Thursday, November 3, 2011

Kizsports & Gym

Setelah seminggu membuat aktiviti menternak lemak, akhirnya kami keluar semalam.

Mana tak nye, Cik Aiyu dah menggelupur duduk rumah. Pantang dengar bunyi pintu pagar terkuak, member dah lari dulu ke pintu. Bila orang lain nak keluar, start enjin kereta, member tangkap syahdu. Hehehe.. tu la, time kat US selalu keluar berjimba, kat Malaysia mak nye lemau sket. Bukan ape, driving in PJ/KL makes my blood go upstairs lah I tell you. Macam pagi ni hantar Helen gi keje kat Mid Valley, makan masa lebih sejam. Waddehel???

Anyway, semalam kami pergi ke Kizsports & Gym in Bangsar Village. Sebelum ni ingat ada Gymboree je, nasib baik kami buat e-mail berantai sesama ibu-ibu muda. Cik Puan Hanisah yang cadangkan tempat ni. Harap kat haku, nan hado tau tempat-tempat happening zaman skang.

It’s located on third floor of the new wing. Jangan main-main, The Loaf pun ada kat situ. Tak yah gi Pavillion. Muahaha.. nampak sangat ketinggalan jaman kan. Orang lain agaknye dah siap ter bewok bewok makan roti dari sana, haku baru nak pergi beli.

Cer carik Cik Aiyu.

DSC02889-e

For entry, it’s RM 10 per kid, per day. So sukati nak keluar masuk beberapa kali pun. Kalau nak tinggalkan anak pastu korang gi shopping pun boleh, but then they will charge you on hourly basis. Pastu hanya untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Kalau untuk kanak-kanak tak cukup umur macam Cik Aiyu, sorang orang dewasa kena tunggu sama. Jangan lupa pakaikan anak anda stokin, dengan mak-mak sekali kena pakai stokin tau. Tapi jangan pulak korang gi main slide kat situ, kalau roboh kena ganti, hehehe…

Selain tu ada jugak tunnel yang menarik hati ni. Cuma ianya lebih sesuai untuk kanak-kanak atas 5 tahun, pasal banyak bahagian yang pakai jaring-jaring ala combat tuh. Aku cuba masukkan Cik Aiyu, tapi kaki dia terjerumus sampai lantai daaa…

DSC02893-e

Tunggulah nak, bila besar sikit hokay. Buat masa ni, main hat budak-budak punya dah la.

DSC02892-e

DSC02896-e

DSC02897-e

Dari Kizsports kami pergi lintas jalan makan di Madan Kwan. Sally teringin makan banana fritters, katanye tepung goreng pisang tu lain dari yang lain. Lantak, jom le pergi. Lelagi Sally yang belanja, iolls hangguk kepala je la, hehehe…

Sebelum balik kami singgah di The Loaf, tapau roti untuk mak. Boleh pulak terjumpa Sharifah Amani & family kat situ. Mak bapak dia very friendly, siap borak-borak dengan Sally. Pastu skang aku paham kenapa dia cakap “I sound silly speaking Malay”, pasal family dia memang English oriented. Sampai mak dia cakap dengan nenek dia pun, guna English. Kau ado? Arwah nenek ku yes, no, right, ok pun tak tentu tau lagi, hehehe… Bapak dia nak pegang Cik Aiyu, tapi anak aku pandang tempat lain jual mahal. Rugi la awak ni Aiyu, kalau tak boleh mami hapdet gambar awak dengan keluarge retis tauuuu….

13 comments:

bonda dadif aka akish said... BALAS

mmg nan hado la nenek kuh nak berbase omputeh..ahahahah....

tahnye dak aiyu...kalu dak bleh omak tumpang vangga tau ...snap2 gambo dgn family retis..

=)

Eliss said... BALAS

sonok sakan laa cik aiyu main2 dlm tu :)penah gi jugak kat situ tapi kat lain la, ou dulu.skang dah tutup kot.

cahya indah said... BALAS

rugi la Cik Aiyu. nak retis yang lagi best la tu..hehe

My Life My World said... BALAS

Yer lah Cik Aiyu, kempunan nak tengok gambo retis tu jugak :) Hamboi! Cik Aiyu ni jumpa retis pun buat tak reti kalau yang tak retis tu macam mana lah yer.

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

aiyu!! kalau aunty konot jumpa boleh dukung tak??? :)

Amyz! said... BALAS

Bestkan indoor playground utk kids ni. Tapi budak2 yg tinggal situ while mak ayah dorg gi shopping tu kdg2 main geganas. takoot..

Tapi luas camni. Puas hati cik aiyu main.. hihi.

Unaizah said... BALAS

Alamak mcm mana org jauh US nun sekali keluar berjimba dpt jumpa retis. Tak blh jadi ni!

FaznFaz said... BALAS

wah!!! rm10 jer ker????? murahnya!!! sbb megakids kt midvalley dlm rm28 x salah aku....

camner nak contact ko ni weh????

nazayiena said... BALAS

Amboi jual mahal ya Cik Aiyu bapak retis tu nak pegang,pandang tempat lain.....

Niza said... BALAS

huhu klu x dpt la kita tgk fmly retis ... tapi takpe cik aiyu pun dah jd retis pun... ramai fans..

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Itu la kan, kelasss nenek diorang :P

Elissmie,
OU kita tak singgah lagi kali ni, macam nak pergi pulak esok, hehehe...

Cahya,
Tengah tunggu bang Nuar kot? Hihihihi

Acik,
Dia kalau tak retis ok. Agaknye tak suka glemer kot, hihi

Konot,
Dukung tu macam takleh kot, kecuali kalau auntie Konot nak berjimba, haha

Amyz,
Banyak bibik yang accompany bebudak semalam, mak mak pergi spa kot, hehe.. Itu la pasal, rumah nenek tak banyak tempat nak lari, hihi

Unaizah,
Hahahah.. rogiii!!!

Eila,
Yup, RM 10. Nanti aku email ko no phone mak aku. Aku takde hp

Ina,
Itulah dia, kempunan mak nye, hahaha

Niza,
Muahaha... kombang vontot Cik Aiyu, hihihi...

Wahidah said... BALAS

wah cik aiyu ade fan retis la..:p

Nanak said... BALAS

kat sabah pun ada tempat mcm ni dear tapi tak ingat apa nama dia..kena bayar rm5 n sukahati berapa lama kat situ..Fredo berani juga masuk tunnel yg jaring2 combat tu tapi kesian sbb kaki comel tu asiklah terkeluar..hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...