Wednesday, August 31, 2011

One Four

Thank you Allah, she is 14 months already :)

Oh well, it was on Monday, but close enough ;)

Setelah 1 lb daging, setin santan, 50gm kerisik, 5 ketul kuih lopes bersatu padu di dalam perutku, hari ini kami kembali seperti biasa.

Ehh... orang second day raya mesti tengah sibuk pergi sana sini kan. Takpe, kalau kat Malaysia pun mungkin skang ni aku tengah duduk depan tv, layan siaran Aidilfitri. Tapi ramai kata tahun ni banyak rancangan tak best, betul ke?

Anyway, pagi tadi Cik Aiyu ada kelas swimming. Skang ni makin galak dia, tak sempat counting dia dah terjun dulu. Kalau tak dulu, dia selalu macam teragak-agak nak terjun. Lepas terjun, sengih-sengih macam kerang busuk. Gembira la tu.

Dan hasilnya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tak sempat sampai rumah, dah kong. Aku tukar diaper, biar dia tido atas changing mat. Tak kuasa nak letak dalam crib, dengan badan penuh klorin. Sat gi aku gak kena basuh cadar dia kang, hehehe...



Setelah 2 jam kemudian, dia sedar diri. Best kan anak gi kelas swimming, tido siang dengan kadar terlampau!


Ini latest port Cik Aiyu. Atas batu-bata dekat fireplace tu. Mementang dah tinggi sket, kemain kau memanjat. Selain suka skodeng bebudak sekolah kat belakang, dia suka baca buku gak kat sini. Menari pun dia bantai gak. Kekadang bila tengok, aku imagine dia tengah menari atas stage Akademi Fantasia, hahaha.. 

Nak tulis perkembangan lain budak 14 bulan ni, macam takde aje. I mean takde benda baru terjadi, mostly it's developing stage. Seperti dia skang ni dah boleh panjat slide sampai atas. Pastu kekadang pasang gear reverse, pasal nak turun sambil duduk (selalu dia turun slide, perut kat bawah). Cinta terhadap buku, masih sampai ke dalam perut. Habit suka kunyah semua benda itu masih ada, tah bila nak hilang. Nak kata teething, gigi 16 batang dah besar gabak. 



Korang ada tak yang ada anak habit gini? Bila ek diorang berhenti mengunyah sana sini?

Tuesday, August 30, 2011

Di hari raya, terkenang daku pada si dia....

*ucapan hari raya melekat pakai gam gajah*

*untuk gossip terkini, sila scroll ke bawah*



How did you celebrate your raya?

Selamat hari raya semua! (kecuali orang Ostolia, hehehe)

Hewah hewah... korang ni melampau tau. Haku bukak FB malam tadi, tengok memasing dah upload gambar raya bersama keluarga terchenta. Ramai yang sedondon lak tu. Lagi best semua upload gambar sebelum jam 12 tengahari, very the pantas. Terima kasih kepada teknologi zaman skang, tidak perlu lagi mencuci gambar, letak dalam sampul surat, dan pos pada keluarga terdekat. Koman koman mau seminggu lepas raya baru sampai. Tu pun kalau posmen tak cuti lama.

Teknologi juga membantu kami yang jauh beraya bersama keluarga di Malaysia.


Tengok tu, anakku ber Skype dengan sepupu dan mokcik pokcik nye. Meriah betul, macam-macam aksi dan bunyi keluar di skrin, nak attract attention Aiyu punya pasal. Sempena raya ni, 2 round kami Skyping. Malam tadi dah ada conference, sempena pagi raya di Malaysia. Pagi ni video conference lagi. 

Walau kami di US, nak jugak lah terasa hari raya kan. 

Sebagai contoh, menu raya kenalah ada. Gigih aku masak rendang daging semalam, nasib baik jadi. Tu yang kena upload, hahaha...


Kak Tek tak puas hati, mana aku dapat kerisik. Baru tipon ucap selamat hari raya, maaf zahir batin, dia tuduh haku pakai rendang instant. Ehh kak, see the leg la hokay :P Ini semua patut terima kasih pada Melissa & Imran, pasal diorang la yang gigih provide kerisik, nasik impit masa datang berbuka hari tu. Harap kat aku, mana la nak ingat beli tu semua. Kata dah bajet nak balik Malaysia time raya kan. 

Kad raya gantung-gantung pun ada tau.....


Cuma yang ni tak yah gantung, boleh berdiri you! Ini pulak terima kasih pada CTM, hantar kad raya kat kami. Thanks laling, me likey! Letak tepi tv lagi, supaya boleh tengok selalu, hehehe...

Cik kak kita seperti biasa, lepas tengok tv sedas dua, mula dengan aktiviti membaca. Alaa... sini bukan ada rancangan Sampaikan Aidilfitri pun. Sah sah pepagi tengok kartun aje.


Tapi lelama tu tengok dia makin tak keruan. What happened la dey?


Rupa-rupanya member nak kaki. Cabut kain baju kurung baru gembira sikit. Kain kurung ni agak panjang, walau baju sendat di perut. Aku bajet tukang jahit ni anaknye ala-ala Gisele Bundchen, pasal kain Cik Aiyu kena tarik sampai bawah ketiak, baru ok. Nak alter, mak nye kelas jahitan fail. Takat butang tercabut tu reti le, tapi kalau dah part nak pendekkan kain, wa surrender.


Lepas tercabut kain, baru la selesa nak buat aktiviti kannn...


Toksah cakap anak, mak nye pun sama. Skang ni pun tinggal baju kurung aje, kain kurung wa campak tepi. 



Oh, sebelum terlupa...

Selamat menyambut hari kemerdekaan dari kami sekeluarga dan Kimora Lee Simmons!

Ehhh... apa kes? Kimora?


Yup, it's true! :D





Sunday, August 28, 2011

Tenaga buruh percuma sempena hari raya

Wah wah wah... orang kat Malaysia mesti tengah sibuk kan. Ada yang tengah lap perabot, ada yang tengah potong bawang, ada yang kena isi beras dalam ketupat, ada jugak yang kena pergi Giant pasal kacang pis dah habis... Time time gini dulu Jaja selalu demam, hahaha.. *peace Jaja :P* Tapi skang tidak lagi, dia adalah ibu beranak tiga yang handal memasak. 

Waktu muda mudi dulu, aku selalu kena jadi runner. Pergi beli apa yang tak cukup. Tukang kacau lauk atas dapur pun ok la. Tapi jangan suruh aku mop lantai ke lap perabot ke, memang aku alergik sket. Nasib baik Sally suka department tu. Itulah best nye ada 6 orang adik beradik, semua ada part memasing.

Tapi tahun ni, camno? Tinggal berdua je ni yeop. Akulah kuli, akulah mudir. 

Eh, iye ke aku jadi kuli hari ni???

?

?

?

Oh tidak, hari ini aku dapat tenaga buruh percuma.


Muka macam kena paksa aje, hehehe... Nampaknya minat melipat kain jatuh ke anak.


Skang ni pantang kain keluar dryer, mesti dia terjah. Pastu kain yang aku dah lipat pun dia terjah sama.

T__T

Selepas penat melipat kain, aku kasi dia layan DVD yang Farah kasi. Lagu-lagu dalam tu best, tapi takleh main kat PS3 kitorang. Format lain kekdah nye. Nasib baik kat laptop pass. Eh, dah kata beli laptop kat Malaysia, ada yang aku serang Sony kalau takleh main DVD Malaysia.


Cer teka, apakah gerangan berwarna hijau yang Cik Aiyu sedang makan itu???


Jeng jeng jeng....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kuih lopes!

Tak sangka, anakku suka makan pulut. Banyak gak dia makan tadi.


Santek tak kuih lopes kita? Nama resipi lopes ni, lopes perantau. Memang iye la tu, resipi pakai microwave. Takyah gigih beli kukus, atau pergi cari daun pisang. Sedap jugak rasanya. Walau tak la sesedap mak punya, tapi kira ok la. Kalau dah sedap taraf boleh jual, kompem haku buat berniaga kat Amerika.

Oh, seperti yang dijanjikan, kuih raya #2 dan #3 ku.



Biskut Arab.


Chocolate chip cookies rangup.


Tak tau nak buat lagi ke tak biskut, pasal kompem yang makan nye aku sorang. Elok-elok berat dah turun, kang naik double. Nehi!


Sambil ku duk kunyah biskut raya dan menikmati aroma Nescafe, cer teka, mana cik kak kita???

?

?

?

Ooppss... ada orang tu buat overtime. Sebelum tido pun sempat lagi kemas rumah.


 Syabbas Cik Aiyu. Tak sia-sia mak training.

Saturday, August 27, 2011

Mojo jojo

Terima kasih pada teknologi terkini, kita tidak lagi terasa begitu jauh dari rumah.

Hoih, tipu la tu. Terasa tu memang lah terasa, tapi orang kata, dapat la mengubat hati yang sepi. Echehhh... sepi ke? :P Cik Aiyu baru tido, skang ni mak nye tengah layan Hot FM. Dengar lagu raya, hehehe... Padahal kalau kat Malaysia, takde la ku layan sangat radio. Tapi orang kata, kalau tak dapat tengok tuan punya badan, tengok bumbung rumah jadi lah kan. Kira skang ni kalau tak dapat balik Malaysia, dengar radio Malaysia jadi lah, hihihi...


Hari ni dah lengkap 3 jenis kuih raya ku buat. Selain German cookies, aku buat biskut Arab ngan choc chip cookies rangup. Ingatkan nak buat London almond memula. Baru la international gitu kan, German, Arab and London. Tapi mojo jojo nak buat biskut celup-celup tu belum sampai lagi. Lagipun cup yang ada kat sini besar sket dari yang selalu ku beli, pastu warna putih lak tu. London almond kena pakai cup hitam, hehehe.. Kalau cup putih rasa macam Arsenal almond kot?

Anyway.. mesti ramai dah balik kampung kan? Bawak kete elok-elok tau. Kalau mengantuk, mintak co pilot lempang sedas dua, hehe.. Lately aku pun selalu mengantuk beruk pepagi. Selalu jam 1 ke 2 pagi baru nak tido, pastu Cik Aiyu bangun kul 7 pagi setiap hari. Antara pukul 7 ke 11 pagi tu, aku selalu tido tido ayam. Hangin cik kak kita tu, tengah bebel bebel, tengok mak nye dah sampai. Selalu dia tarik tangan, kalau agak-agak tak sedar diri lagi, dia tarik rambut terus.

Semalam aku bawak la dia pergi padang belakang ni. Kesian member meroyan, seminggu tak pergi padang. Tapi bebudak sekolah kan, pastu petang ada football practice. Semalam takde orang kat padang, aku lepaskan la dia main kejar-kejar dengan bebayang dia.


Awal-awal tu terkawal sket, dia duk baca buku aje. Feeling feeling kat Central Park le tu. Padahal padang kontang.



Tapi dah kata bebudak. Pasti yang menjadi pojaan adalah pasirrr...





Petang tadi dia bikin projek. Masa tu aku tengah amik gambar beg dalam bilik. Memula dengar suara dia, pas tu senyap aje. Bila dah lama senyap sangat mula la mak bersangka buruk. Ku bukak pintu, jumpa Cik Aiyu tengah lap lantai pakai wet wipes dia. Usaha lap lantai itu ku beri A+, tapi tang wipes yang bersepah tu.. mak kasi C. Malam sikit bila aku kemas lantai, jumpa selonggok wet wipes yang dah tak wet la kan tersorok tepi coffee table. T__T

Rogi USD3 mak!


Thursday, August 25, 2011

Pesanan Cik Aiyu buat mereka yang berpuasa...




"Aku boleh makan siang, kau boleh ke?"
(dengan nada bajet seksi)




Agak-agak, apa la yang dimakan sampai terteleng kepala tu? Nak kata tengkuk ayam, selalu aku buang aje waktu siang ayam. Tongkeng ayam pun aku buang, tapi aku syak ada jugak yang terlepas pada Cik Aiyu, pasal mulut dia pot pet 24 jam. Cuma dalam bahasa dia lah, mak nye tak paham. Selalu aku iye kan aje. "Iye ke??" Itu antara feveret phrase aku pada Cik Aiyu, hehe... Kekonon layan borak la, tapi sepatah haram dia cakap aku tak paham.

Faktor teleng hari ini, adalah tiny pasta with Swiss cheese, spinach and corn. Hari ni takde standing ovation, cuma teleng ovation. Yang penting, anakku suka. Mak nye pun suka sama, tak sia-sia gigih pergi beli Swiss cheese semalam. Apparently Swiss cheese has a slightly sweet taste that appeals to babies, kata Annabel Karmel. Haku pun layan kan je la.


Selain masak untuk Cik Aiyu, hari ni aku buat kuih raya. Haaa.. jangan marah, kita pun nak raya! Korang mesti dah 12 jenis kuih kat rumah kan? Kalau malas nak buat, kan ada kuih di hujung jari anda, hehehe.. Hari ni aku buat German cookies. Patut pakai potato starch, tapi dah 4 kedai pergi tak jumpa, wa surrender pakai tapioca starch. Kuih tu macam keras sikit waktu uli, merekah pun iye jugak. Tapi yang penting, faktor cair di dalam mulut itu tetap ada. Plus factor, tak manis sangat. Aku pening sket kalau kuih raya memanis ni. Cik Aiyu pun suka, 2 ketul dia makan tadi.


Balang kuih raya $3.50 haku. Tak main la Pyrex, pasal tak ade, hahahaha... Beli semalam kat Hobby Lobby, rege lepas 50% discount. I like!

Masa aku sibuk gentel kuih, ada benda duk gentel kaki aku. Eh, anak kucing kah?


Sanggup tu, tarik sofa parking bawah meja. Tapi takpe la, asal dia tak kacau aku sudah. Takat nak guling-guling bawah meja, mak terima nak.


Wednesday, August 24, 2011

Hobby lobby and couscous

Orang selalu kata, don't do your grocery shopping on empty stomach.

Yang orang lupa nak kasitau adalah, kalau perut lapar, elok jangan keluar langsung.

Bila boring duduk rumah sensorang, mula la kan aku cari pasal, tengok apa yang takde. Alasan le tu, nak keluar membeli belah. Nak beli baju ngan kasut semua, rasa macam tak patut pulak. Bukan aku kerja pun nak pakai baju baru setiap hari. Jadi minat membeli belah haruslah ditukar pada perhiasan rumah dan bahan makanan di dapur. Hehehe.. dasar pompuan, suka sangat perabih beras kannn...

Lagipun bila kita duduk tempat baru, kenalah tau apa yang ada di sini. Termasuk la kedai-kedai berhampiran rumah anda. Seperti kedai yang kami pergi tadi, Hobby Lobby.


Best jugak la kedai ni, macam-macam ada. Apa hobi anda? Crafting? Boleh cari gunting fancy schmancy di sini. Baking? Segala macam acu Wilton ada. Painting? Quilting?? Gardening??? Semua boleh!


Pendek kata, kedai buat perabih duit. Lenkali Cik Abe ada, memang akan ku tinggalkan Cik Aiyu dengan dia, nak tawaf lagi. Tadi tak puas. Takut pulak nak test the water, takut Cik Aiyu bingit duduk lelama dalam kedai.


Untuk Cik Aiyu yang minat membaca, pun ada bahan bacaan yang dijual. Tak sempat balik rumah, dia duk pulun dalam kereta.


Bila petang sikit, ada member tu dah resah duduk dalam rumah. Asyik la dia merenung pintu, tengok luar. Skang ni kan sekolah dah mula, kekadang dengar la bunyi budak-budak kat padang belakang ni. Cik Aiyu dengan perasaan curious, selalu skodeng diorang. Tapi takde hasil, dah kata belakang ada pagar.


Muka orang tak puas hati, duk mundar mandir dalam rumah.


Memandangkan hari ni mood rajin sket, aku pun bawak le dia keluar. Hoih, tak cukup tanah dia berlari. Catch me if you can kekdah nye. Ada bebudak tengah practise American football kat padang, dia selamba nak join. Sedar la diri, awak tu katek lagi.


Menu Cik Aiyu hari ini:-

Couscous ayam, sayur zucchini dan tomato. First time aku masak couscous. Ingatkan susah, rupanya senang aje. Lagi senang dari masak nasi, hahahaha...


Tuan pemakan kasi standing ovation.


Nasihat pada semua, kalau nak kasi anak makan couscous, kasi masa korang tengah picnic k. Naik juling bijik mata aku tadi sapu lantai.

Tuesday, August 23, 2011

Stop!

Traffic light di depan.



Asalnya jeles tengok aiskrim Cik Maddy kita cantik. Selama ni duk buat Aiyu punya pakai jus epal aje kan. Nak buat perisa Milo kang, takut habis kat mak, anak tak sempat merasa, hehe..

Nasib baik perasaan jeles tu tak berpanjangan. Sibuk sana sini, terlupa kejap. Sampailah masa beli buku SuperFoods tu. Dalam buku tu ada la pulak memacam jenis desserts for babies and toddlers. Mak yang berpuasa, tak dapat menahan rasa perut yang bergelora.

Ahh.. harus dibikin jua!

Godek-godek peti sejuk, tengok strawberry dah di hujung nyawa. Jangan tak tau, rumah ni bekalan buah mengalahkan bekalan daging. Cik kak kita sorang tu suka sangat makan buah. Cik Abe pun suka jugak. Cuma mak nye tak mendapat syafaat lagi. Asyik yang dicari hanyalah coklat, coklat dan coklat. Pastu gemok bising. Ntah pape kan aku ni. T__T

Anywayyy... resipi aiskrim ni senang aje. Yang 3 warna tu adalah strawberry-peach-kiwi puree. For each layer, tambah honey sikit, untuk kasi hilang rasa masam buah tu. Hamik kau, aiskrim kesihatan ni. Rasanya makan sebatang, dah cukup vitamin C untuk sehari. Takyah gi cucuk sana sini. :D

Aweks dan makanan kesihatannya.





Lupa pulak, sebenarnya resipi ni suruh tapis layer strawberry dan kiwi tu. Tanak bijik-bijik buah tu termasuk sekali. Tapi oleh kerana faktor malas menunggu, aku tak tapis. Sudahnya Cik Aiyu gigih korek biji kiwi di lapisan bawah. Macam strawberry, bijik dia tak nampak sangat kan. Tapi kiwi nye hitam. Sudah dikopek-kopek, dia sandar tangan kat rumput. Pastu pegang aiskrim balik. Tak pasal-pasal makan rumput. Kesihatan sungguh anak aku kan. T__T


Menu hari ini:-

Meatballs + carrots & peas + baked french fries.

Cara pemakanan:-

Habiskan carrots & peas dahulu. Kemudian gigit hujung-hujung fries. Setiap fries gigit sekali sahaja. Susunkan di hujung meja makan. Gigit meatballs 2-3 kali, dan campakkan ke lantai.

T__T

Monday, August 22, 2011

Posto posto! Alfredo!

Yeay, hari ni dapat hadiah lagi!

Best kan duduk obersi, rajin orang hantar barang kat kita, hehehe.. Terasa diri dihargai pulak, hahaha.. Rasa seronok tu tahap melampau kalau dapar parcel dari obersi. Ala, macam dedulu, bila dapat parcel dari US, excited kemain. Skang ni terbalik pulak dah kan.


Terima kasih orang Malaysia! Semangat diorang nak belikan Cik Aiyu baju kurung. Siap mintak ukuran badan lagi. Nak tau potongan badan anakku camne? 

Eh, toksah cerita la. Malu dia nanti. Yang pasti pinggang ngan dada 18 inci. Takde potongan langsung, hahaha...


Baju raya untuk mak nye pun ada. Merah sungguh mak ngah! Tapi iolls mak teh, aci kah? Baju untuk Cik Abe takde, pasal kompem dia takkan pakai. Selalu kat Malaysia, dia buat pakai waktu semayang raya aje. Pastu tukar. Masa sanding dulu pun, dia cabut samping dan tengkolok awal. Tak dan nak buat aksi majalah mangga atas pelamin. T__T


Yang ni birthday card untuk Cik Aiyu. Arissa, eja nama Aiyu salah lah. Isabella ada satu 's' aje tau. Kena tolak duit raya ni, hehehe.. 

Kad besday I pun ada tau.. besar lagi gitu. Selain tu, family hantar aksesori rambut untuk Aiyu. Tidak dilupakan, bendera Malaysia. Boleh tampal kat laman belakang ni. Kang tampal laman depan, takut Cik Abe kata over. Dah la hari tu aku suruh turunkan bendera US yang ada kat depan tu, la ni nak tampal bendera Malaysia. Haruslah kena sound nanti kan, hahaha....


Malaysia Boleh!


Oh, memandangkan skang ni tengah semangat memasak untuk anak kan, haruslah eksyen gambar makanan. Kalau jadi haku upload, kalau takde gambar tu, pepaham la kan... 

Nanak, malam ni kita dinner fettucini alfredo. Tengok tu, nama Fredo jugak yang kita sebut tau, hahaha...


Tak tau ngape, tiba-tiba hari ni teringat fettucini alfredo. Walhal semalam dah makan spaghetti. Nak kata teringat boipren Itali, tak pernah pulak aku dating dengan orang Itali. Adakah nanti bakal mendapat menantu dari sana???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...