ni. Kami sudah sepakat, nak ajar Cik Aiyu untuk tido sendiri tanpa kami di sisi. Selama ni memang takde masalah untuk dia tido dalam crib. In fact, Cik Aiyu tido atas katil cuma masa umur dia 6 hari hingga 42 hari. Masa tu Cik Abe takde, dia balik US. Memandangkan Cik Aiyu kerap terjaga tengah malam, dan aku pun tengah jalan tak betul lagi lepas caesarian, maka tido lah dia atas katil. Senang nak kasi susu, tukar lampin. Bila Cik Abe datang balik Malaysia, Cik Aiyu dieksport balik dalam crib. Tido bertiga atas katil memang tak pernah buat lagi.

Anyway, selama ni kami hanya akan letak Cik Aiyu dalam crib lepas dia tertido masa menyusu. Tak pernah lagi letak masa dia jaga. Aku dapat bayangkan, confirm dia menjerit kalau kena letak gitu.

Tapi... kalau tak mula, macam mana nak jadi tak? Kami bercadang nak letak dia dalam bilik sendiri dalam masa beberapa bulan ni. Jadi, sebelum tu kenalah praktis dulu untuk dia tido sendiri.

Macam mana keputusannya???






Korang bayangkan aje lah k. Nak amik video, tak sampai hati.

Kita pakai ilustrasi aje.



Gambaran sebelum:-


Gambaran selepas:-


Masa malam pertama tu, memang aku duk tepi tangga aje. Nak jenguk takleh, nanti dia nampak muka. Memang sedih bila dengar. Rasa bersalah pun ada. Macam backstab anak rasanya. Rasa perut memulas pun ada. Bukan pasal nak berry berry, tapi sedih punya pasal. Tapi kejap aje lah dia nangis, tak sampai 10 minit. Lepas tu senyap. Tapi every now and then, dia ada nangis gak. Pas tu senyap balik.

Malam kedua, Cik Abe yang letak dia tido. Time tu aku dah tertido atas sofa. Mak 2-3 hari ni tak sihat sangat. Tu blog pun lambat nak update. Kalau tak, semangat! :D Cik Abe cakap, dia nangis bunyi macam sedih aje. Tapi dia nangis tak lama lah, 2-3 minit gitu aje.

Aku sedar, bila kami biar dia tido sendiri ni, tido dia lagi lama. Takdelah terjaga setiap jam lagi. At least 2-3 jam. Kami dapat tido lagi aman, dia pun kurang penat. Tapi itulah, waktu baru nak letak dalam crib tu, memang azab! Harap-harap akan berkurang lah nanti.

Korang rasa kejam sangat ke kami ni?


15 comments:

Dinas Aldi said... BALAS

tak kejamlah! sepatutnya memang gitu. kena start jugak. lama2 dia biasa la tu, insyaallah! tabahkan hatimu! chiayok!

Syima Syaz said... BALAS

goodluck aiyu.... =)

Poist-en Ivy said... BALAS

tak kejam.. untuk kebaikan maa.. time time beliau menagis tu, ada bunyi2 motorboat kah macam haritu??

Anonymous said... BALAS

kak dulu pun mcm ni jgk, keraskn je hati,,dlm 2,3 ari ok dah. actually lebih awal asingkan lebih bgus. smua anak2 akak tido asing masa derang umo dlm 6 bulan, slepas strt bg bby mkn. perot dia kenyang, tido pun lama.. gud luck n all the best..

AkaZukii ChaCha said... BALAS

Bagusla hud..ak nk buat gitu..laki tk sampai hati katanya ha amik skg, pun manja amat..kami yg naik susah...teknik omputih mmg npk cruel tp akan ajar anak independent..x mcm melayu..mak bpak ajar jangan kasik ank nangis malam2 xbaik, kang kena smpukla, apa jiran kata lah etc...bagus cik aiyu.. N bagus utk kau berdua, baru rasa vm laki bini, x mcm ak..nk ehem ehem manja pun anal get in the way..:)

AliceKalut said... BALAS

Wah..respect cik aiyu!! :) i pun nak try la nanti..bagus rasanya cara camni..cepat independent kan..mcm Noah mmg tidur sambil bf..celah ketiak malam2..dah nak 6 mth ni kena ubah ni..thx 4 d tips! :)

Mick's Mama said... BALAS

Huda.. Mick has been sleeping on his own since he was 6 weeks old. Sebelum tu, rasa susah jugak nak lepaskan dia tido sorang sorang.. but after that i realise, how well he starts sleeping on his own rather than berkepit ngan kitorang atas katil. Yes, it breaks the heart to hear them cry at first... but you're def doing the right thing! :D way to go baby Aiyu! tak lama lagi lenalah tidur tu. Boleh mummy and daddy tidur panjang :)

Umie said... BALAS

aii takut dia nangis melalak kang bangunkan jiran2x.. dah le kat sini takleh bising2x.. kang x pepasal kena sound je...hehehe.. tp yg sebenanrnya lebih pd x sampai hati tgk dia nangis..kui3x..

dear, aii dah uploaded video muaz lawan menjerit ngan cik aiyu secara maya ittew..heheh

Nota Cikgu Anum said... BALAS

erm..ai mmg x smpai ati. ank kucing pun ai hangkut tdo same :) cpt la cik Aiyu ni independent nti..neway, it's gd for u and cik Aiyu

Mama Kembar Tiga said... BALAS

tak kejam lah... alaa kejap je tu dia nangis nangis camtu. Mama masa nak train si kembar utk fall asleep dlm katil sendiri siap ada marah & cubit cubit manja lagi hehehe... tp skarang sgt senang diorang tido sendiri, abih susu sebotol je dah lena, kdg kdg susu tak sempat abih pun :-)

Chibi Maruko said... BALAS

kalau our godson tidur rumah kami, jam 7 mlm (tak kiralah dia ngantuk atau tidak, itu masa tidurnya) me masukkan dia dalam crib, dia menangis menyanyi, hentak hentak kaki, kami buat tak tau aje, lepas tu senyap tidur, parent baby kata itu cara tidurkan anak dorang, kali pertama baby tidur rumah kami, me siap hendap balik pintu lagi check kalau dia ok sebab nangis, kali ke dua ke 3, pro dah, tahan kebal dah dengar dia nangis hehehe

Unaizah said... BALAS

You've got to do what you've got to do. Bukan kejam...i'm sure she'll understand.

Madam Sooyaree said... BALAS

Dinas,
Thanks dear. Masa dia nangis tu terfikir jugak, kalau2 kita yang kejam kan :(

Syima,
Thanks auntie Syima!

CTM,
Motorboat tu nangis ngada. Nangis betul tak tercapai decibel nya!

Anonymous,
Kak, dia ni still jaga banyak tengah malam, even dah kasi solid. Mungkin pasal saya direct bf, so dia minum takat kenyang aje. Thanks for sharing :)

Aishah,
Aku kalau kat rumah pun, kompem mak aku tak kasi, hihihi.. Tapi sini dinding tebal sket kan, pasal insulation. Lagipun neighbour aku orang tua, pekak dah kot, haha

Alice,
Kalut selalu takde, sesuai sangat la Noah duduk celah ketiak mak dia, hehehe...

Az,
Bilik tak siap lagi, maybe in a month or so baru siap. Mak dia malas nak jalan pun iye gak, hahaha.. Crib dalam bilik sama, senang sket :P

Umie,
Yeay! Semalam I duk tunggu gak kat blog you, takde lagi. Orait, on the way!

Nota Cikgu Anum,
Ikut kita memang tak sampai hati. Tapi bapak nya keras hati, follow aje lah

Mama Kembar 3,
Mintak-mintak kejap aje lah kan mama, seriau ni! Thanks!

Chibi,
Tengah malam Tao jaga tak? Kalau dia tido kul 7 pagi, dia bangun kul berapa?

Chibi Maruko said... BALAS

tao bangun tengah malam, selalu bagi dudu dia (selimut ala ala bantal busuk) lepas tu nyenyak sampai pagi, jam 7 pagi dia celik mata dah, bulat lagi, dan siap nyanyi nyanyi lagi..

lyzaCR7 said... BALAS

Aye pun wat camtu gak ngn anak2 3 orang nie..tido asing since abis pantang..cuma transfer ke bilik sebelah bila dorang dah dapat kaki..(berjalan)umur setahun gitu rasa cam kejam kan..:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...