Sunday, July 31, 2011

Penemuan terbaru: Durian boleh mengurangkan kedut di muka

Assalamualaikum semua.

Tak jawab dosa, jawab gatal :D

Hehehe.. sempena bulan baik ni, eloklah kita mulakan dengan memberi salam, iye tak? Kawan-kawan semua puasa tak? Kitorang kat Amerika ni tengah makan malam. Tapi makanan nye macam kat Malaysia gak, nasi goreng cendawan. Nak upload gambar kang, buat tambah dosa aje kan. Jadi kitorang simpan dalam perut aje lah.

Anyway, siang tadi aku gi Ulta. Ulta ni ala-ala Sephora gitu le, kedai kecantikan kekdah nya. Bukan apa, Proactiv yang aku pakai selama ni dah habis. Pastu dah tak Pro Aktif sangat, lebih kepada Pesimis Pemalas. Macam takde kesan aje kat muka. Dah lama gak hajat hati nak tukar produk, tapi kalau nak pergi kedai-kedai gitu dengan Cik Aiyu, aku seriau sikit. Dia cepat boring. Tak boleh nak belek lama. Kang kalau salah beli, jiwa dan muka sendiri yang merana.

Tadi Cik Abe tak keje, jadi aku tinggalkan le Cik Aiyu dengan dia kejap. Sampai kedai, ramai pulak manusia dalam tu. Selalu tengok lengang aje. Pasal hari Ahad kot. Sales assistant semua busy, jadi aku pun pusing la aisle by aisle, tengok apa yang ada.

Yang bikin gua terkejut, adalah produk ni.

Apakah????

Tak pernah pulak aku tau, durian ni boleh mengurangkan kedut di muka. 

Memula tu aku bersangka baik, mungkin Durian tu nama doktor kot. Tau tau aje lah Mat Salleh ni, nama kekadang memang takleh blah. Tak yah tengok jauh, nama anak pompuan Beckham dah cukup. Harper Seven Beckham. Kalau sekolah kat Malaysia, mesti dah besar kena ejek, tah ape ape tah Hape.... Nasib baik dia duduk Amerika, jadi aku je lah yang ejek dia nanti.

Oleh kerana tak puas hati, aku pun pusing tengok bahan-bahan untuk krim muka tu.


Sohehhh!!!

Durio Zibethinus! Dan dan aje kan aku tau nama saintifik durian, hehehe... Takpe, kasi chan le aku nak perasan pandai sat.

Jadi kekawan, kalau terasa muka tu dah mula ada kedut-kedut, sila cari durio zibethinus di tepi jalan terdekat di rumah anda. Skang ni kan musim duri zibethinus, apa lagi, bedal lah semungkin boleh. Mana tau nanti muka boleh tegang macam isteri Abang Mahathir. Agaknya sebab tu orang Asia awet muda kot kan, pasal kita makan durio zibethinus!


Contoh orang Asia yang berkulit tegang.



Kepada semua pembaca Mai Korner yang beragama Islam, selamat menyambut bulan puasa yang mulia. Semoga bulan ini kita akan mendapat lebih keberkatan dari-Nya. Insya allah :)




Friday, July 29, 2011

Going up and down the slide, Aiyu's style

Orang panjat tangga, turun slide.

Tapi Cik Aiyu.....


Mula-mula aku pelik gak, mazhab mana lah yang dia ikut ni. Panjat ikut slide, turun pun ikut slide. Tapi bila Cik Abe nampak anak buat gitu, dia pun "oohhh.. I used to do the same, whoever can climb the fastest will win"

T__T

Mazhab Amerika jugak yang diikut.

Patut karpet ABC tu letak bawah slide, sebagai shock absorber tambahan. ABC kebenda nye, jadi A1ZDL ade lah. Bak kata Nanak, elok simpan aje lah. Esok-esok bila dah matured sket, baru kita keluarkan balik ok. 


Oh ya, hari ni Cik Aiyu 13 bulan. Kalau dulu rajin kira setiap bulan, tengok progres macam mana. Dah umur setahun ni, tunggu 2 tahun esok lah, hahahaha...

Happy 13 month old my dear baby!



Thursday, July 28, 2011

Finally....

27 Julai 2011.

Hari itu dalam sejarah.

Cik Aiyu tido sendiri.

Dalam biliknya.


Dan...

Hari itu juga berlaku satu lagi sejarah.

Mak nye dapat tido dari malam ke pagi!

Syabbas betti!!!

Anakku dah besar, dah tido sendiri dalam bilik sendiri.

Honestly, aku macam sedih malam tadi. Tapi itulah kan, makin dibiar, nanti makin susah nak asing bilik. Nanti bila dah cerai susu ni tak tau la sedih camne pulak. Mesti lagi syahdu.

Tapi, Cik Aiyu tido malam je ok. Skang ni tido siang pulak dia banyak songeh. Tamau tido atas crib. Macam siang tadi aku letak, siap nangis-nangis sampai berhingus. Dia ni jarang nak ada hingus, sekali dah ada tu, kira nangis betul la.

Lantak kamu lah, tido la atas sofa Jalan Bijan tu.


Asal mak nye dapat sejam waktu siang untuk kemas rumah, mak gembira nak oi.



Wednesday, July 27, 2011

Learn to swim

Ingat lagi tak, sneak preview hari tu?

Sebenarnya, gambar masa sneak preview tu adalah masa kitorang kat Frisco hari tu. First time Cik Aiyu terjun kolam renang. Kalau ikutkan, memang lah dia suka main air, tapi bebudak ni kekadang bila dah masuk swimming pool, takut pulak.

Tapi, bukan Cik Aiyu.

Awal-awal tu dia macam teragak-agak sket nak masuk, tapi sekali dah berendam.. terus member tersengih-sengih. Tambah pulak bila Cik Abe jadi dolphin, lagi lah besar gelaknye cik kak kita sorang tu.

Jadi, bila dah balik rumah, kitorang masukkan dia dalam kelas renang.

Learn To Swim.

Sebelum ni Cik Abe cakap, kalau nak masukkan dia dalam kelas renang, biar tunggu umur dia 4-5 tahun gitu. Pasal umur skang ni, apa sangat yang dia paham kan. Tapi ala bang, kita belajar geli-geli aje. Kasi dia seronok main air udah le.

Kelas swimming Cik Aiyu ni adalah di community pool kami. Dua kali seminggu, USD31 untuk 2 minggu. Satu kelas 30 minit. Kira halal lah kan. Yang pasti, lepas balik swimming mesti ada orang tu tido siang sejam lebih. Yang tu yang lebih berharga sebenarnya, hahahaha....


Dah 3 kali pergi kelas, hari ni baru Cik Abe dapat ikut. Sebelum ni busy kijo. Apa lagi, haruslah dilantik sebagai paparazzi tak berjaya, hehehe...


Kelas ni simple aje sebenarnya, macam senamrobik kekdah nye. Senaman berkumpulan. Ada adegan pusing-pusingkan bayi anda, gerak ke kiri dan ke kanan, gerakan tangan dan kaki, celup-celup ala dolphin dan sebagainya. Mula-mula tu aku cam cuak gak nak celup Cik Aiyu ke dalam air sepenuhnya, tapi bila tengok semua mak-mak buat, aku pun follow sekali. Awalnya dia nampak terkejut, tapi nasib baik tak menangis. 


Ahkak pink yang gumbira.


Ada banyak lagi gambar, tapi semua kena censored hokay. Tengok dua keping ni dah, cukup.

Bila dah lap-lap badan, ada orang tu selalu lari balik ke arah kolam. 


Amacam, ada nampak macam Laila Ali tak Cik Aiyu?


Laila Ali muncung sedepa. Selalu lepas kelas kalau aku kasi dia biskut & air, dia gumbira. Tapi hari ni muncung aje. Nasib baik kelas 5 minit dari rumah.


Cesss.. rupanya ada orang tu mengantuk. Lepas susu sedas, terus zzzzzzzz.....



Tuesday, July 26, 2011

Apa salahku???

Malam tadi, pukul 1.30 pagi aku tido. 

Bukannya chatting ke gapo, tapi kemas rumah. Dah lama tak kemas rumah bebetul, tiba-tiba malam tadi dapat ilham lak. Cik Abe pun takde, keluar kerja dari Subuh, jadi takde lah orang nak bising suruh tido. Dia jenis yang rela tengok rumah bersepah dari tengok bini muka cencorot sambil mengemas. Auwww... sungguh suwit laki mak itu kann..

Antara yang mendapat kesan terhebat bila dikemas, adalah bilik mainan Cik Aiyu. Biasalah, bilik dia ni yang kena godek lebih-lebih sikit. Dah kata cik kak kita tu semua pun masuk mulut, jadi kalau boleh, tanak la dia makan cheese basi ke ape. Sakit perut kang, aku jugak yang susah.


Tengok, kemas aje kan.

:D

*motif puji hasil tangan sendiri?*



Tapi, tengahari tadi, dah rupa gini.



Apa salahku?????????



Banyak-banyak mainan, karpet ABC jugak jadi pilihan.

Stress aku sesorang tau. Kalau tau, malam tadi aku tido kul sablas. 


Muka culprit kita ini hari, sebelum pergi Victoria's Secret beli body mist segedabak. Selalu aku kena jeling-jeling paku dengan cashier kat situ, pasal mengosongkan rak body mist diorang. Pedulik! :P


Oh ya, Cik Aiyu berjaya lagi malam tadi. Alhamdulillah, dah 3 malam dia berjaya tido tanpa bangun nak menyusu. Ok, tipu. Dia ada bangun, tapi mak nye tak kasi susu. So kira tido straight jugak la tu kan? :P

Kepada yang confuse sudah, apa yang aku cuba nak train Cik Aiyu adalah, untuk tido sepanjang malam. Sebelum ni dia selalu terjaga, aku kasi susu. Sekarang ni nak latih supaya dia tido terus.

Macam mana nak buat?

Selalu Cik Aiyu tido dalam pukul 10 malam gitu. Sebelum tido, aku akan menyusukan dia. Agak-agak dia dah kenyang, letak dalam crib. Make sure time letak tu, dia masih sedar, bukan dah pengsan.

So kekadang dia akan guling-guling tido sendiri, kekadang dia akan melalak mintak keluar. Aku akan cakap good night, esok main lagi, pastu terus keluar. Biarkan dia menangis. Selalu tak lama, dalam seminit dua aje. Lepas tu dia akan tertido dah. Tapi masa first time buat gini, memang haru biru. Senak perut aku. Lebih 10 minit dia nangis. Time tu rasa nak angkat aje dia dari crib, tapi kalau angkat, memang dia takkan belajar. So kena keras hati sikit lah.

Bila dia terjaga tengah malam, dia akan merengek atau menangis. Cik Aiyu ni aku kira dah boleh cam jenis nangis dia. Kalau takat dia menangis biasa, biarkan aje. Kalau menangis tu macam bunyi takut ke, pergi check, tengok kot kot ade benda tak kena. Tapi biarkan dia dalam crib, jangan angkat keluar. Selalu nangis tu pun tak panjang, nanti dia tido sendiri. Pediatrician dia kata, berapa lama anak ko akan menangis adalah bergantung kepada betapa degilnya dia. So anakku ni tak le degil sangat, hehehe.. Aminnn....

Hope it helps for those who were asking about it. I am no professional, just sharing my experience k :)


Monday, July 25, 2011

Mari makan nasi + telor goreng RM 15!

Orang selalu cakap, kalau takde duit, makan aje lah nasi dengan telor.

Erkk.. Nampaknya pepatah itu tidak sesuai di sini ye.

Hari tu masa di Frisco, kami makanlah di sebuah restoran Thai ni. Mak tekak Melayu, haruslah nak nasi selang beberapa hari kan. Tak lalu den hari-hari makan french fries kekdahnya.

Dah kata restoran Thai, semua benda haruslah pedas belaka. Aku order green curry, Cik Abe order ape dah lupa. Memandangkan Cik Aiyu skang dah tak berapa nak makan makanan baby, kitorang pun order kan lah dia telor goreng. Waitress tu tanya, nak telor goreng dengan nasi putih ke. Kitorang pun kata orait aje.

Bila meal sampai, mak bapak makan dengan tahap buruk lantak. Memang sedap green curry diorang. Ke memang kalau cuti-cuti, selalu makan rasa sedap aje. Kalau pergi dua tiga kali, mesti rasa tak best dah kan.

Anyway, Cik Aiyu sebelum ni aku tak pernah kasi lagi makan nasi putih gitu aje. Selalu kalau nasi, aku buat bubur, letak ikan ngan sayur. Kalau tak, dia tak berapa nak makan ikan sangat. Habis tu sat gi kalau berat badan tak naik, sape yang risau? Aku jugakkk.. Kalau biskut-biskut tu memang dia suka, cepat aje dia kunyah. Lelagi Honey Graham tu, makan serupa orang tua yang makan. Sedar-sedar dah takde!

Masa makan nasi + telor goreng tu, kitorang baru sedar, Cik Aiyu suka makan nasi putih rupanya. Tapi telor goreng dia tak layan sangat, geli kot pasal ada minyak-minyak. Anak I ni anak kesihatan, benda minyak-minyak dia tak suka. Cokelat ngan aiskrim pun dia tak layan. Kitorang kasi, nanti dia buat muka geli.

Bila dah selesai makan hari tu, Cik Abe pun mintak le bil. Bila sampai bil tu, dia gelak sesorang. Aku tanya le, apa yang kelakar sangat. Rupanya...

"you know, they charge $5 for this egg & rice"

Hahaha.. memang mencekik darah punya kedai! Tambah lagi $2 boleh dapat tom yam, apakah??? Itu namanya mengambil kesempatan kan... Bukan ada sayur pun dalam telur tu, telur semata.

Anyway, hari ni aku repeat paper, kasi Cik Aiyu makan meal yang berharga $5. USD 5 x 3.05 = RM 15.25.

makan haruslah pakai dua tangan kan, baru cepat sket


nasi kepal

burpp... alhamdulillah...

Cuma kali ni, rege $0.50 aje, hehehe....

Kepada Kak Azian, terimalah gambar kek buat kali kedua. Tak pasal-pasal kena repeat paper, makan kek lagi sekali (eh eh.. salahkan orang le pulak kan :P)


Kalau tak clear gak, kak tau la apa yang nak dibeli buat besday saya.

DSLR sebijik ye kak.

:D



Sunday, July 24, 2011

Kejadian malam pertama

Ahh.. sudahh...

Apa yang korang pikir haaa?

Chait, ini bukan pasal buku Permata Yang Hilang.

T__T

Ini pasal kejadian malam pertama Cik Aiyu tido tanpa menyusu tengah malam.

Macam aku cakap hari tu, pediatrician Cik Aiyu cakap, sebab penyebab cik kak kita terjaga LIMA kali tengah malam adalah bukan pasal dia lapar, tapi pasal dia tak reti nak tido sendiri. Lima ye, acik tak tipu. Skang korang tau, mana hilang beauty I. Diserap anak sendiri gitu, hehehe..

Pediatrician Cik Aiyu kata, semorang memang terjaga tengah malam, cuma antara kita sedar atau tak sedar aje. Memang iye la tu. Cik Abe kekadang ada gak terjaga tengah malam bila Cik Aiyu bangun menyusu. Ada waktu siap tanya soalan lagi. Pas tu esok pagi dia tanya aku, Cik Aiyu ada terjaga tak.

T__T

Nasib baik takde sebut nama pompuan lain time terjaga tu.

Malam tadi kitorang mulakan malam pertama eksperimen kami. Malam sebelum tu macam kesian pulak, member baru kena cucuk kan. Kasi lebih kasih sayang sikit lah. Malam terakhir sebelum ibu bapa bertindak kejam, muahahaha...

Memang berdebar-debar hati malam tadi. Yang tak elok nya, aku ngan Cik Abe dua-dua tido atas sofa, hahahaha... Crib Cik Aiyu still dalam bilik kitorang lagi sejak pindah hari tu. Kitorang bincang, rasa elok tunggu dia tido nyenyak sepanjang malam sebelum alih dia ke bilik sendiri. At least kalau dia rasa takut, kurang sket rasa tu kalau dia kurang terjaga kan. Lagipun bilik dia jauh dari bilik kitorang. Kang kalau 5 kali aku nak ulang alik gi bilik dia, ada yang surrender tido atas lantai kang. Kenapa kitorang tak tido je dalam bilik yang sama? Pasal aku ada baca, elok tido bilik asing pasal kekadang bila kita gerak-gerak tarik selimut ke, tukar posisi ke, bunyi tu boleh buat bayi terjaga jugak. Jadi sebagai langkah selamat, ke sofa la kami landing.

Mula-mula masa letak dia tido tu, dia nangis sket dalam seminit. Ok, cantek. Mak bapak terus sambung tengok DVD. Pas tu dalam jam 1 pagi tu, dia ada merengek sket. Kitorang biar lagi. Lepas 3 minit gitu, senyap balik. Dalam pukul 3 ke 4 pagi dia ada terjaga gak, tapi kejap aje bunyi pas tu sepi. Lepas-lepas tu kalau ada dia terjaga, mak nye tak sedar, hehehe...

Pagi tadi jam 7.45 pagi dia dah jaga. Memang waktu bangun dia. Alhamdulillah, dia bangun good mood, dan aku pun terus kasi susu. Lepas tu seperti biasa, aktiviti menonton sang boipren Cik Elmo di tv sambil menari-menari bila dengar lagu.

Malam kang kita tengok camne pulak. Harap-harap dalam seminggu ni semua berjalan lancar lah kan. Kalau tak, makin lama la mak bapak kau bertapa di sofa Cik Aiyu oi!




Ooohhh.. kepada mereka yang bertanya apa yang Cik Abe kasi untuk besday I....


Ni haaa... kek eskrem sebijik.

Hadiah yilek. Takpelah, kek pun kek la. Hadiah takyah tunggu besday pun boleh mintak kan, hehehe.. 


Jemput makan kekawan...




Friday, July 22, 2011

Hari jadi siapakah hari ini?

Pengumuman.. pengumuman....

Maka dengan ini, adalah diisytiharkan bahawa hari jadi puan punya blog jatuh pada 23 Julai, waktu Malaysia dan waktu Amerika. 

Kepada mereka yang selalu lupa pada tarikh dan waktu, sila lihat penjuru kanan bahagian bawah screen memasing. 

Wah wah, hari ni lah 23 Julai!!!

Alhamdulillah, panjang umur ku untuk menyambut hari jadi ke 18 buat julung kalinya. :D

Sorang lagi yang aku tau besday hari ni, adalah Najib Tun Razak.

Haaa.. amik kau, orang-orang terpilih je lahir 23 Julai ni tau, hehehe..

Kalau ikut kalendar Islam, besday iolls adalah 1 Syawal

Amacam, ada berani mau lawan??? Spesel kan ahkakkk....

:8D <------ gambar kembang lobang idong. kembang bahagian bawah tak boleh dilukis, nanti kena tukar blog jadi 18SX pulak.

Anyway, siang tadi kami pergi 1 year check up Cik Aiyu. Member nak masuk 13 bulan dah, baru nak buat check up kan. Nak buat camne, pediatrician sini hot stuff. Lebih 10 klinik aku call, satu aje yang nak terima new patient. Yang lain semua sombong bonar terus reject. Mak aih, boleh pulak kan. Skang aku tau dah la nak suruh Aiyu belajar apa dah besar nanti. Jadi pediatrician k yang. Boleh mak ayah duduk rumah kutip hasil aje bulan-bulan.

Bila kecek-kecek dengan doktor, dia cakap semua ok. Lega hati mak bapak dengar. Risau jugak kan, kot kot ada apa yang tak kena. Cuma tang terjaga tengah malam tu le yang kureng. Doktor kata kalau dah baya Aiyu ni. terjaga tengah malam bukan pasal dia lapar, tapi pasal dia tak reti nak tido sendiri balik. Jadi dia kata kena tahan telinga sikit seminggu ni, lepas tu insya allah dia boleh tido sepanjang malam. Ok, tipu la kan doktor tu cakap insya allah, tapi sikit lebey kurang le ayat dia. 

Selain daripada sembang-sembang, Cik Aiyu juga mendapat 3 gigitan asmara daripada mek misi. Satu untuk HIB, satu untuk Hepatitis A, satu untuk Pneumococcal. Sini jadual berkala diorang lain sket. Tapi kalau nak gi sekolah kat sini, kena ikut jadual diorang. Cam BCG diorang tak kasi kat baby waktu lahir. Jenuh aku nak explain kat semorang, kenapa bahu kiri cik kak kita ada tanda.



Awek setia menunggu doktor yang lambat tiba.



Muka sebelum dicucuk dengan 3 jarum.


Muka selepas: Tiada. 

Mak nye tak sanggup nak amik gambar, auwww!

Kami plan nak mula biar Cik Aiyu tido tanpa menyusu tengah malam esok. Malam ni kasi manja-manja sket, member baru kena cucuk kan. Nasib baik tak panjang sendu nya waktu kena cucuk tadi. Melalak itu sudah pasti, tapi bila dukung, nyanyi lagu ABC sket, sampai huruf W dia dah berenti nangis. Lepas tu dalam kereta terus pengsan, Balik pun happy aje, takde pulak dia menangis tak pasal. Sebelum tido tadi pun siap buat bunyi kentut kat peha aku. Suka tul dia skang ni tau, tiup perut la, peha la, buat bunyi kentut, proootttt... Cik Abe le suka buat kat perut Cik Aiyu, skang anak dah ngikut. 

Wish us luck untuk cubaan tido tanpa susu tengah malam. Kalau nak wish happy birthday pun, ok gak. Eh, hehehe... (dasar tak tau malu :P)


Thursday, July 21, 2011

Video Thursday waktu Amerika - Eksesais muka

Yeay, kami sudah kembali ke Midland! Alhamdulillah, lega sangat rasa hati. Bukan apa, jantung ku berdebar lebey kalau travel 2 orang dengan Cik Aiyu ni. Nak kata dia banyak hal tu tak jugak, tapi mana lah tau kan...

Yang pasti, waktu dalam kereta cik kak kita sorang tu memang suka test suara soprano dia. Bukanlah setiap masa, tapi ada waktu dia menjerit tu... auwww!!! Rasa nak pitam jap mak nye. Tapi tengah driving, mana boleh pitam, ye tak?

Semalam masa di Lubbock, aku bikin sesi terjah blogger Malaysia di Amerika lagi. Kuang kuang kuang... semangat Malaysia Boleh! Kali ni jumpa orang utara Midland pulak, Cik Puan Melissa dari Lubbock. Lubbock ni aku syak orang Kedah yang kasi nama, asal nama Luboq. Tapi nak kasi glemer sket, dia eja lah Lubbock. Alaaaa, macam bebudak zaman skang, Ampang jadi Ampunk. Barulah jiwa muda mudi kann... Terasa hip hop dekat di hati kejap. Ya auw auw!

Tapi kali ni aku tak terjah rumah orang lagi le. Pasal kali ni betul-betul last menet punya kerja. Jadi kami telah dating 4 orang di Joe's Crab Shack. Memandangkan Cik Lissa kita very the shy shy cat, tiada gambar semasa kejadian yang boleh disiarkan. Gambar lobster ade lah, itu pun gambar aku amik khas nak mms Cik Abe. Kasi dia jeles sket, pasal hari tu masa gi Frisco hajat nak ke Joe's Crab Shack tak kesampaian. Saje aje bikin panas, hehehe...

Lepas dinner hajat hati nak tawaf bandar Lubbock, tapi baru pusing-pusing sket Cik Aiyu dah mula mengantuk. Terpaksa lah cancel, patah balik hotel. Terima kasih Lissa & Imran, sudi entertain kami berdua. Mesti Cik Aiyu uolls enjoy pasal ada je mangsa nak mendukung dia, hehehe...

Balik bilik, cik kak kita tak jadi pulak le nak tido. Dia nak eksesais kejap.

Eksesais muka. 


Nah, amik video seketul.


Kepada mereka di rumah, boleh cuba eksesais ini untuk kurangkan kesan penuaan pada muka. Anda akan kelihatan seperti bayi setahun I tell you!



Wednesday, July 20, 2011

Sneak preview - Posing majalah Mangga


Amacam, ada berani???

Sekarang ni aku ngan Cik Aiyu di Lubbock, agak-agak 2 jam dari Midland. Kami 2 orang aje, Cik Abe keje. Nasib keje kuli, on call mengalahkan doktor. Esok pepagi aku kena pergi menghadap kerajaan Amerika untuk cap jari. Lahabau taik kobau, cap jari yang diorang amik Disember 2010 boleh pulak hilang la kan. Makin lambat la nampak bayang kad hijau. Skang ni usahkan kad hijau, kad merah, kad kuning, semua yilek! Visa pun dah mampuih, jadi pelarian Rohingya aku di sini.

Jadi pada mereka-mereka yang komen semalam, sorry tak dapat reply. Mama san busy sedikit melayan anak yang ligat lari atas katil. Orang suruh lari atas lantai tamau pulak. Esok insya allah kita balas nota-nota cinta hokay...

See you!



Tuesday, July 19, 2011

Stonebriar Centre Mall

Sambung lagi cerita jalan-jalan Frisco. 

Perghh... macam pergi Ostolia aje kan gaya bercerita. Semua nak gebang. Oh well, what to do. Sabar aje lah kekawan, k ;)

Esok pagi tu awal-awal kami dah ronda, nak cari breakfast. Tapi bertuah punya kedai-kedai di Frisco,nak dekat pukul 10 pagi pun tak bukak lagi. Nasib baik ada Google Map di telefon, godek godek jumpa la Stonebriar Centre Mall. Diorang bukak jam 10 pagi, jadi memang cantek sangat le tu. 

Kami masuk ikut entrance Dillard's. Keluar aje dari kedai, ternampak tempat budak-budak main. Banyak mak-mak yang dah parking stroller, tunggu anak main sesama. Aku pun terus cadang kat Cik Abe, moh le kita beli kopi, pas tu kasi Cik Aiyu main. Kesian dia, tak senang duduk bila langkah dah tak panjang. Asyik terikat kat carseat ngan stroller adalah amat tidak bermakna bagi bayi yang baru boleh berjalan.


Cik Aiyu pun gumbira. Nasib baik kau dapat mak yang memahami nak oi.



Kesian anak aku terperuk celah anak mat salleh. Nasib baik takde kecederaan sepanjang masa bermain.


Cik Aiyu duk asyik nak memanjat slide. Salah mazhab anakku ni, orang turun le ikut slide. Terpaksa diselamatkan kekadang, kasi peluang budak-budak lain nak turun.


Salah satu yang aku gumbira bila pergi mall, adalah bila nursing room nye amat nyaman. Siap ada pilihan, nak rocking chair, atau kerusi biasa. 


Changing dresser pun ado.


Sudah kasi anak makan, mak pulak la nak makan kan. Aku dah booking tempat dengan Cik Abe, sejak ternampak signboard Cheesecake Factory masa nak parking tadi. Kalau-kalau korang datang Amerika, haruslah pergi ke kedai ini. Kek dia, I tell youuu... Secret Recipe pun menangis! 


Nampaknya ramai mak-mak yang datang. Siap parking stroller tu yang gua tak tahan. Tapi kami eksyen, bawak stroller Cik Aiyu gi meja. Bukan apa, masa masuk tu dia tengah tido. Takkan nak pangku pulak, tak sesueeiiii....


Cik Abe cakap, mana tak ramai mak-mak. Kalau dah kata kedai tu jual "death by chocolate" product, haruslah yang masuk tu pompuan saje.

Eleh, kalau kita beli, dia jugak yang makan :P


Kat US ni kalau gi kedai makan, selalu diorang kasi bread & butter while waiting. Takdelah rasa nak naik angin kalau-kalau waiter lambat. Yang tak eloknya, kekadang bila makanan sampai, kita dah kenyang makan roti, hehehe...

Yang sweet nye, kedai ni siap kasi roti & pisang untuk Cik Aiyu. Very baby friendly kan.


Bila makanan sampai, mak bapak buruk lantak terus lupa nak snap gambar, hehehehe....

Tapi serious, kalau korang datang sini, cari tau Cheesecake Factory. Highly recommended!




Monday, July 18, 2011

Sesi terjah rumah blogger Malaysia di Amerika

Tarik napasss....

Hembus napasss.....

*sambil buat aksi yoga bermeditasi jap*

Penat.



Haaa.. skang ni baru le pree sket. Pree ape nye, takat tutup mata tengok rumah bersepah. Tapi takpe, blog punya pasal, I rela you, hihihi...

Sebenarnya, hari tu kami pergi cuti-cuti Amerika di Frisco, Texas. Bukan Dallas. Sukati aje kan tembak.

Frisco is about 30 minutes north of Dallas. Yang penting, Ikea di situ, hihihi... Dah kata hajat hati adalah untuk shopping perabot, haruslah duduk dekat dengan kedai kan. Bukan Midland takde kedai perabot, tapi masya allahh.. ente tak berkenan. Sini banyak perabot yang sesuai untuk banglo 6 bilik, ala-ala rumah Kak Pah gitu. Jenis kayu tinggi, siap berukir lagi. Kang habuk celah-celah ukir tu siapa yang nak lap??? Hakuuu jugak.... Rege toksah cerita lah, nasib baik injap jantung aku kuat. Kalau tak, dah lama kena hantar spital. Ade ke patut, meja makan 6 kerusi rege USD 1,500++? Cuba kali dengan 3.05, tak ke RM 4,500 ++? Nampak gaya, haruslah beli pinggan bersalut emas lepas ni, baru setaraf dengan meja makan Made in Thailand ni ha.

Anyway, hari Khamis lepas kami bertolak jam 12 tengah hari. Dalam pukul 7 malam baru sampai Frisco. Patut 5 jam aje, tapi biasalah, Cik Aiyu kedondong tu banyak ragam dalam kereta. Awal-awal ok, tapi bila time dia dah boring, dengar lah rintihan hati dia. DVD player lak tah mana haku campak hari tu, terpaksa la mak nye pulak yang jadi DVD. Kejap menyanyi, kejap main sorok-sorok. Kesian Cik Abe kena tahan telinga bernanah dengar bini karaoke sama anak.

Sampai aje Frisco, terus check in bilik.


Bilik boleh nampak swimming pool. Sesuai untuk acara skodeng orang secara berjemaah.


Seperti biasa, kalau sampai aje hotel, aku mesti check bilik air dulu. Kalau hotel best mana pun, bilik air so so, aku kureng. Yang ni pass. Air pun laju aje, boleh feeling feeling time mandi.


Cik Aiyu lak check katil. Main campak-campak dengan bapak.


Lepas membuang apa yang patut, kami terus terjah rumah Kak Tek. Janji pukul 7, tapi biasalah, tak Melayu kalau punctual kan.


Masa nak jumpa tu, berdebar-debar gak rasa hati. Sebenarnya aku jarang main terjah je rumah orang gini. Tapi entah kenapa kali ni terbuka hati nak pergi jumpa orang Malaysia. Selalu sombong bonar, tanak campur orang. Tapi itu lah, sejak ada Cik Aiyu ni, rasa aku makin rajin bercampur dengan orang. Lagi-lagi kalau dapat jumpa orang Malaysia, lagi rasa dekat dengan rumah. Walau tak la dekat mana pun, 7 jam perjalanan, hihihi...

Sampai-sampai aje, Kak Tek & hubby jemput kami depan rumah. Very the peramah one, like this! Dah la datang tangan kosong, pas tu suruh orang masak makan malam lak tu. Hahahah... very the tak beradab one. Sorry haaa Kak Tek, next time kita bawak dulang hantaran meminang Cik Mat :P


Cik Aiyu sampai rumah orang, terus buat konsert Akademi Fantasia. Berdiri atas meja orang. Oiiit, why la you drop my water face! Nasib baik ada Syasya yang rajin melayan. Kalau tak, abis la rumah Kak Tek dikerjakan.

Dalam masa Cik Aiyu bikin konsert, ada orang duk perati aje.


Keh keh keh, Cik Mat anak bongsu Kak Tek takut kat Cik Aiyu. Itulah kamu Aiyu, mulut bising sangat, sampai takut anak bujang orang kat awak.

Tapi dalam takut-takut tu, sempat gak usha. Cik Mat, jeling-jeling paku, jeling-jeling nak kat haku ke? :P


Para bapa mithali.


Dan gambar paling penting untuk event itu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kompem aaa gambar kami.

:D


Cisss... nampak aku besar, walau pakai baju warna hitam.

Kepada Kak Tek, terima kasih la susah-susah sudi terima kami sekeluarga datang melawat. Sedap sungguh makan malam tu, rasa macam kat Malaysia! Pastu agak-agak kalau nak ke Allen Premium Outlet, sila kasitau  saya pasal nak kirim seluar jeans yang sudah salah beli, hehehehe...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...