Selamat hari raya semua!
Ha ha, dah nak masuk 3 minggu raya, baru nak ucapkan selamat hari raya. Kalau yang puasa jarang jarang tu, dah tak raya la gamaknya *tutup muka malu*
Alhamdulillah, kitorang dah selamat sampai di US. Panjang ceritanya, tatau mana nak mula. So kita buat sinopsis, pastu nak ber #throwback gitu, boleh?
:D
Alkisahnya, lepas raya hari tu, kitorang gi Port Dickson. Atau Port Dickinson bak kata Cik Abe. Sukati dia je nak tambah "in" kan. Pergi bercuti tu best, tapi balik dari situ, Cik Aiyu muntah-muntah.
Bawak jumpa doctor, suspek food poisoning.
Esok tu pulak, abam Aaron lak demam. Tinggi gak, sampai 39 degC you. Kali ni lain sikit, dia dapat pharyngitis. Tekak bengkak gitu. Kesian dia, layu aje. Makan pun tak lalu, nasib baik susu ok. Pastu asyik mengeluh. Waktu kitorang gi jumpa doctor tu hari Jumaat, esok Sabtu tu nak buat aqiqah Aaron dengan Rose.
Tak ke haru tu.
End up masa aqiqah, abam Aaron baring dalam bilik waktu orang marhaban. Nasib baik masa makan-makan tu dia macam dah ok sikit, so ada la jumpa-jumpa orang sikit. Tapi battery tu masih low juga lah. Kesian sangat tengok dia duduk gitu aje, pasal selalu memang dia aktif. Habis segala reben keluar untuk ikat pintu lemari nenek, hehehe...
Memandangkan abam Aaron tak sihat, kami tunda flight sehari. Daddy ngan Aiyu balik dulu. Nasib baik, pasal dia muntah atas katil, lepas hantar daddy ngan Aiyu kat airport. Tapi lepas tu Alhamdulillah, dia dah mula cergas. Duk sengih sengih kat nenek, sambil belajar bye bye kat nenek. Agaknya nak tinggalkan good impression kat nenek le tu, hehehe...
Nak jadi cerita, waktu travel balik ke US, mommy lak demam. Not the whole trip, but it started once we landed in Paris. Oh myyyy... memang tak larat sungguh waktu tu. Satu badan rasa berbisa, pastu sejuk tak tentu pasal. Nak kelubung satu badan pun takleh, pasal nanti cik abam kita sepak balik selimut. Jadi mommy pasrah makan ubat, dan cuba tido mana yang boleh. Nasib baik le cik abam tak banyak ragam sangat. Tapi letih tu toksah cakap la, budak tengah melasak kan.
Sampai je Dallas, iolls jalan pelan pelan. Agak-agak muka waktu tu, kalah zombie kampong pisang. Sekarang ni TSA dah pakai machine for custom clearance, jadi tak perlu tunggu lama. Bag pun selamat, tak perlu scan bagai. Agaknya pegawai kastam kesian tengok acik zombie.
Bila nampak boipren kat arrival hall, terus I pass segalanya kat dia. Phewww... serious tak larat weh. Masuk kereta, terus tido sampai ke Midland, hehehe... Aaron ngan Aiyu pun pengsan, padahal dalam kereta lama gak, dalam 4 ke 5 jam.
Anyhow, sekarang ni I masih tak berapa sihat. Getting better, but still not yet. Aiyu pun demam balik, dapat bladder infection. Doctor syak dapat dari air laut, since her body is not really used to tropical climate. Now she is on 10 days antibiotic course.
Bila badan tak sihat ni satu la kan, makan apa pun tak sedap. Ikutkan hati I, malas sungguh nak makan. Tapi perut I ni, perut kawah. Selalu lah minta di isi. End up makan jugak, cuma takde nafsu. Kalau dah tengok cokelat tu takde nafsu, memang bebetul sakit lah I ni. Mungkin esok kena test power dengan chocolate cheesecake, kot kot I boleh ghairah kembali, hahahaha....
My last supper.
Nasi lemak + kopi susu.
Before everything went downwards.
So everyone, cherish your health k! ;)
7 comments:
Kesiannya awk. Semoga cepat baik semua2. Cik Aiyu tu lagi sampai on antibiotik. Aduhai.
Semoga kembali sihat tuan blog yer... :)
Selamat hari Raya Kak Huda&family...
Maaf Zahir dan Batin...
Semoga cepat sembuh jugak..amin...
Selamat hari raya
sian abam aaron & cik aiyu & mak dorang...hopefully recover dengan pantas & cepat.
Take care ya.
Semoga cepat sembuh ye..
Nasi lemak tu nampak cam sedap je..hehee
Hope everyone's feelin much better. Kesian Aiyu and Abam kecik. Harap the holiday was a blast.
nasi lemak business class MAS memang terbaekkk ...
Post a Comment