Thursday, April 18, 2013

It's 3 am

and I must be lonely.

Hehehe... macam lirik lagu 3 am kumpulan Matchbox 20 je kan.

I dulu rembes gak kat Rob Thomas tu, muahahaha... Rasa hot aje, walau kekadang nampak macam tak betul sket mamat tu. Lama dah tak dengar pasal diorang, tup tup masa gi San Antonio hari tu, diorang ada buat concert. Oooo,, wujud lagi keee.. Mesti banyak lagu baru diorang yang I tak tau.

Anyway, skang ni susah sket nak hapdet blog. Semenjak dua menjak ada room mate kecil ni kan, kita tido pun ikut timing dia. So nak update blog, nak reply email, memang humban ke laut lah jawab nya.

Lelagi Cik Abe asyik takde skang ni, lagi lah pendek langkah mommy, hihihi...


Aktiviti baru kami, mall hopping, muahaha.. Macam la banyak sangat mall kat sini kan. Dah la kecik giler, kalau One Utama tau, dia pakat gelak guling guling kat lantai.

"Ini ko panggil mall?"

Tapi ok la, dari takde. We tried tu do more serious shopping, i.e. appliances shopping, tapi susah sket nak gi tengok barang dengan mek. Nak pergi tengok oven, habis dia pakat bukak semua pintu oven, pastu sorok botol air dia. Satu kerja pulak nak mencari. Pastu jejalan sket, dia sangkut kat lawn mower yang ada kerusi tu. Ingatkan kereta. Suruh mommy beli. Haippp.. sungguh tak sesuai! Belum lagi dia tolong mamat Sears unpack tv. Pening ahkak tauuu...

Ok la, bos kecik dah berbunyi. Later love!

5 comments:

syarqiah75 said... BALAS

heheh..cutenyer cik aiyu..best arr ada room mate cute mutee..heheh..moga happy selalu ...

Kniedaz said... BALAS

Comel jek Aiyu ni

sabira said... BALAS

wahh..rajin mek aiyu tolong mamat Sears unpack tv..hahahahaha..siap main sorok2 botol air..nak gelak2 sabira baca entri ni..

Fifi Nadhrah said... BALAS

room mate yang cute.. susah tau nak cari.. :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Syarqiah,
Thanks dear :) Tak besttt.. pasal room mate tido macam berkungfu!

Kniedaz,
Terima kasih :)

Sabira,
Pening kepala nak survey barang kalau dengan dia tau...

Fifi,
Cute memang cute, tapi tido samseng!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...