Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya & Anugerah Skrin

Kepada semua umat Islam, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat anda sekeluarga.

Berhati-hati di jalan raya, biar lambat asal selamat.

DSC02898-e

Dah ucapkan selamat hari raya, marilah kita mengumpat pulak. Sape tengok Anugerah Skrin semalam?

T__T

Cannot go… is cannot go….

Everything seems so wrong, from the chemistry between the hosts, their dressing, lawak yang haku tak paham (ok, ni maybe pasal haku lama takde kat Malaysia), tepuk tangan yang serupa tak tepuk tangan, and last but not least…..

iPad.

Waddehel? Tau la skang ni jaman moden, tapi bukan semua retis reti pakai iPad. Haku yang tak retis ni pun tak reti, hehehe… Pakai kertas dalam envelope kan senang. Kalau nak cakap pasal environmental issue, boleh aje recycle kertas tu. Haku tengok dalam 15 minit, terus blah lepas tu. Dok pahe. Retis yang nyanyi pun, banyak yang wa tak kenal, hehehe…

Ok lah, dah ngumpat, skang boleh mintak maaf, muahahaha… (jangan ikut perangai tak elok ni ok adik-adik)

Mintak maaf jika kami ada tersalah kata dan laku.

Peace!

Saturday, June 11, 2011

Marilah menari...

~~~Marilah kita menari...~~~

Siapa yang tak tengok lagi video clip Prema Yin? Eleehhh... tipu lah kalau korang tak tengok lagi. Cerita panas tuuu... kompem masuk Melodi kan?

Terus terang cakap, aku tak kenal pun siapa Prema Yin & Shah Jaszle tu. Gigih ku meng Google. Mati-mati ingatkan Prema Yin tu dari Indonesia. Rupanya Malaysia. Jumpa tengah jalan pun mesti tak tau artis. Sejak duduk luar ni, jarang betul follow artis-artis baru kat Malaysia. Especially lepas semua channel pun ada reality show ni kan, lagilah ahkak fail. Kalau tanya AF, yang last aku tengok yang Mawi menang tu la kot. Lepas tu kaput. Ada jugak lah aku baca pasal diorang di Utusan online, tak pun di forum Cari.  Tapi itulah, on and off gitu.

Anyway, kesian pulak tengok diorang kena lahar. Aku rasa video clip tu biasa aje. Sexy sket la kot, Camelia kalau buat video clip pun pakai sexy kot? Tang menari tu, hehehe... Sorry ek Prema, but I think you can do better lah ;)

Tapi jangan tak tau, penangan marilah menari ni dah sampai kat US.

Gigih anak haku praktis ni.


Move over J Lo! Here comes I Yo!

Inilah aktiviti harian Cik Aiyu. Marilah menari depan tv. Tapi step sama aje, goyang bon bon dari atas ke bawah. Swing kiri kanan belum pass lagi.

P/S: Nampak tak ada kotak tepi speaker tu? Buruk kan.. I know! Tapi nak buat camne, ada orang tu tiba-tiba ada extension arm. Suka nau godek wayar kat belakang. Yang rak tu pun, tingkat paling bawah kena bukak, pasal ada orang tu beberapa kali buat cubaan seberang jambatan. Skang ni bawah rak tu jadi port dia merajuk kalau kena marah, hahahaha....



Thursday, February 10, 2011

Tolonglah lempang budak ni

Tolonglah...

Makin kerap aku tengok, makin menyampah aku kat budak ni. Kalau aku jumpa tengah jalan, memang confirm aku kasi sedas! Amik kau, makan pelempang sebijik!


Kalau sesiapa yang tak boleh tengok, boleh pergi cari di YouTube.

Iklan ni ada banyak version, semua version memang dasar nak makan pelempang. Apalah Toyota, elok-elok orang nak beli kereta, terus cancel.

Ada ke patut ajar budak-budak jadi riak.

"Eh, kereta kau tak cool, jadi kau patut malu, hokayy..."

"Just because your parents are lame, you don't have to one"

Wtf la kan? Abis tu, kalau mak bapak tak mampu?

Kalau ada budak-budak macam ni kat Malaysia, bukan pelempang aje, silap-silap makan terajang, hahaha...

* Sekian, dari saya yang emosi hari ini *



Wednesday, December 8, 2010

Gosip Hollywood, gossip Malaysia

Semenjak dua menjak ada Cik Aiyu ni, saya sungguh kuat minum susu. Entah kenapa, rasa macam badan kurang kalsium aje. Tak tau lah fobia ke apa. Orang kata 'a tooth for a baby'. Untuk mengelakkan kejadian itu berlaku, haruslah kita jadi anak lembu dengan minum susu mengelembu. Eh, itu kacang yang mengelembu kan? Apsal kacang tu mengelembu, saya pun kurang pasti.

Anyway, memandangkan stok susu dan roti sudah habis, kami pun pergi lah beli tadi. I'm not a big fan of bread, but it's really useful pada waktu malas memasak. Seperti roti cicah Milo, itu adalah salah satu sajian yang mantap. Tidak lupa pada roti dengan sambal ikan bilis. Sedap!

Dan siapa yang lagi gembira, kalau bukan Cik Aiyu, bila kami keluar membeli belah. She reeeaaaallllllyyyyy loves being in her stroller. Sejuk poket mak yang membeli. Worth every penny omputeh kata.




Sampai kat check out counter, sempat jugak la ku jeling-jeling paku jeling-jeling nak kan aku kat majalah-majalah hiburan yang banyak tergantung tepi tu. Sekarang ni hot pasal Kim Kardashian & Gabriel Aubry. Sapo tu? Alaaa... ex-Halle Berry yang hensem meleleh air liur ku tu.


Haa.. hensem camni, sapo yang tanak?

Si Kim ni pun dah kasi statement "I'm ready to be a stepmom" menyebabkan Halle Berry pulak memberi statement "I don't want my daughter to be near a reality TV star who was doing porn".

Hari ni dah break pun. Susah jugak kan nak dating, especially bila dah masuk part anak. Mana boleh nak ikut hati dan perasaan sendiri aje, kena fikir jugak pasal anak dan pasangan atau bekas pasangan.

Masuk forum pulak, terbaca kisah perceraian Nana & Sein. Orang kata badi Sehati Berdansa. I would say dah takde jodoh. Yang tak elok, 95% menyalahkan Nana for it. Mostly pasal Nana suka marah-marah Sein masa Sehati Berdansa dulu. Mungkin jugak pasal Adamaya, yang Sein jadi suami & bapa mithali gitu. So ramai yang assume dia memang camtu kat luar. Itu lah, susah kan bila kita jadi public figure. Have to be really careful with what you do. Silap sikit habis kena kutuk. Ketiak berpeluh pun boleh jadi isu!

Friday, October 22, 2010

I love you, man


Movie ni dah lama keluar, March 2009. Tapi ku baru tau bila Najmi promo di Twitter hari tu. Erm, Twitter yang ku dah tak update untuk beberapa hari. Kan dah cakap, hot hot chicken shit aje.

Siapa yang belum tengok lagi, sila lah tengok. Boleh didapati di kedai video terdekat. Kalau takde, mungkin ada di gerai-gerai VCD tak halal berhampiran rumah anda. Kalau ada polis yang membaca, saya tak bersalah. Hanya memberi cadangan alternatif hokay.

Serious kelakar. Sweet pun jugak. Membuatkan anda menghargai rakan-rakan. Especially kita-kita yang dah jarang update dengan kawan-kawan sejak berdua. Atau bertiga. Atau berempat.

Sedikit intro dari imdb.com

Friendless Peter Klaven goes on a series of man-dates to find a Best Man for his wedding. But when his insta-bond with his new B.F.F. puts a strain on his relationship with his fiancée, can the trio learn to live happily ever after?

To my ladies, I love you gals.

Monday, January 4, 2010

Sehati Berdansa Finale - what the ????


First of all, cerita ni mungkin agak basi la kan. Tapi takpe, it seems to be neverending story dalam board Cari. Kisahnya pasal everyone thinks Sazzy & Nash yang patut menang, alih2 Sein & Nana lak yang menang. 84/16 tau, bukan sikit2.

Before that ade la jugak kecoh2 kan pasal Sazzy update her FB and Twitter status regarding the contest. Not that I'm a big fan of reality show, only this time duk tengok SB3 ni pasal dah ada kat Malaysia time tu. Akademi Fantasia pun yang last aku duk tengok Season 2. Skang rasanya dah sampai Season 6 kan.

My point is, perlu ke Sazzy & her family name calling orang? I know she's a good dancer, but sorry babe, your hubby is not as good as Sein. Kira balance la kan. Dan dari mula semua tahu the final will be purely on SMS kan, so faham2 je la. Korang duk bengang2, Astro gak yang buat duit kan, tak gitu?

I came across the things that she mentioned, pasal 'lapangan terbang TTDI' la (hello... tu trademark diorang satu famili, dahi luas. what if people call you midget?) pasal 'we lost to very rich father' la (and i thought you are from quite well to do family) and so on.

Congratulations to both Sein & Nana (also to their choreographer Bayu) for winning, and for Sazzy & Nash, looking forward to see you in 'So you think you can dance?'

Sunday, December 20, 2009

Avatar Movie

Semalam hari Sabtu, cik abe ade rumah sepanjang hari (dah 2 hari tak balik rumah). So bila tanya dia nak masak apa tengahari ni, dia kata 'jom makan luar nak, kita dating hari ni'. Cantik sungguh, tak yah pening2 nak masak apa. Susah gak kan bila tinggal sendiri, nak makan ape pun penat nak fikir. Kalau kat rumah sah2 kita makan je apa mak masak.

So kul 4 camtu kitorg gi makan. Aku order battered cod. Tapi bila sampai, alahai, sedihnye tengok. Dia ada kasi jagung sebagai side dish, tapi jagung tu dah naik birat dah. Pastu ikan dia lak tak berapa sedap. Tapi makan je la kan, dah lapar. On the way balik kitorg singgah McD, beli milkshake. Tatau ngape, sejak dua menjak ni, suka betul aku ngan McD, hahaha.

Balik rumah kitorg layan Rockband jap. Cik abe main drum, aku nyanyi. Kul 7.30 ptg kitorg keluar gi tgk Avatar.

Kepada sesiapa yg belum tgk, gi lah tgk. Movie tu cam pelik sikit, tapi unik la org kata. Pemandangan dia.. perghh... kalau betul ade pemandangan cam tu, harus la kan pergi visit tempat tu. Cantik sgt2 :D

Kisah movie tu camni, ada sekumpulan manusia nak mining batu berharga di bawah tempat tinggal Avatar ni. Avatar ni makhluk berwarna biru yg tinggal di hutan. So seorg saintis ni telah cipta 3 avatar berdasarkan 3 org manusia, di mana manusia ni boleh kontrol avatar ni tanpa masuk ke kawasan avatar sebenar. Tugas mereka adalah utk belajar ttg avatar, pastu kasitau diorg suruh pindah dari pokok ni pasal manusia nak kan tempat ni.

Tapi dalam proses pembelajaran, diorg telah fall in love dgn kehidupan avatar ni. So timbullah conflict of interest.... Yg lebih2 tu kena la korg tgk sendiri kan :D

Wednesday, December 16, 2009

Megadeth Concert!

8 Dec 2009. Memula tak plan pun nak gi, siap marah cik abe lagi pasal ajak.. "awak ni mmg tak sensitif la, org tgh mak buyung ni, bla bla (tapi bahasa omputeh le, pasal BM dia fail sket)". Tapi lelama macam "eh, kalau tak pegi skang bila lagi nak gi tak?"

Makanye kitorg pun pergi la concert Megadeth ni. Location nye di Fargo, ND. Kira on the way nak balik umah mak pak mertua le. Sambil2 tu, leh shopping sket2. Maklum la, nak Xmas, semua pun sibuk shopping. Lagipun nak kena cari Xmas gift utk adik beradik cik abe pun.

Berbalik pada konsert, dia start awal, dalam kul 6.30pm. Tapi kitorg gi lambat sket lah. Sebelum Megadeth perform, ada 3 opening band. Dashyat2 gak diorg ni. Cam org gile pun ade. Tgk time Megadeth main, rileks je dia. Singer dia nampak cam malu2 gitu aje. Band2 yg awal tadi cakap f*** saje. Kalau Dato Mohamad Rahmat tgk, mau kena heart attack. Tapi yg paling kagum tgk ialah, 16 amp di belakang mereka, ngan drumset yg maha cool!

Kesimpulannya, mmg berbaloi-baloi pergi wooo (walau satu hapah lagu diorg pun aku tak tau, hahaha) :D. Syiok, saya suka konsert!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...