Monday, September 8, 2014

Masam manis

 Hangin gua satu badan malam ni.
 
Kalau cerita kartun, dah keluar asap kat lobang idong. Sambil kening dah jadi unibrow, hehehe... Tapi iolls bukan kartun, dan part unibrow tu, minta disimpangkan lah ye, hehehe...
 
Anywayy... sekarang ni, Cik Abe ade kerja baru. Nak jadi cerita, sebelum kitorang balik Malaysia tu, dia ada bincang lah, pasal kerjaya dia. Dia kata kerja sekarang ni macam makin lama makin tak best, dan dia rasa nak buat wireline (kerja lama kitorang) balik. Perks? More moolah. Longer vacation days. Cons? Less time at home. Worse rotation period.
 
Sebagai isteri memahami, I cakap kat dia, sukati dia lah nak kerja lama ke baru, pasal yang kerja nanti, dia. Kang aku suka suka decide kan, dia tak gembira pun tak guna kan? Pasal kitorang bertiga tu toksah risau lah, insya allah ok.
 
Balik je dari Malaysia, kami dapat petunjuk tang tu jugak. Boss dia panggil, offer transfer untuk jadi manager kat San Antonio. Honestly I prefer to be in San Antonio, a bigger and more diverse city. Tapi nak pindah waktu sekarang ni macam lebam sket la. Abam Aaron tengah lasak, pastu kitorang baru renovate rumah. Cik Abe pun tanak masuk ofis, pasal gaji lagi sikit, stress lebih.
 
Jadi dan dan tu jugak, dia berhenti kerja. Kerja tempat baru.
 
Maka bermula lah episode Cik Abe menjadi trainee kembali, hahahahaha...
 
Sejak 2-3 minggu kerja baru ni, dia memang jarang ada di rumah. Nature of job pun, working at odd hours, and for long. Since I was a wireline engineer myself, I pun takde la banyak kisah. Cuma kalau dia nak balik tu, I suruh kasitau awal awal pasal senang nak masak. Ikut pada Cik Aiyu and I, makan nasi ngan telur tomato hari hari pun ok, hahaha...
 
Pendek cerita, hari ni dia balik awal .Tak la awal mana, dalam jam 6:30 pm. Ikut waktu I, kitorang dinner jam 6 petang, pastu by 7 to 7:30 pm bebudak dah masuk tido. Pastu dalam sejam, I akan kemaskan laman. Nak buat siang panas weh!
 
Masa Cik Abe balik tadi, Aaron tengah makan, Aiyu dah ready nak tido. Lepas I tido kan Aaron, I cakap lah, yang Aiyu boleh jaga sampai 7:30 pm ke 8:00 pm gitu. Jangan kasi dia tido lewat, pasal dia dah penat. Siang tadi ada kelas swimming, pastu dia tak tido siang lak tu. I pun seperti biasa, pergi lah projek deko deko pokok kat depan tu.
 
Masuk je rumah, tengok Cik Aiyu tak tido lagi. Dah nak masuk pukul 9 pm baru Cik Abe suruh dia gosok gigi semua. Budak dah penat, mula la buat perangai. Bila I nak masuk campur, dia tak kasi. Masalahnya budak lagi sorang tu tengah tido, dah tak pasal-pasal dia terjaga. Habis chain reaction di situ. Kakak menjerit, adik terjaga. Pastu adik menjerit, kakak takleh tido. Mak? Hangin la satu badan. Tak pasal pasal dah teeet teeettt teeettt mulut gua membebel.
 
Dah bising bising gitu, rasa bersalah pulak bising kat laki, hihihi... Sorry bang. Ikutkan banyak je benda yang elok suami buat kan, tapi biasalah kita, yang tak elok tu gak yang nampak jelas.
 
 
 
Dah cerita benda yang masam, meh cerita benda yang manis.
 
 
Sumpah tak tipu, ini adik bulat bulat, manyak manissss.... 
 
I terpengaruh dengan Bakerella. Sab la ni, cakap pasal pancake muffin dia. Tak pasal pasal iolls mentelaah blog Bakerella tu tauuu...
 
Minggu lepas dah buat, tapi terjadi cake balls pasal salah tengok resipi. Since I am no quitter, minggu ni kena cuba lagi. Nasib baik jadi, hahahaha....
 
 
Semangat giler, siap beli cake pops stand you.
 
 
Memandangkan I tanak gemuk sorang, I kasi kat sekolah Cik Aiyu. Sekolah dia kecik je, dalam 25 orang staff gitu. So sorang dapat satu lah, hihihi... 
 
Untuk Cik Aiyu pun ada, special sikit ;)
 
 
Dipersembahkan, cake pop Zombie Kampung Pisang.
 
Agak-agak nak jual time Halloween laku tak?

9 comments:

irenedahayu said... BALAS

cantikkkk...pandai kak buat...

cydayf said... BALAS

wahh, nampak comel yang cik Aiyu punya tu kak :)

nazayiena said... BALAS

comelnya yg cik Aiyu punya,sayang nak mkn tu.

norashikin said... BALAS

Serious cantik...ok... meh sini kasi i rasa..da terliur tengok ni

~jeet~ said... BALAS

silalah jual waktu halloween, sure meletops :) letak cherry sauce gaya cam darah sikit..hehehe..

Alia said... BALAS

Hahaha comel gila!, ala ala minion pun Ada! Sila la jugak, then nanti I nak order 2 kotak!

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

i paham sgt citer masam. sabo la yek. anggap cik abe nak lepas rindu main dgn bebudak. tapi kalau jadi kat diri sendiri, boleh tahan hangin satu badan. "ohh nak main jek, pas tu yang tanggung susah payah nak tidokan anak ni kang haku jugak!!!"

eh ter emo.. hampun..hikhik

Siti Asiah said... BALAS

konfem laku...nak2 cik Aiyu yg jualkan...;)

Fifi Nadhrah said... BALAS

telan air liur bace entry ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...