Monday, April 8, 2013

Broken Aiyu's house

Finally, they are here.

Geng pecah rumah.

Except, for a good cause, hehehe...


Sepatutnya renovation rumah ni bermula masa kitorang kat Malaysia hari tu. Tapi biasa le, delay. Tunggu punya tunggu, barang yang dah di pack masuk kotak, keluar kotak balik. Terbongkok bongkok I cari rempah dalam kotak. Belum lagi cari potato masher bagai. Cik Abe gaya hidup bujang, keluarkan 2 pinggan, 2 cawan gitu aje. Tapi elok gak lah dia packing awal-awal, selamat satu kerja kita, hehehe...

Cadang kami, nak pecahkan dinding yang bercermin dalam bilik mainan Cik Aiyu. Kasi bukak, jadi ala studio apartment gitu lah. Besides that, we want to extend the kitchen, change the floor, and redo the bathroom. Alang alang nak renovate rumah, biar buat sekali tak. Senang kerja. 

Mek Aiyu yang hari ni sekolah, terus terjerit jerit bila balik rumah.

"Oh noooo.. broken Aiyu's house"

Cakap bukan sekali ye kekawan, mahu 20-30 kali dia meratib. Kesian cik kak kita, hilang tempat bermain dan tempat syok sendiri duduk depan cermin, hehehe... 

Diorang buat kerja tadi dalam 5 jam je, tapi tengok la, camne keadaan selepas tu.


We have insulation element in the attic, dan makanya, berdebu debunga cinta la rumah bila diorang kopak siling. Tu belum part nak pecah lantai lagi. Nampaknya selsema tuan tanah takkan baik la gini, hehehe...

Ok lah, esok insya allah update lagi. Sorry slow sikit seminggu ni. Pembawakan budak, hahahaha... Yang betulnya pasal PIL ada kat rumah. Segan pulak asyik nak ber laptop. Esok diorang balik, boleh la ber maharajalela kembali, muahahaha... 

10 comments:

JaSSNaNi said... BALAS

aah.. bila depan fil / mil.. malu la plak asyik pegang phone.. padahal bukan nya sebok apa.. sebok tengok blog dan status fb.. tapi alhamdullillah.. MIL faham.. mmg menantu dia ni spesis pelik sket.. hehehe

Kniedaz said... BALAS

Aiyu ni kelakar je la...tapi bila diorang buat kerja, mesti tak selesa dengan bunyi tung tang tung tang n habuk...

Amyz! said... BALAS

Kesian cik Aiyu takde tempat nak main. Takpela. Nanti kawasan dah luas, blh main puas-puas. Hehe.

Hehe. Patut la tak update. Hihi.

-iLLa- said... BALAS

eh cik aiyu nk jadik kakak ke?tahniah...

Eliss said... BALAS

syoknya renovate rumah. tp hazab masa tengh buat tu jer la kan.

kekunang said... BALAS

akak..selsema guna garlic..saya alu tak berhenti selsema bila spring..saya pakai glasses..saya gantung je garlic tu kat spec..tapi..if akak alah..maka..petua ini tidak boleh diguna pakai.. =p

cik chinta said... BALAS

puhh, dasat skli kopak.

Fifi Nadhrah said... BALAS

hambek.. memang takde rupe rumah da lepas kopak.. aiyu memang cute!~

munie said... BALAS

I kalau keadaan camni mau eczema menjadi-jadi ..azab tak tau nak habaq ...

Madam Sooyaree said... BALAS

Jassnani,
Hahaha... kita ni walau tak pegang phone pun, tetap dianggap pelik, hihihih

Kniedaz,
Memang le, bukan dia aje, kita pun tak selesa, hehe

Amyz,
Bila dah siap nanti, kawasan dia makin kurang kot, hahahaah... Lebih pada mak bapak nye ruang, hahaha

Illa,
Ha ah, insya allah hujung Oct nanti :)

Eliss Mie,
Tu le pasalll.. ngan hazab membayar, hahahaha

Kekunang,
Kita rasa kita ni pasal baby, hihihi.. Thanks for the tips, nanti akak cuba. Kot kot berkesan kan ;)

Cik Chinta,
Tu kopak berhemah, kalau kopak fireplace nanti tak tau la camne, hehe

Fifi,
Ni pun nasib baik dia buat part by part, so adalah ruang yang boleh pakai, hehe

Munie,
Awak eczema ke? Kita nasib baik takde, tapi hidung memang tersumbat saje lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...