Sunday, September 8, 2013

Weekend project

Akhirnyaaa... I dapat seru you.

Seruan untuk kemas laman belakang rumah, hahaha...

Rumah kalau dah sebulan tinggal, pepaham je la kan. Belum lagi campur hampir 3 minggu kami dah balik ni. Tetiba la pulak, rumput yang dulu hidup segan mati tak mahu, tumbuh tinggi macam lalang. Sakit mata iolls, tapi malas punya pasal, pejam je la. Buat-buat tak nampak, hehe... 

Hari ni, cuaca agak mendung. Tu yang lagi semangat nak berkemas. Dalam pukul 10:30 pagi Cik Aiyu ngan I dah tukar uniform. Bofren tak jaga lagi, malam tadi dia balik lewat. Berbekal dengan sebaldi air sabun dan span basuh pinggan, kami mula menyental.


Antara kenderaan Cik Aiyu yang dicuci.

Sedang kami sibuk menyental, Cik Abe keluar. Terus bini buat proposal, suruh tolong potong rumput. Mesin rumput tu I ok je nak tolak, tapi bateri dia agak berat. Cik Abe letak tinggi kat dalam garage. Dengan keadaan mak buyung skang, kita tak berani nak amik risiko ye puan-puan. Maka jadilah I insan yang lemah, mintak tolong laki buat itu ini, hahahaha...


Gambar selepas.

Puas hati, laman belakang dah cantek sket.


Projek minggu depan. 

Nak kemas kotak tapak semaian. Nampak sangat yang tangan I ni tangan panas. Dalam banyak-banyak tumbuhan yang ditanam, 3 biji cili ni je yang dapat. Yang lain innalillah... Ye laaa.. kalau semorang berjaya bercucuk tanam, sape nak beli sayur kat Albertson's kan? *ayat pujuk hati sendiri*

Cik Abe tanya, cili 3 biji ni nak masak apa? Kena fikir menu special ni, pasal bukan hari-hari dapat petik tanaman kat belakang rumah. Setahun sekali aje, hahaha...


Ni pulak, projek Cik Aiyu. Buat pizza sendiri. Dari menguli sampai menabur cheese, dia buat. Tapi memula tu dough duduk dalam bread maker lah. Bila dah keluar tu baru dia start uli, hehehe... Bangga sungguh dia, siap bertenggek depan oven tunggu pizza masak. Seminit sekali dia suruh kita check kan, cisss...


Hasilnyaaa...

Kata dia sedap. Nak rasa, dia tak kasi. Iye la kot, pasal dalam 6 keping tu, sekeping je dia tak abis. Tu pun dia tanak kasi.

"This is Aiyu's pizza".

Fine.

T___T

11 comments:

Unknown said... BALAS

comelnya aiyu!!

saya pun tangan agak panas.. menanam asyik tak jadi je.. tapi takmo putus asa..hehehe

mama maman aka yana said... BALAS

wah... dah pandai dia msk.. eks.. untung sapa kawin ngan dia nnt.. kiki

Dark @ng3L said... BALAS

kire mmg konfem la formula nak anak makan banyak kene kasik die tolong masak?

sharon m.q. said... BALAS

bijaknya aiyu..kecik2 dah pandai masak sendiri... good job, aiyu!

ezan said... BALAS

Baju aiyu same macam baju my little princess Hannah...eactly the same...ekekekekeke...
tapi Cik kak Hannah tak la seputih Aiyu...mungkin jendul di dahi same tinggi...ekekekekeke

nur easy said... BALAS

Bestnya ada playgrou d sendiri.. pandai dah aiyu masak pizza ya.. meh bg auntie ckt

Unknown said... BALAS

Pandai cik kak Kita masak... Bg untie rase bole?

Unaizah said... BALAS

Impressive! Cik Aiyu dah blh masak sendiri. Blh la Mommy harap utk tolong-tolong bila adik dah ada nanti.

Fifi Nadhrah said... BALAS

hahaha.. yang tak habis pon die tak kasi.. last sekali die makan ke tak yang tak habis tu? aiyu2.. sangt comel.. da pandai buat pizza..

farah said... BALAS

Pandaiinyaa awakk cik Aiyu...best betul kan ada oven ni, boleh main masak2 kann...cik Aiyu kena la bljr share2 okay, lps ni dah ada adik baby...si Fatehah sibuk nak baby pink, so kira consider beli doll pink dah penuhi requirement kot...hahahaha...

Madam Sooyaree said... BALAS

Rai,
Hahaha... semangat itu yang kita mahukan! Tahun depan nak cuba tanam dalam pasu kecik lak, tengok kot2 selamat, hehe

Yana,
Hihihih.. aminnnn... ni kena up sket hantaran ni :P

Dark Angel,
Tatau la confirm ke idok, tapi so far membantu lah dalam kes kita :)

Sharon,
Thanks dear! Dia memang suka sibuk, skang semua benda nak ikut macam mommy

Nur Easy,
Alhamdulillah, sini rumah bertanah murah. Air je yang mahal :(

Quairra,
Boleh aje auntie, meh le datang Texas :)

Unaizah,
So far boleh la diharap tolong2 sket. Sebenarnya dia suka, tapi kekadang nak faham arahan tu yang susah, hahaha

Fifi,
Itu le, kedekut kan, hahaha.. Yang last tu dia tak makan, kita pun time tu dah makan pizza besar, lupa nak rasa yang dia buat

Farah,
Best wehhh... beli la oven, hahaha.. Kitorang memang suka membakar, memang puas hati la ada oven. Hahaha.. boleh la tu, dah separuh jalan penuhi requirement tu kan :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...