Tuesday, May 7, 2013

Oooopsss...

Eh, lupa pulak.

Saya ada blog, hehehe..

Sejak renovate rumah ni, jiwa kacau sket. Dah la banyak habuk, pastu malam lak, kitorang amik nombor giliran tido dengan Cik Aiyu. Malam ni malam kau, malam esok malam aku. Sebabnya, bila dia tido sendiri, dia bangun terpekik terlolong. Dah la Aiyu's broken house kann.. skang ni dah jadi Aiyu's storage room, hehehe... They are working in the living room now, so terpaksa lah bilik cik kak kita jadi pilihan untuk jadi stor sementara. Don't play play, tv & PS3 pun dalam bilik dia tauuu...

Oh mannn.. respect sungguh pada mereka mereka yang tido sekali dengan anak. I am soooo not a 10 pm sleeper, tapi dah tido dengan anak, mak nye jadi sleeping beauty sekali. Takkan nak suruh Cik Aiyu jaga sampai pukul 11 ke 12 malam kan? Ni pun dapat update blog pasal malam ni turn Cik Abe, hehehe.. Dia yang volunteer tadi, pasal dia dah ngantuk. Mak nye masih segar bugar melayan Bubble Worlds, hehe.

Anywayyy.. I am sooo glad that the election is over! Kali ni I tak mengundi. Malaysian embassy sini macam hampeh sket, dah berapa kali submit borang, tak pernah diorang nak reply. Menyampah I... tau la I orang kampung. The last election I was at home, time tu pergi lah undi. Kali ni rasa lega bukan apa, rasa aman sket Facebook dan segala sosial media, hehehe.. Tetiba pulak dapat e-mail dari Anwar Ibrahim, kelasss mak jemah. Sama jugak la bila ada sedara dari Rwanda e-mail, cakap ada harta pusaka kat sana yang bernilai jutaan dollar. Malas haku nak layan tauuu.. Sok sek sok sek post election masih ada, tapi tak sehangat masa nak pilhan raya la kan. Whatever it is, I hope everyone can respect the result, and together we work for better Malaysia. Tak elok gaduh sana sini, bakar sana sini. Instead of looking what the other party is lacking, why don't we look in the mirror, and ask what can we do. And of course, to actually do it.


Kepada yang merindui cik kak kita, dia skang ada idola baru.

Blumoni.

Memula dia cakap "mommy, blumoni!", I adalah sedikit confused. Ehh... apa pulak laaa yang budak ni cakap.

Tapi bila dia duk repeat berulang kali, pastu sambil jari duk tunjuk kat Ariel the Little Mermaid, mak nye pun paham... Ooooo.. mermaid!!!

Sejak balik Disney World hari tu, dia memang obses dengan Little Mermaid.

"Sooo prettyful"

Bila kita ajar dia, merrrr... maiiddddd... Dia ajar kita balik, bluuuu... moooo... niiiii....

Ok, blumoni it is.

Jadi sebagai ibu yang prihatin, I pun cari la DVD Little Mermaid kat eBay. Nasib baik laaa jumpa, $9 je you. 

Sejak dapat DVD semalam, kitorang dah tengok 3 kali, hahahaha...

Lepas ni kalau kitorang fefeeling princess, sorry la k ;)

11 comments:

Nazayiena Ayiena said... BALAS

Ingatkan artis mana blumoni tadi,rupanya mermaid.......
jgn plk lepas nie Cik Aiyu jadi mermaid plk dlm tab,hehehe......klu fefeeling princess xpe coz sesuailah sgt dgn ketomelan cik Aiyu......

ummi_khalish said... BALAS

hihi...ingtkn gwiyomi td....cik aiyu yg santekkkk......kiss dia...:-)

umimiqdad said... BALAS

terubat rindu tgk cik aiyu yg comel ni :)

dela said... BALAS

alahai.. makin cute la cik aiyu ni.. :)

li yana said... BALAS

Pipi makin labuh..gewammm

Mak Wardah said... BALAS

Salam kenal. Akak lebih terpikat pada budak comel tu...

Unaizah said... BALAS

Nape jauh benor Blumoni dgn Little Mermaid or Ariel? Agak-agak apa word yg Cik Aiyu nak sampaikan ye.

Dulu masa kecik-kecik, my youngest brother obses dgn Ariel hihihi.

Anonymous said... BALAS

Boleh tgk semua series 7 princess. Barbie confirm cik kak kita suka

farah said... BALAS

Yeayyy!! Blog updated!! Hehe. Terlepas rindu kat cik Aiyu. Gambo preggy mommy xde plak, we olls pun rindu jgk nk tgk gambo mommy...hehe...padanlah blog x berupdate ye, temankan cik Aiyu tido memalam. Syok betul cik Aiyu tido awal, ikutkan Fatehah ni memalam I tarik rambut cos lately ni mmg lewat ya amat, x cecah pkl 1 tu mata dia segar bugar jek. Wonder apa la babysitter kasik kat rmh dia...hahahaha...
Anyway, cik Aiyu suka blumoni tu nnt ajak mommy gi cari dress Ariel keyyy, baru autentik! Hehehe...

Fifi Nadhrah said... BALAS

blumoni... engatkan gyiyomi.. hihi.. mermaid rupenye..

Anonymous said... BALAS

Salam, amboi Cik Kak kita pipi bertambah tembam U. Macam ada kuih pau kat dalam mulut tu. Rasa nak gigit2 aje. Kak Rina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...