Selamat hari raya semua!!!
Macam mana raya memasing, mesti meriah kan. Dah la hari raya jatuh pada hari Ahad di Malaysia, mesti bercuti sakan semorang. Cuma kesian pada mereka yang nak balik Kelantan Sabtu lepas. Sally whatsapp gambar trailer melintang tengah jalan. Nak balik Kelantan tu dah le banyak jalan satu lane je, mesti hanginnnn je mereka mereka dan keluarga mereka yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya itu.
Kitorang kat Amerika ni, hari Sabtu dah raya.
Macam mana raya memasing, mesti meriah kan. Dah la hari raya jatuh pada hari Ahad di Malaysia, mesti bercuti sakan semorang. Cuma kesian pada mereka yang nak balik Kelantan Sabtu lepas. Sally whatsapp gambar trailer melintang tengah jalan. Nak balik Kelantan tu dah le banyak jalan satu lane je, mesti hanginnnn je mereka mereka dan keluarga mereka yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya itu.
Kitorang kat Amerika ni, hari Sabtu dah raya.
Kitorang takde buat apa sangat pun, cuma pergi semayang raya je lah. Nasib baik Cik Abe mula kerja jam 10 pagi, jadi sempat lah dia semayang sekali. Sejak kerja baru ni... hmmmm... entah la, menyampah I tau. Asyik la takde rumah. Kalau balik pun, paling awal jam 6 petang. Jam 7 lebih bebudak dah masuk tido. Memang I full time le jaga anak. Penat haku sesorang. Abam Aaron dah la makin lasak, memang mood tiger mommy I selalu keluar. Sian budak dua orang tu, dapat mak yang bukan penyabar, hihihi...
Satu benda lah yang I puji pasal non Malaysian masjid ni, kebanyakan mereka adalah kid friendly. Anak-anak boleh semayang tepi mak atau bapak, tak perlu ke saf belakang. Jadi kita pun takde la risau anak-anak kecik macam abam Aaron ni kutip sampah ke apa. Waktu semayang diorang berkeliaran pun, semorang redha je. Takde makcik makcik nak jeling jeling paku, jeling nak marahkan aku, hihihih... Bebudak pun rasa seronok je, takde rasa takut-takut. I tak tau lah orang lain macam mana, tapi masa kekecik I rasa macam takut nak pergi masjid. Takut ada benda nanti kita buat salah, pastu kena marah, hahaha...
Tengahari Sabtu tu, kami ke rumah Mba Eni di Odessa. Perjumpaan Malaysian-Indonesian lagi. Ada yang bawa rendang daging, jadi ada lah lauk raya I, hahaha... I yang kekonon baker tak jadi, bawak congo bars with caramel toffee. Oh myyyyy... kalau korang suka congo bars, sila lah letak caramel toffee tu. Memang lemak to the next level you. Sedaappppp! *motip puji diri sendiri?*
Ok lah, I better get going. Esok Cik Aiyu sekolah. Tak best kan, takde cuti kat sini. Kalau tak boleh mommy guling guling satu hari lagi, hihihi... Kepada mereka yang dalam perjalanan hari ini, safe trip!
xx
11 comments:
Eh samalah kita.beraya di rantau.haha.walaupun dok msia kita tak blk kg gak.cuti sat sangat. Eh jap.mcm mana u train anak masuk tdoq awal eh.anak i ya allah selagi tak pukul 12 tak nak tdoq.
FAD
umie pun beraya di perantauan...tp kat malaysia jugak...hehehe...1st time beraya rumah sendiri setelah 4 thn pindah.. sempat gak la solat kat Masjid KLIA yang dekat ngan rumah.. dapat solat sunat aidil adha 2x..hehehe
Alohhhh homel2 dua orang pakai baju salmon pink gituuu...geram sgt tengok nihhh...selamat hari raya aidil adha to u too Nurul, hope tak trlambat :)
kau jgn tak tau.. masa semayang kat masjid few yrs back. balqis elok2 tgh solat sebelah aku (kitorang hujung skali) sekali satu makcik ni elokkk je tarik balqis pegi saf belakang.
terkejut haku. terus stop smayang, tarik balik balqis ke tepi pas tu solat balik buat muka toya!
Bestkan dapat Solat raya...I pun sejak baby kecik bawa (di Malaysia )..first time dia umur 7 months.letak sebelah...orang angkat takbir je dia nangis sampai Salam..lps tuh ada gak Yg jeling...I senyum je...then skali tuh biar dia duduk tempat kita sujud...bila nak sujud alih skit...kalu dia start gerak...tarik je....second year...export kat ayah dia ;)
Alhamdulillah dapat solat...ingat tak nak pergi dah since tak der orang nak jaga....but my husband encouraged me to bring the baby along....non Malay rasanya dah biasa dengan bising budak2 time solat kat masjid especially bahagian pompuan...cam nursery
Comelnya abam Aaron pakai baju melayu teluk belanga pulak tu. Feeling org johor laks. Hihihi.
Kakak Aiyu pon ayu. :D
Dulu2 pegi masjid memang takut, sebab makcik2 suka jeling2 bila terlebih gurau dgn adik2.
Nanti nak try gak bawak anak2 gi masjid, tapi tunggu adik Alim beso sikit la.. ;-)
comel aiyu dengan aaron.. selamat hari raya kak..
encem abam aaron...
best jugak tgk orang beraya diperantauan.
tapi kalau jadi kat diri sendiri (eventho raya aji je) mau melalak sepanjang hari hew hew hew
Eh tapi kat sini orang2 biiasa jugak bawak baby semayang terawih... Budak2 lain pun suka siap gilir2 jaga... Hehehe tp takdr experience bawak aisya.. Takut dia main air kat longkang
comey comey....
FAD,
You tido sekali ke dengan anak? Macam I, anak2 tido asing. So pukul 7 camtu memang diorang dah kena get ready masuk bilik :)
Umie,
Alhamdulillah... lawa lah masjid KLIA tu, tapi kita takde rezeki nak singgah. ASyik rushing je kalau lalu situ, tak menyempat nak balik, hihihih
Farah,
Thanks dear, tu baju dari aqiqah hari tu. Tahun depan balik Malaysia, kutip lagi, hahahaha
Liana,
Laaa... berani sungguh makcik tu tarik Balqis. Elok budak diam, kalau jenis yang takut, terus menjerit. Pastu kang dia gak komplen kata budak bising kan T__T
Bulan,
Alhamdulillah you dapat solat :) I kat Malaysia memang tak berani sangat nak bawa baby, especially area my mom's house ramai senior citizen. Diorang kalau budak2 ni diorang tak berapa suka, even yang dah 5-6 tahun camtu. I nak biar memang tak berani, lelagi zaman sekarang ni kan. Masjid pun kekadang jadi benda tak elok. So memang selalu miss je la :(
Amyz,
Thanks laling! Nak pakai baju melayu biasa, tengkuk takde susah, hahahaha... Awak pun rasa takut gitu eh? Kita memang tak berani nak pergi, kecuali kat sini baru ok, hihihi
Fifi,
Thanks dear, selamat hari raya pada sis sekeluarga juga!
Aisah,
Hihihhi... kita memang dah duduk sini, so nak nanges tiap tiap tahun mau kena makan pelempang, hahahaha
Syima,
Best nya kat rumah awak, rumah mak kita tu orang macam strict sikit. Pastu suka ngadu antara makcik makcik, takottttt
Makcik Anak 3,
Terima kasih :)
Post a Comment